Pegangan Hidup Punca Derita

Bagaimana jiwa engkau tidak derita?
Ketentuan Tuhan engkau tidak redha
Dengan ujian, kesabaran engkau tidak ada
Apa sahaja engkau buat, minta pujian manusia
Bukan semua manusia yang boleh memujimu
Jika tidak dipuji, sudah tentu jiwa derita
Engkau sentiasa memburu nama
Tidak mungkin engkau mudah mendapatkannya
Jika tidak engkau memperolehinya, sudah tentu engkau kecewa
Lebih-lebih lagi jiwa engkau tidak tenang
Kerana engkau mempertajam hasad dengki
dengan manusia
Tidak boleh engkau lihat orang lebih daripada engkau
Jiwa engkau menderita dan engkau dengki dengannya
Kalau dengki engkau itu tidak berjaya,
Sudah tentu jiwa engkau lebih lagi derita
Kalau orang itu makin senang,
Engkau lebih-lebih lagi tidak tenang
Apa sahaja engkau usahakan,
Semuanya engkau sandarkan kepada diri engkau
Bukan engkau sandarkan kepada Tuhan
yang Maha Kuasa
Mana engkau ada kuasa?
Jika usaha engkau gagal, tentu engkau kecewa
Jiwa pun menderita
Kalau engkau berjaya, engkau sombong pula
Kerana engkau merasai engkau adalah luar biasa
Bukan kuasa Tuhan yang menjayakan
usaha-usaha engkau itu
Jadi pegangan hidup engkau itulah
yang menjadikan engkau selalu sahaja menderita 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah