Orang Bertaqwa Dengan Tuhannya


Tuhan memberi nikmat kepada orang yang bertaqwa kerana kasih sayang-Nya
Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sayang-Nya juga
Kerana Tuhan hendakkan mereka lebih mulia
Dan disimpan aset itu sebagai harta di Syurga
Kalau diberi banyak pula itu juga adalah kasih sayang-Nya
Kerana dengan nikmat yang banyak itu dapat diagih-agih kepada orang lain pula
Dapat pula melahirkan syukur dan ramai pula orang terbela
Sekiranya orang yang bertaqwa itu diuji dan dibala,
Itu juga adalah kasih sayang Tuhan kepada mereka
Agar dosanya diampun atau ditinggikan darjat mereka di Syurga
Sungguh indah perbuatan Tuhan kepada orang yang bertaqwa
Senang dan susah, miskin dan kaya, sakit dan sihat ada nilainya di sisi Tuhan
Kerana itulah orang yang bertaqwa di dalam keadaan apa pun dia tenang sahaja
Susah dan senang sama sahaja
Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak,
Di waktu susah tidak pula rasa derita
Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka
Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya,
Jiwanya senang dan tenang sahaja
Begitulah hidup orang mukmin bersama Tuhannya 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah