Tenang Dan Bahagia Payah Didapat



Untuk mendapat kesenangan mudah
Untuk mendapat ketenangan amat payah
Mendapatkan harta atau kekayaan mudah sahaja
Tapi untuk mendapatkan kebahagiaan sangat susah
Untuk kemudahan hidup tidaklah terlalu payah
Namun untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, jauh sekali apa yang diharapkan
Kesenangan adalah perkara luaran, tidak mesti tenang
Kemudahan hidup juga adalah perkara lahiriah, tidak mesti bahagia
Tenang dan bahagia adalah perkara dalaman
Tenang dan bahagia adalah sifat hati atau jiwa
Tenang dan bahagia tidak mungkin dapat dari harta
Atau didapati melalui pangkat, nama dan glamour
Bahkan orang yang berharta, berpangkat, ada nama dan glamour,
Selalu sahaja sakit jiwa
Hidup gelisah, resah dan keluh-kesah, effectnya marah-marah
Tenang dan bahagia itu adalah cintakan Zat yang Maha Agung
Tuhan pencipta manusia, yang mempunyai segala-galanya
Siapa yang dapat mencintai-Nya, tidak ada kecewanya
Mencintai-Nya tidak menjemukan
Mencintai dunia dan nikmatnya sudah tidak ada ertinya
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Mendapatkan Tuhan ertinya mendapatkan segala-galanya 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah