Orang yang selalu mengata orang biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang,
Dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
Dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
Biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga sering membuat kesalahan dan kesilapan
Kerana itulah dia tidak minat hendak mengata
dan mengumpat orang
Kalau dia dikata dan diumpat orang, dia tidak begitu terasa apa-apa
Bahkan mungkin hati kecilnya berkata patut dia dikata,
Kerana dia manusia yang lemah juga
Dengan umpatan orang itu dia bertambah lagi membaiki diri
Lantaran itulah dia tidak bertindak balas di atas kejahatan orang itu
Begitulah seterusnya orang yang sombong
Pantang orang lain sombong dengannya
Kesombongan orang lain terhadap dirinya,
Dia tidak sanggup menerima cabaran
Di sini baru kita faham, orang yang nampaknya
macam berani dan garang, selalu sahaja mengumpat orang dan sombong dengan orang,
Sebenarnya jiwanya tidak kuat,
Tidak mampu kena cabar
Di sebalik nampaknya garang,
Tersembunyi sifat penakut dan pengecut
Tapi orang yang tenang, tidak nampaknya riuh-rendah,
Sebenarnya jiwanya kuat
Di sebalik ketenangannya, tersembunyi keberanian dan ketahanan jiwanya
Kerana itulah orang seumpama ini, sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran
No comments:
Post a Comment