*M291*
Orang yang miskin itu orang yang merasa selalu tidak cukup walaupun banyak duit dan hartanya.
Orang yang kaya itu orang yang sentiasa cukup dengan apa yang ada.
Orang yang paling miskin, orang yang memang tidak cukup dan merasa pula tidak cukup.
*M292*
Kalaulah manusia di dunia Ini merasakan manusia satu sama lain perlu memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung memang begitu keadaan manusia hakikatnya, sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbang rasa serta kerja sama.
*M293*
Bersatu dalam satu tempat mudah, tapi bersatu hati amat payah,oleh itu kalau hati tidak bersatu tidak bertemu lebih baik dari bertemu.
*M294*
Perpaduan di segi fizikal mudah,tapi perpaduan di segi fikiran dan jiwa amat payah atau susah.
*M295*
Kalau dalam satu masyarakat (kampung atau tempat)selalu datang ke mesjid, sembahyang jemaah bersama,sama-sama mendirikan sembahyang jemaah,datang beramai-ramai ke mesjid,mendengar pengajian dan ceramah tapi pautan hati tiada,ziarah-menziarahi satu sama lain tak berlaku,kalau ada masalah di kalangan mereka tiada pun ghairah masyarakat untuk menyelesaikannya, masing-masing tanggung sendirilah masalah itu.Kalau yang lama sudah tidak hadir tiada pun rasa rindu dan bertanya-tanya mengapa sudah lama saudara kita tiada hadir.Itulah tanda sembahyang yang di buat hanya rangka lahir sahaja,namun jiwa belum bersembahyang.
No comments:
Post a Comment