Para super zalim dan penzalim martabat tinggi tidak akan jatuh
Atau mereka tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapa juga
Terutama para-para pemimpin dan pembesar-pembesarnya
Kecuali mereka akan jatuh atau dikalahkan di waktu yang sama adanya super soleh atau orang-orang yang sangat soleh
Terutama di waktu itu ada pemimpin kebenaran yang bertaraf super soleh
Kerana di waktu itu berhadapan dua golongan,
Satu mempunyai istidraj dan quwwah dan satu lagi mempunyai taqwa
Golongan bertaqwa mengikut janji Tuhan pasti menang
Super zalim dan penzalim martabat tinggi ini tidak akan dapat dikalahkan oleh golongan yang peribadinya di antara kedua puak ini
Kalau setakat baik sedikit sahaja dari super zalim,
Super zalim tidak akan jatuh terhina
Pencabar pemimpin super zalim mestilah pemimpin yang super soleh pula
Super zalim kepunyaan syaitan, super soleh kepunyaan Tuhan
Orang Tuhan pasti menang, orang syaitan pasti kecundang
Oleh itu di sini kita ingatkan kepada para-para pejuang kebenaran
Menentang penzalim terutama penzalim martabat tinggi,
Kenalah serius membaiki diri
Kenalah sungguh-sungguh mujahadatunnafsi
Bersihkan sungguh-sungguh hati nurani hingga murni
Pejuang-pejuang Islam kalau secara umum peribadi mereka ‘separuh orang Tuhan separuh orang syaitan’
Sedangkan musuh-musuhnya adalah ‘orang syaitan’
Maka pejuang-pejuang yang ‘separuh orang Tuhan separuh orang syaitan’ pasti kecundang
Syaitan pun tidak menolong, Tuhan pun tidak menolong
Tuhan berkecuali, syaitan pun berlepas diri
Bagaimanalah hendak menang?
Untuk menang berhadapan dengan ‘total orang syaitan’ kenalah kita jadi ‘total pula orang Tuhan’
Maka para-para pejuang kebenaran hendaklah faham!
No comments:
Post a Comment