Sifat dan watak perjuangan sejak rasul-rasul ujiannya memang berat
Kerana itulah tidak semua orang boleh menjadi pengikut-pengikutnya
Orang yang yakin, ikhlas dan jujur serta setia sahaja yang boleh menjadi pengikut
Oleh kerana kebenaran itu dari Tuhan
Dengan rahmat-Nya ada perimbangan dengan ujian-ujian itu
Di dalam kesusahan ada busyra atau berita gembira
Iaitu Allah Taala datangkan dengan berbagai-bagai pertolongan dan bantuan
Di dalam bala rahmat-Nya juga banyak
Dengan mukjizat, karamah, maunah,
khawariqul ‘adah
Mimpi yang benar, hatif, kasyaf, berita ghaib, bantuan ghaib dan firasat
Siapa saja dan di zaman bila dan di kurun yang mana, pejuang-pejuang kebenaran itu begitu sifatnya dan wataknya
Ujian yang berat, bantuan yang berbagai-bagai bentuknya sama-sama naik
Sama ada berlaku secara zahir mahupun secara maknawi dan rohani
Kalau pejuang-pejuang di zamannya tidak mendapat bantuan seperti yang disebut tadi
Yang ada hanya ujian-ujian yang berat sahaja terjadi
Sekalipun mereka mengatakan memperjuangkan Islam
Itulah menunjukkan perjuangannya tidak membawa kebenaran
Mungkin konsepnya telah tersalah atau matlamatnya telah tersasar
Boleh jadi juga di dalam berjuang penuh dengan dosa
Usaha membaiki diri tiada atau tidak diambil kira
Paling tidak cara dan jalannya menyalahi Sunnah
Atau banyak cakap amalan tiada
Kerana itulah bantuan Tuhan tidak ada
Yang hanya ada kesusahannya sahaja
No comments:
Post a Comment