*M316*
Gejala masyarakat dapat di lihat oleh mata, gejala hati dapat dilihat oleh hati.Kalau mata telah buta,sudah tentu tidak dapat melihat gejala-gejala masyarakat, begitu jugalah kalau hati buta,tidak akan nampak lagi gejala-gejala hati.
*M317*
Janganlah apabila gejala masyarakat (maksiat),telah menggugat kedudukan kita, barulah sibuk hendak membenteras.
Kalau belum menggugat kedudukan kita,kita biarkan saja,adakalanya secara langsung atau tidak langsung kita menggalakkan saja.Lebih malang dari itu jika dapat keuntungan dari gejala masyarakat,kita terus mendiamkan diri.
*M318*
Allah menjadikan lelaki dan perempuan, didalam segi watak dan tabiat semula jadinya,ada sedikit kelainan,agar berlaku secara umum,peranan mereka tidak sama,kecuali di bidang-bidang tertentu.
Moga-moga dengan peranan masing-masing, perjalanan keluarga atau rumah tangga baik. Seterusnya negara aman damai dan berjalan dengan indahnya,tapi kalau manusia sendiri sudah beranggapan walaupun satu golongan dinamakan lelaki dan satu golongan lagi dinamakan perempuan sudah sama kedudukan dan peranannya, akan berlakulah gejala sosial yang merusakkan.
*M319*
Rasuah payah dikesan, penipuan dalam akaun payah dibuktikan,
perzinaan yang berlaku di hotel-hotel besar oleh orang-orang atas susah hendak disiasat,penyalah
gunaan kuasa payah dilihat oleh mata,tapi kesalahan golongan bawahan mudah dilihat dan dikesan seperti bohsia bohjan, pergaulan bebas, buang anak,dera anak, pelacuran kelas bawahan, melawan guru,pergaduhan,
justru itu, gejala-gejala masyarakat golongan bawahan sahaja menjadi sasaran,hati kecil mereka sudah tentu tidak senang kerana mereka juga sedar maksiat di balik tabir.Itulah diantara sebabnya mengapa gejala masyarakat payah dilenyapkan.
*M320*
Di bandar-bandar dan di pekan-pekan, terutama di bandar-bandar besar, orang jahat lebih ramai dan macam-macam bentuknya daripada di kampung-kampung.
No comments:
Post a Comment