Madah baru 69



*M401*
Zaman dahulu,ibu bapa bila mendengar guru merotan anaknya Dirumah anaknya dirotan lagi oleh ibu atau ayahnya Tanda simpati dengan guru dan mengaku kesalahan anaknya kerana itulah murid tidak naik kepala,perhubungan ibu dan bapa dengan guru sentiasa erat.

*M402*
Zaman dahulu guru-guru boleh mengasuh,melarang,merotan dimana saja murid itu berada,adakalanya berlaku didepan ibu bapanya,ibu ayahnya merasa bangga.Bahkan anggota masyarakat boleh melakukannya kerana itulah remaja di zaman itu terkawal akhak mereka.

*M403*
Zaman dahulu lumrah berlakunya didalam pergaulan,,orang-orang dewasa diwaktu itu,kalau berbual sesama mereka atau didalam ceramah selalu saja menyebut Ustazd saya kata,guru saya bercerita,Cikgu saya berpesan,tuan guru saya beritahu,syeikh saya ajar,Tapi dizaman modern ini jarang kita dengar,ketika manusia berbual-bual sesama sendiri merujuk kepada gurunya,Entah kenapa?

*M404*
Untuk menumpaskan gejala sosial,pertama : tumpaskan dulu pintu kejahatan hati, kedua : laksanakan sadduzzarai' yaitu pintu-pintu kejahatan yang berlaku didalam kehidupan. ketiga : lahirkan sebanyak mungkin amal kebaikan.keempat : memerlukan pemimpin dan pengikut,pemimpin yang bertanggung jawab terhadap masyarakat yang bertaqwa.

*M405*
Untuk membangunkan kemajuan dan tamadun manusia boleh,dengan akal yaitu dengan bermacam teori dan idea-idea.Tapi untuk membangunkan akhlak manusia hendaklah dengan iman dan syariat,oleh pembangunan akhlak  manusia hendaklah orang yang beriman,bersyariat,dan berakhlak dengan kata-kata yang lain orang yang bertqwa.

Tujuan Hidup Berjemaah



Masuk jemaah bukan hendak mencari kepentingan diri
Datang ke jemaah dengan tujuan hendak membaiki diri
Seorang diri tidak mungkin boleh baiki diri sendiri
Di dalam jemaah, mursyid yang memberi ilmu dan mendidik diri
Tuhan menyuruh mesti berada di dalam jemaah, 
Ia adalah Sunnah Nabi
Ia boleh membawa rahmat, boleh berkubu membenteng diri
Tidak ada jemaah macam kambing, mudah ditangkap oleh serigala jika bersendiri
Berada di dalam jemaah adalah diwajibkan oleh Tuhan dan Nabi
Tuhan tidak membenarkan umat Islam hidup sendiri-sendiri
Setidak-tidaknya di dalam jemaah ada perpaduan lahir sekalipun belum perpaduan hati
Lama-lama, perlahan-lahan setelah ada ilmu, sesudah di hati, terjadilah kesatuan hati
Kerana itulah masuk jemaah bukan hendak mencari kesalahan orang
Masuk jemaah kerana mudah mencari kesalahan sendiri untuk dibaiki
Di dalam jemaah ada mursyid memerhati, ada kawan-kawan yang menasihati
Mudahlah membaiki diri dan meningkatkan kualiti diri
Kalau ada kelemahan kawan di dalam jemaah bukan hendak mengata dan mencaci
Mereka juga macam kita juga 
Ada mempunyai kelemahan yang tersendiri
Kalau boleh dan mampu, bolehlah menasihati bukan mencaci
Jika tidak mampu, doakan mereka mendapat hidayah
Begitulah kalau orang ikhlas dengan Tuhan dan Nabi
Di dalam jemaah takkan tidak ada sedikit-sedikit pun kelemahan-kelemahan ahli, bahkan pemimpin juga
Kerana jemaah itu bukan jemaah Nabi dan Sahabat atau murid-murid Nabi
Kita meminta jangan ada ahli-ahli mempunyai kelemahan peribadi
Apakah kita mampu membaiki seratus peratus peribadi dan kelemahan diri?
Sebenarnya kita kurang nampak kesalahan sendiri kerana tidak muhasabah diri
Kalaupun muhasabah diri, ilmu kita tidak cukup menyuluh diri
Apabila ilmu kita tidak cukup, kita sangka sudah membaiki diri
Orang yang baiki diri makin muhasabah, makin membaiki diri, makin nampak kesalahan diri
Kerana itulah orang bertaqwa itu di sisi Tuhan, dia anggap dirinya jahat
Makin  membaiki diri makin nampak jahat diri
Di dalam merasakan diri lemah dan tidak baik, kemudian mati
Itulah di antara caranya orang mati yang bertaqwa
Kalau orang rasa dirinya baik, kalau dia bertaqwa pun ditarik balik
Tolonglah ambil ingatan, jangan menipu diri
Rasulullah kalau ditanyakan dirinya, dia adalah orang paling jahat
Jika ditanyakan kepadanya apa kata Tuhan terhadapnya, barulah dia berkata
"Tuhan kata saya orang yang terbaik di dunia"
Rujuk pada diri dianggap orang yang terjahat
Kalau rujuk kepada Tuhannya, dia akan mengatakan saya orang yang terbaik 


Madah baru 68


*M396*
Apabila orang yang ingin membaiki gejala sosial sudah hilang wibawa, walaupun tinggi jawatan ilmunya banyak, anggota masyarakat tidak akan hormat,maka usaha-usaha mereka kurang ditaati,karena itulah gejala sosial payah hendak ditumpas.

*M397*
Kalau negara saja yang cantik tapi akhlak penghuninya tidak cantik, masyarakat pasti hidup didalam ketakutan, karena digugat oleh gejala-gejala yang negatif didalam kehidupan.

*M398*
Kalau inginkan anak-anak betul,ibu bapa kenalah betulkan diri lebih dahulu,kalau inginkan murid-murid betul,kenalah guru-guru betulkan diri lebih dahulu,kalau inginkan rakyat betul,kenalah pemerintah betulkan diri lebih dahulu,oleh itu kalau semua golongan yang patut diikut tadi menjadi baik,akan baiklah semua peringkat rakyat.

*M399*
Anak-anak yang kecil kita manjakan dia dengan tunjuk sikap yang dapat dilihat dengan mata,kepada yang sudah besar cukup didalam hati sahaja,yang dewasa di ajak berbincang atau bermesra bersama mereka.

*M400*
Zaman dahulu setiap guru yang mengajar apapun mata pelajarannya lebih-lebih lagi mata pelajaran Islam dia tidak makan gaji atau tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada murid-muridnya inilah rahsia hubungan guru dengan murid sentiasa terjalin sampai mati.

Cara Hidup Orang BerTuhan


Ketakutan jangan keterlaluan, hilang ketenangan
Berani jangan melulu, kita akan tersasar dan kecundang
Takut sekadar fitrah tidak mengapa, ia tidak sampai hilang pertimbangan
Berani yang berdisiplin dan berstrategi, selalunya menguntungkan
Jangan melulu, jangan menjadi dungu, selalunya kita kecundang dan gagal
Biarlah di dalam segala hal ada perimbangan, pertengahan
Berfikir jangan diabaikan, Tuhan jangan ditinggalkan, kerja diteruskan
Itulah dia tawakal kepada Tuhan namanya, yang mesti diamalkan
Ada strategi, ada usaha, ada harapan kepada Tuhan
Itulah caranya hidup orang yang bertuhan
Jangan usaha sahaja, jangan Tuhan sahaja
Gabungkan di antara usaha dan Tuhan itulah jalan mendapat kejayaan
Usaha tanpa Tuhan, bergantung dengan usaha, syirik namanya
Bergantung dengan Tuhan, tanpa usaha, tidak bersyariat di dalam kehidupan
Bergantung kepada Tuhan ada usaha, tapi tidak ada strategi dan tidak disiplin, melulu namanya
Atau orang dungu yang tidak ada panduan
Jadi setiap kerja semua diambil kira,
Barulah ada kejayaan 

Madah baru 67



*M391*
Kebanyakan pemimpin hanya berjaya membangun material,tapi gagal membangunkan insan, justru itulah hubungan pengikut dengan pemimpin,sekadar diikat oleh kepentingan kebendaan bukan diikat oleh hubungan hati yang beriman.

*M392*
Pemimpin yang baik itu, keberadaannya satu kebahagiaan, ketiadaannya dirasakan satu kehilangan,karena melihat mukanya rasa senang, ketiadaannya dirindui.

*M393*
Ada diantara orang Sholeh dizaman dahulu, walaupun mereka bukan pemimpin yang rasmi kepada masyarakat,tapi selalu berdoa, lebih kurang bunyinya begini,"wahai Tuhan,kalau ada orang yang lapar atau mati kelaparan atau kalau ada orang yang susah, janganlah saya dipersalahkan.Wahai Tuhan janganlah Engkau bertindak keatasku, disebabkan mereka-mereka yang telah melakukan kemungkaran itu."Begitulah sikap orang Sholeh selalu takut dengan Tuhan.Patutnya pemimpin yang rasmi di setiap zaman,lebih patut berdoa begitu,karena pemimpin yang rasmi.Sayugianya mereka lebih takut karena setiap pemimpin akan ditanya orang yang dibawah pimpinannya.

*M394*
Penyakit sosial tidak akan boleh dipulihkan,kalau yang berusaha membaikinya menggunakan akal semata-mata, lebih-lebih lagi dengan kehendak nafsunya,kalau bukan dengan pimpinan Allah, yang punya dunia dan akhirat.

*M395*
Kalau berlaku gejala negatif didalam masyarakat terutama dikalangan belia,jangan sekadar kita usahakan satu perkara lain untuk mereka melupakan perbuatan negatif itu, sedangkan benih negatif itu ada didalam jiwa mereka,yang penting para pendidik pandai membuang benih negatif didalam jiwa mereka,diwaktu itu perbuatan negatif didepan mereka pun mereka akan tolak bahkan akan membenterasnya.

BERMUJAHADAHLAH MEMBERSIHKAN JIWA



Bermujahadahlah membersihkan jiwa
Dari mazmumah yang merosakkan diri dan manusia
Bermujahadahlah, jangan jemu-jemu dan kecewa
Bermujahadah melawan nafsu memang sakit dan susah
Bahkan meletihkan dan menjemukan
Kalau lemah semangat akan menyerah kalah
tanpa berjuang,
Itulah yang dikehendaki oleh syaitan
Syaitan tahu nafsu itu adalah jalannya
Jika manusia tidak bermujahadah melawan nafsu, luaslah jalannya
Bermaharajalelalah syaitan menggoda dan memperdaya manusia
Manusia diperkotak-katikkan ke sini dan ke sana
Macam bola di padang yang ditendang-tendang
oleh manusia
Dipermainnya manusia itu semahu-mahunya
Diperhambanya manusia itu mengikut kehendaknya
Berjayalah syaitan terhadap kebanyakan manusia
Sedikit sahaja manusia yang tidak masuk perangkapnya 


Madah baru 66



*M386*
Kebanyakan pemimpin di zaman ini, bercakap emosional, kalau orang bercakap dia mendengar acuh tak acuh, menerima jauh sekali, suka mengkritik, tidak suka dikritik, kebenaran itu biarlah darinya bukan dari orang lain, jasanya minta dikenang, kalau tidak diungkit-ungkit, tidak suka disaingi, suka menyebut-nyebut usaha dan kejayaan sendiri, justru itulah mereka boleh membangun tapi gagal mendidik, mereka ditakuti bukan lagi dihormati, orang hormat dan taat hanya pura-pura bukan dari hati, bila jawatan sudah tiada dia dilupakan atau tidak dipeduli.

*M387*
Apa yang berlaku didalam sejarah kalau seseorang pemimpin negara atau satu kumpulan itu baik, berlaku secara umum, rakyat didalam negara itu, atau pengikut sebuah kumpulan itu menjadi baik, disinilah perlunya pemimpin yang baik, berkatnya merata kepada rakyatnya.

*M388*
Apabila sebuah negara itu, para pemimpin tidak bertaqwa,kalaupun rakyatnya baik, tapi mereka tidak akan disatukan dan tenaga mereka tidak dapat digemblengkan untuk kepentingan umum, justru pemimpin tidak dapat mengikat mereka, sepertilah batu bata yang berkualiti tapi tidak dapat di bangunkan karena juru binanya tidak mampu membinanya.

*M389*
Pemimpin yang baik, rakyat yang jahat akan jadi baik. Rakyat yang baik, pemimpin yang jahat, kebaikan rakyatnya boleh menurun lemah. Pemimpin yang baik, rakyatnya yang sedia baik itu, akan bertambah baik. Kalau pemimpin yang jahat, memimpin rakyat yang memang sudah jahat rakyatnya akan bertambah jahat.

*M390*
Diantara sikap pemimpin yang baik itu, dia tidak hanya mendengar dan bersandar dengan laporan daripada orang-orang bawahan sahaja tapi dia selalu mengadakan sport Check, buat lawatan tidak rasmi, dengan tidak di beri tahu, bergaul dengan masyarakat seperti pergi ke pasar, bersembahyang bersama-sama rakyat, pergi melihat para nelayan, menangkap dan membawa ikan, nanti dia sendiri akan melihat kepincangan masyarakat yang perlu ditangani, yang lebih tepat  daripada laporan orang bawahnya.

Tenang Dan Bahagia Payah Didapat



Untuk mendapat kesenangan mudah
Untuk mendapat ketenangan amat payah
Mendapatkan harta atau kekayaan mudah sahaja
Tapi untuk mendapatkan kebahagiaan sangat susah
Untuk kemudahan hidup tidaklah terlalu payah
Namun untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, jauh sekali apa yang diharapkan
Kesenangan adalah perkara luaran, tidak mesti tenang
Kemudahan hidup juga adalah perkara lahiriah, tidak mesti bahagia
Tenang dan bahagia adalah perkara dalaman
Tenang dan bahagia adalah sifat hati atau jiwa
Tenang dan bahagia tidak mungkin dapat dari harta
Atau didapati melalui pangkat, nama dan glamour
Bahkan orang yang berharta, berpangkat, ada nama dan glamour,
Selalu sahaja sakit jiwa
Hidup gelisah, resah dan keluh-kesah, effectnya marah-marah
Tenang dan bahagia itu adalah cintakan Zat yang Maha Agung
Tuhan pencipta manusia, yang mempunyai segala-galanya
Siapa yang dapat mencintai-Nya, tidak ada kecewanya
Mencintai-Nya tidak menjemukan
Mencintai dunia dan nikmatnya sudah tidak ada ertinya
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Mendapatkan Tuhan ertinya mendapatkan segala-galanya 

Sifat Orang Mukmin



Sifat orang mukmin taat dan patuh perintah Allah
Sama ada perintah suruh atau perintah larangan, tidak ada masalah
Kalau dia lemah mengamalkan, dia bertaubat kepada Allah
Namun menyanggah atau menentang tidak pernah
Kalau ada orang yang mampu berbuat, dia ucap tahniah
Dia rasa sedih lemah ikut perintah
Dia tidak akan bermusuh dengan orang yang taat dan patuh
Dia tidak menentang, kerana takut jatuh kepada sifat nifaq yang dimarah
Orang mukmin hatinya sentiasa dengan Allah
Dia rasa bahagia jika dapat ikut perintah Allah
Jika terbuat salah, aduh hatinya derita parah
Dia cepat-cepat bertaubat dan membuat baik tanpa lengah
Sifat orang mukmin menerima hukum tidak ada pilih-pilih
Hatinya sentiasa berkata sam'an wa to'atan
Jika dia cuai, cepat-cepat bertaubat dan mengaku lemah
Penyesalannya dan sedihnya tidak berkesudahan di dalam ingatan
Begitulah sifat orang mukmin 
Hatinya murni dengan Allah
Kelemahannya dia menyesal, sentiasa bertaubat dengan Allah
Berdalih-dalih dan banyak soal tidak berlaku terhadap perintah
Dia sentiasa bersangka baik dengan Allah yang Maha Pemurah

Madah baru 65



*M381*
Warisan peninggalan para raja-raja,  kaisar, pembesar mudah ditiru dan dicontohi tapi warisan dan peninggalan para rasul dan nabi-nabi susah ditiru dan dicontohi.

*M382*
Seorang pemimpin atau ibu bapa yang luar biasa itu orang yang bukan sekadar pandai memberi makan tapi pandai mendidik seseorang itu menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kalau sekadar pandai memberi makan binatang juga pandai memberi makan kepada anaknya.

*M383*
Gambarkanlah kalau orang yang berkuasa tiada taqwanya, tentu bertindak sesuka hati, yang bersenjata tentu menyalah guna, yang berilmu tentu menjadi kilangnya, yang mentadbir tentu salah tadbir, rakyat jelata tentu menderhaka, ulama memberi fatwa mengikut seleranya, apakah boleh lahir masyarakat yang harmoni.

*M384*
Di antara tabiat para ulama dan pemimpin, di waktu orang sudah tidak lagi memberi ketaatan kepada mereka, cuma mereka ditakuti mereka akan menuduh lah golongan yang masih taat dengan pemimpin, juga fanatik kepada perjuangan Islam melarang fanatik kepada pemimpin, sebenarnya hati kecil masing-masing ingin dan senang ditaati, kerana sekali sekala berlaku  kesalahan dan kesilapan,seperti rasuah, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain, ada golongan yang masih mentaatinya elok pula tidak kedengaran mengatakan juga fanatik sudah nyata pemimpin bersalah masih hendak di patuhi lagi.

*M385*
Kalaulah setiap mubaligh atau guru, merasa apa yang hendak disampaikan kepada manusia itu, di pihak tuhan untuk Tuhan sudah tentu dia rasa malu,takut, bimbang dalam menyampaikan, sudah tentu jauh sekali, diwaktu itu pengajarannya akan jatuh ke hati manusia, bukan ke lidah manusia.

Madah baru 64

 
*M376*
Pemimpin yang berwibawa itu, ia ada mempunyai fikiran sendiri yang bernas dan kuat memegang prinsip serta ia ada  di tengah-tengah pengikutnya.

*M377*
Pemimpin politik biasanya, setelah tiada kuasa,dia akan keseorangan hinggalah dia mati, berlainan sekali dengan pemimpin kerohanian, ia sentiasa di terima hingga mati, musuh-musuhnya hanya berjaya memisahkan fizikalnya dengan pengikut- pengikutnya, namun tidak dapat memisahkan hubungan jiwa pengikutnya dengan pemimpin.

*M378*
Ada pemimpin menundukkan orang ramai dengan kuasa dan cemeti, ada pemimpin pula menundukkan orang dengan lisan dan hati, diantara dua golongan pemimpin itu ialah pemimpin yang boleh menundukkan orang dengan lisan dan hati, adalah luar biasa.

*M379*
Didalam muzium di dunia ini banyak barang yang disimpan didalamnya ialah warisan dan peninggalan raja-raja,pembesar-pembesar, penakluk-penakluk dan empayar-empayar sedikit sangat peninggalan daripada para Rasul dan nabi.

*M380*
Warisan dan peninggalan raja-raja,dan kaisar, penakluk-penakluk dan empayar banyak bersifat fizikal tapi warisan para rasul dan nabi-nabi banyak bersifat rohaniah dan maknawiyah,banyak tersimpan didalam Al-Qur'an dan kitab-kitab bukan di muzium.

Rahmat Dan Nikmat Tuhan Yang Tersembunyi


Ramai umat Islam merasakan rahmat dan nikmat Tuhan itu kesihatan badan
Diberi murah rezeki, dianugerahkan anak, mendapat pangkat tinggi
Rumah besar, banyak harta, kereta mewah dan canggih
Padahal nikmat yang disebutkan belum boleh menyelamatkan kita
Adakalanya ia merosak dan membinasakan kita
Kalau tidak di dunia, ia akan berlaku di Akhirat
Tapi ada rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi
Setengah orang tidak sedar bahawa itu adalah rahmat dan nikmat
Rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi itu banyak pula
Di antaranya kalau kita berdosa, diingatkan agar kita bertaubat dan bersedih dengan dosa
Di waktu kita lalai dengan-Nya, disedarkan kita
Sekali-sekala disusahkan kita agar kita insaf
Adakalanya kesusahan itu untuk darjat dan pangkat
Selalu sahaja kita mengingati Dia
Dimasukkan di dalam hati kita sentiasa takut kepada-Nya
Di samping itu rasa cinta kepada-Nya selalu ada
Digemarkan kita membuat kebaikan dan dibencikan kita dengan kejahatan
Dijadikan kita boleh berlemah lembut dengan orang
Boleh meminta maaf dan boleh memberi maaf
Boleh beristiqomah dengan kebaikan
Inilah di antara rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi
Kalau hendak bersyukur, bersyukur kerana itulah yang lebih utama
Kerana rahmat dan nikmat yang tersembunyi itu jarang orang dapat
Tidak seperti rahmat dan nikmat di atas tadi
Oleh itu pandai-pandailah menilai rahmat dan nikmat
Agar syukur kita lebih sempurna dan tepat 


Madah baru 63


*M371*
Dizaman para-para pemimpin dan para pembesar, ulama sudah tidak dihormati lagi,cuma mereka ditakuti kalau ada satu dua dikalangan mereka ditaati manusia,riuh rendahlah,mereka ini akan berkata-kata jangan fanatik, sebenarnya perkataan ini keluar untuk melindungi kelemahan diri mereka sendiri, agar orang ramai tidak nampak yang mereka sudah tidak dihormati lagi hanya ditakuti.

*M372*
Peminat, pengikut dan murid,pada seseorang tokoh samaada bertaraf Tempatan, nasional atau internasional tidak sama, peminat sekadar suka pada seseorang itu tidak mesti mengikut tingkah laku tokoh itu, pengikut disamping suka, mereka mengikut tingkah laku.

*M373*
Peminat selalunya lebih ramai daripada pengikut,dan pengikut selalunya lebih ramai daripada murid,dan murid adalah intipati atau saringan daripada dua golongan tadi.

*M374*
Kala seseorang tokoh itu banyak pengikut dan murid selalunya tidak disenangi oleh tokoh-tokoh yang lain, bahkan selalu mendapat cabaran dan tindakan daripada tokoh yang berkuasa diwaktu itu.

*M375*
Selalunya ahli falsafah atau ahli fikir, tidak memimpin dan melaksanakan tapi, pemimpin yang melaksanakan pendapat ahli falsafah.

Rahmat Dan Nikmat Tuhan



Rahmat dan nikmat Tuhan ada yg tersembunyi ada yg nyata
Ada nikmat yg tersurat ada nikmat-Nya yg tersirat
Ada rahmat dan nikmat jangka pendek, ada rahmat dan nikmat jangka panjang
Rahmat dan nikmat yg tersirat dan jangka panjang ramai manusia tidak sedar
Nikmat yg tersurat dan yang jangka pendek pun banyak  org tidak terasa
Apatah lagi yg tersirat dan jangka panjang, lagi manusia buta melihatnya
Kecuali org yg ada ilmu syariat dan bertaqwa kpd Tuhan sahaja yg nyata kepadanya
Di antara rahmat dan nikmat yg tersembunyi seperti miskin, sakit, susah, bala bencana
Org yg tidak faham sudah tentu menyangka itu adalah bala semata-mata
Takkan bala dikatakan rahmat dan nikmat dari Tuhan Pencipta
Ia juga termasuk rahmat dan nikmat jangka panjang
Kalau tidak berlaku di dunia, yg pasti berlaku adalah di Akhirat sana
Rahmat dan nikmat tersembunyi atau  jangka panjang ramai menyangka bukan rahmat dan nikmat
Kalau begitu mereka tidak faham kerja-kerja Tuhan terhadap mereka
Jika tidak faham rahmat dan nikmat, akan terbalik menjadi bala
Macam kanak-kanak bermain api itu nikmat kerana dia tidak faham ada bencana yang tersirat
Sekiranya ibu bapanya melarangnya, dianggap satu balak
Padahal larangan ibu dan ayahnya itu adalah rahmat dan nikmat, tapi dia jahil melihatnya
Begitulah Tuhan terhadap kita, 
Banyak kerja-kerja Tuhan yang ditimpakan kepada kita, 
Apa yang berlaku kita tidak faham
Kita hanya melihat lahirnya sahaja
Kalau lahirnya nikmat, itu nikmatlah, 
Padahal di sebalik itu adakalanya balak, 
Sama ada belum nampak atau ia akan berlaku jangka panjang
Begitu juga kita lihat kejadian itu merupakan balak padahal yang tersirat nikmat atau rahmat tapi belum nampak
Ia akan berlaku mungkin jangka panjang paling tidak di akhirat kelak
Kerana itulah wajib kita kenal Tuhan dan faham kerja-kerja Tuhan
Kalau tidak kita akan terkeliru dibuatnya
Nanti yang baik disangka jahat, yang jahat disangka baik sekiranya kedua-duanya itu tersirat

Madah baru 62


*M366*
Untuk mengenal seorang pemimpin itu zalim atau sebaliknya, bila ditakuti, itulah tandanya dia zalim.

*M367*
Pemimpin yang adil itu,ia disayangi, dihormati, dan ditaati, pemimpin-pemimpin yang zalim itu,dia di benci dan tidak ditaati,orang patuh kerana takut bukan kerana patuh.

*M368*
Zaman dahulu para ulama,diziarahi orang ramai bahkan pembesar-pembesar dan raja-raja pun menziarahi, tapi sekarang sudah terbalik, para ulama yang menziarahi pembesar-pembesar dan raja-raja sedangkan sekarang, orang-orang awam pun tidak menziarahi ulama dan juga tidak menziarahi mereka.

*M369*
Apabila para ulama sudah cinta dunia, orang ramai akan lari dari mereka, dan para ulama akan digunakan oleh para penguasa atau yang memiliki dunia.

*M370*
Apabila para ulama sikapnya sudah seperti orang biasa lebih-lebih lagi sudah bersikap pembesar-pembesar dunia cakapnya mungkin boleh didengar tapi,mereka tidak akan ditaati lagi.

Orang Bertaqwa Dengan Tuhannya


Tuhan memberi nikmat kepada orang yang bertaqwa kerana kasih sayang-Nya
Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sayang-Nya juga
Kerana Tuhan hendakkan mereka lebih mulia
Dan disimpan aset itu sebagai harta di Syurga
Kalau diberi banyak pula itu juga adalah kasih sayang-Nya
Kerana dengan nikmat yang banyak itu dapat diagih-agih kepada orang lain pula
Dapat pula melahirkan syukur dan ramai pula orang terbela
Sekiranya orang yang bertaqwa itu diuji dan dibala,
Itu juga adalah kasih sayang Tuhan kepada mereka
Agar dosanya diampun atau ditinggikan darjat mereka di Syurga
Sungguh indah perbuatan Tuhan kepada orang yang bertaqwa
Senang dan susah, miskin dan kaya, sakit dan sihat ada nilainya di sisi Tuhan
Kerana itulah orang yang bertaqwa di dalam keadaan apa pun dia tenang sahaja
Susah dan senang sama sahaja
Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak,
Di waktu susah tidak pula rasa derita
Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka
Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya,
Jiwanya senang dan tenang sahaja
Begitulah hidup orang mukmin bersama Tuhannya 


Madah baru 61



 *M358*
Kalau ada umat Islam berjuang hari ini, di zaman barat menguasai politik, ekonomi, ilmu dan lain-lain, disamping membangun mereka berakhlak, di samping berkemajuan tidak ada diskriminasi, disamping kuat ekonomi, pemurah, berkorban, membantu, dan menolong pula, disamping mempunyai ilmu, tawadhuk, merendah diri, khusyuk, disamping ada kemudahan hidup bermasyarakat dan tidak ada kasta-kasta. Kalau bukan orang Islam sahaja yang memenuhi disko, kelab-kelab malam. Umat Islam memenuhi masjid-masjid atau surau-surau, disamping belajar, bekerja dengan cemerlang, tidak ada pergaulan bebas lelaki dan perempuann, perempuannya bersopan dan pemalu, disamping memiliki alat-alat dan kemudahan-kemudahan hidup yang canggih, hidup didalam perpaduan,samaada didalam keluarga, didalam parti, didalam masyarakat, didalam negara, didalam pejabat, didalam membawa kemajuan, tidak ada rasuah, dadah, pendedahan aurat. Di dalam berjuang dan bernegara, pemimpin disayangi dan dihormati bukan ditakuti, rakyatnya dikasihani bukan ditakut-takutkan dan dikasari. Ciri-ciri ini kalau wujud di dalam masyarakat Islam Masya Allah, umat Islam akan menguasai dunia dan akhirat, umat Islam akan menjadi empayar dan kuasai dunia sekali lagi.

 *M359*
Pemimpin di zaman ini, lebih-lebih lagi pemimpin negara, orang bukan hormat kepadanya, tapi ditakuti, dia diikut karena ada kepentingan diri kepadanya, bila jawatannya sudah tiada, orang habis lari,dia pun menghilangkan diri.

*M360*
Orang sekarang tidak malu mengaku ulama karena itulah ada persatuan ulama. Zaman dahulu seorang itu telah diiktiraf oleh ramai sebagai ulama, itupun buat masih tidak mengaku atau merasa dirinya ulama, ikutlah agamanya.

SIFAT TAQWA



Engkau bersembahyang tidak semestinya engkau sembahyang
Kalau bukan sembahyang, ertinya bukanlah ibadah namanya
Lahir adalah rangka, khusyuk adalah roh atau jiwanya
Tidak khusyuk ibadah, ibadah bangkai namanya
Kalau ibadah bangkai apakah Tuhan terima?
Engkau bekerja apakah hendak menambah taqwa?
Atau engkau bekerja hanya semata-mata menambah gaji?
Kalau semata-mata jadi gaji, akhirnya jadi najis atau jadi barang yang buruk sahaja
Sifat taqwa itu adalah di atas kerja dan usaha
Untung dunia, ia terjadi dengan sendirinya
Selama mana kita bekerja dan berusaha, memang ada hasilnya
Kalau ia dibagi roh atau jiwa, alangkah baiknya
Ia menghasilkan sifat taqwa
Itulah bekalan ke Akhirat sana
Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri di atas kerja dan usaha
Rohnya itu adalah kerana keredhaan Allah
Jiwanya itu adalah kerana niat berkhidmat kepada manusia
Kerana memudahkan manusia, membantu manusia di dalam kehidupannya
Menolong memudahkan kehidupan mereka
Dengan adanya usaha-usaha dan kerja-kerja kita itu, kalau niatnya betul dapat pahala, itulah taqwa namanya
Apakah kita berusaha dan bekerja ada niat kerana Allah, dan utk berkhidmat kepada hamba-hamba-Nya?
Apakah kita berusaha dan bekerja semata-mata kerana hendak hidup semata-mata?
Di sana ada gaji atau upah, atau ada hasil yang kita perolehi?
Hasil dari usaha tidak payah diniatkan 
Ia biasanya terjadi dengan sendiri
Tapi apakah di dalam usaha itu ada niat yang murni seperti yang diceritakan tadi?
Niat yang murni itulah yang dikatakan di antara sifat taqwa
Alangkah untungnya kalau kita bekerja dan berusaha mendapat dua pahala
Pahala dunia itulah hasil usaha yang kita rasa di dunia lagi
Pahala Akhirat kerana pada usaha dan kerja itu kita ada niat kerana Allah dan berkhidmat kepada manusia
Niat yang betul itulah roh amal, roh usaha, roh kerja, roh ibadah
Itulah dia sifat taqwa untuk bekalan ke Akhirat sana 


Madah baru 60


*M356*
Perjuangan ibarat membawa kereta,jalan yang ditempuh suasananya tidak sama, adakalanya mendaki, adakalanya menurun, waktu-waktu tertentu menempuh liku-liku, adakalanya berjalan ditepi gaung, adakalanya menempuh banjir, tidak mustahil pula sekali sekala melalui batu-batu krikil dan jalan lekok-lekok,oleh itu kereta yang dibawa kenalah sekali sekala laju, adakalanya perlahan, tidak kurang pula ada waktunya berjalan sederhana boleh berhenti bukan rehat, Tapi mencari muslihat.

*M357*
Perjuangan macam orang membuka ladang, bermula dari meneroka hutan belantara, setengah orang itu satakat mampu berangan,hendak membuka hutan,tidak mampu mencoba.Setengah orang setakat sanggup masuk ke hutan, bila melihat semak samun,kayu besar-besar pula, banyak perkara yang merbahaya tidak sanggup menebang dan terus meninggalkan hutan.Setengah orang sudah sampai peringkat menebang tapi memerun pula dia tidak sanggup, keluar pula meninggalkan usaha-usaha. Setengah orang sudah sampai peringkat memerun tapi tidak mampu pula membajak,berhenti pula setakat itu.Setengah orang sudah siap membajak,dan menggemburkan tanah tidak sabar pula menanam,  mereka meninggalkan pula ladang.Setengah orang sanggup sampai menanam,hendak menjaga dan mengawal tanaman itu pula tidak sanggup keluar pula meninggalkan ladang,akhir sekali, tinggal golongan sedikit yang sanggup menjaga dan mengawal serta mengetam.

Yakin Dan Keyakinan Seseorang



Yakin satu perkara yang susah menjadi pegangan hati dan perasaan
Atas dasar ilmu mudah percaya, atas dasar jiwa dan perasaan susah hendak menerimanya
Percaya perkara asas, 
Yakin adalah perkara penghayatan dan perasaan yang tidak ada bimbang, senang sahaja menerimanya
Sebagai contoh, Tuhan suruh yakin bahawa rezeki di tangan-Nya,
Dalam masa yang sama disuruh berusaha
Yakin adalah sebahagian aqidah, berusaha sebahagian daripada syariat
Tuhan memberi bekas, berusaha walaupun diperintah, tapi tidak memberi bekas
Bukan senang hendak membuang perasaan rezeki bukan dari usaha, tapi dari Tuhan
Kita nampak usaha juga memberi bekas, bukan Tuhan
Syirik khafilah kita kerananya
Cuba lihat, susahnya hendak yakin
Atas dasar ilmu boleh terima,atas dasar penghayatan, sulit menerimanya
Contoh lagi, atas dasar taqwa, Tuhan bantu kita 90%,
Atas dasar usaha yang halal 10% sahaja
Oleh itu rebutlah taqwa untuk dapat pertolongan Tuhan 90%
Usaha 10% hanya sebagai syariat sahaja 
Atau sebagai usaha, tidak boleh diabaikan
Bukan senang hendak mengutamakan taqwa, memperkecilkan usaha kita
Selalunya hati berkata, usahalah yang sebenarnya kejayaan kita, bukan taqwa
Usaha lebih besar daripada taqwa
Usaha lebih penting daripada taqwa
Padahal taqwa usaha juga namanya, tapi usaha batin
Taqwa bukan sahaja dipandang kecil 
Tapi ternafi terus daripada perasaan
Sungguh susah hendak yakin mengikut ajaran Tuhan
Contoh lain, Tuhan memberi kemenangan dan kejayaan di dalam pejuangan atas dasar taqwa sekalipun tidak ramai
Tapi bagi umat Islam yang berjuang masih berfikir ramai pengikut sekalipun tidak ada kualiti
Walaupun sudah terbukti, bahawa ramai masih tidak menang dan tidak ada kejayaan hingga sekarang
Tapi hendak ubah sikap dan keyakinan bahawa biarlah sedikit tapi matang Tuhan akan beri kemenangan dan kejayaan, hati payah menerimanya
Padahal umat Islam hina di masa ramailah
Jelas sekali kemenangan di tangan pejuang-pejuang yang sedikit tapi bertaqwa,
Sejarah telah membuktikan
Walaupun begitu, susah hendak yakin di dalam hati
Namun logik masih menghantui fikiran
Kita bagi contoh lain untuk lebih meyakinkan
Kecundangnya umat Islam di dalam apa perjuangan adalah kerana dosa
Oleh itu untuk kejayaan dan kemenangan, bersihkan dosa dan bertaubat segera
Umat Islam payah mahu menerima konsep ini
Kerana hendak berjaya dan menang tidak fikir dosa bahkan buat dosa
Kalau kita cerdik, tahu atas dasar ilmu, mungkin umat Islam tidak tolak
Tapi hendak yakin tidak, hati hendak menerima, berdolak-dalik sahaja
Jelaslah yakin satu perkara yang susah, 
Sekadar percaya bolehlah
Kalau begitu apa yang berlaku kepada umum umat Islam?
Yang berlaku masih ramai umat Islam yang syirik khafi di dalam aqidah 


Madah baru 59


*M346*
Perjuangan Islam tidak sama dengan perjuangan Umat Islam. Perjuangan Islam, perjuangan yang dilaksanakan umat Islam yang berprinsipkan Islam, berdasarkan Al Qur'an dan hadits. Perjuangan umat Islam adalah perjuangan yang dilaksanakan umat Islam yang berdasarkan ideologi. Yang pertama kalau terkorban mati syahid, yang kedua kalau terkorban mati sakit.

*M347*
Orang Islam yang berjuang apabila dia diuji oleh Allah melalui musuh-musuhnya seperti ditangkap, dipenjara, disiksa, biasanya berlakulah seperti berikut, imannya bertambah, imannya tidak bertambah, tidak kurang imannya kurang imannya, ada yang menjadi kafir yang kurang iman atau kafir samaada menyesal atau kecewa atau putus asa atau terus menyebelahi musuhnya menentang pula perjuangannya yang dahulu, tinggallah sedikit yang ikhlas, begitulah yang terjadi sepanjang Zaman.

*M348*
Bila ada kuasa, tegas, bila tiada kuasa, malas dan jemu, kerana  berjuang ada kepentingan bukan atas dasar prinsip dan keyakinan, inilah yang banyak berlaku di akhir zaman.

*M349*
Selalunya orang berjuang membawa kebatilan, menindas dan menzalim, yang berjuang membawa kebenaran, selalunya dizalimi dan mempertahankan diri.

*M350*
Didalam perjuangan adakalanya kita mesti mara kehadapan, adakalanya kita mesti undur kebelakang dan adakalanya kita mesti bertahan, begitulah strategi didalam perjuangan.

Hati Sebagai Wadah


Tuhan menganugerahkan kepada engkau hati atau jiwa sebagai wadah
Ia adalah anggota yang paling penting di dalam diri manusia
Tapi malang, atau sungguh sayang
Engkau tidak jadikan wadah menerima hidayah
Wadah engkau tidak pun engkau isi dengan kasih sayang
Hati sebagai wadah, engkau tidak isi rasa bertuhan
Jiwa engkau sebagai wadah, tidak engkau isi rasa kehambaan
Wadah engkau, engkau kosongkan daripada timbangrasa dan perikemanusiaan
Engkau kosongkan wadah engkau daripada perasaan-perasaan yang mulia
Tapi apa yang engkau isikan?
Engkau isikan dengan racun-racun mazmumah yang merosakkan manusia
Bahkan yang menghancurkan dunia
Hati engkau tidak engkau jadikan cermin melihat kebenaran
Engkau butakan hati engkau
Hingga tidak ada lagi rasa bertuhan
Setidak-tidaknya engkau merabunkan
Hingga engkau ragu dengan kebenaran
Sayang, hati atau jiwa yang paling berharga
Yang menentukan engkau manusia yang ada kemanusiaan
Tapi engkau abaikan
Tapi yang engkau urus sangat dan engkau belai
Anggota lahir engkau, jawarih engkau
Anggota yang akan dimakan ulat dan binasa
Anggota yang kekal abadi yang akan dipersoalkan, engkau abai dan biarkan
Padahal hati tempat pandangan Tuhan 


Lahir Batin Hendaklah Selaras



Lahir dan batin kita biarlah sama terhadap pegangan kita terhadap Tuhan
Janganlah satu membohongi yang lain
Janganlah akal mempercayainya, lisan kita mengakui, tapi jiwa kita tidak menghayati
Kita yakin dengan Tuhan, lidah kita selalu menyebut-Nya, tapi jiwa kita tidak rasa bertuhan
Akal kita yakin Tuhan itu berkuasa, tapi kita tidak terasa Dia menguasai kita setiap masa
Kuasa Tuhan itu hanya akal sahaja tahu, mulut selalu berkata, namun hati tidak terasa
Begitulah akal juga percaya Tuhan itu melihat, lisan juga kalau ditanya dia mengiakan, tapi hati tidak terasa dilihat
Seterusnya sifat mendengar Tuhan diterima akal, lidah juga tidak membohonginya namun hati tidak sedar Tuhan mendengar
Sifat mendengar Tuhan hanya diketahui di dalam pengetahuan, akal tidak menolaknya, tapi hati tidak terasa
Kerana itulah kita boleh bercakap bohong
Percakapan kita selalu sahaja sia-sia yang tidak memberi apa-apa faedah
Percakapan kita selalu sahaja membohongi pengetahuan kita
Sikap dan pengetahuan kita tidak sama
Sikap kita membohongi akal kita
Orang mukmin sejati akal, hati dan tindakannya sama
Ketiga-tiga anggota manusia itu selaras
Tidak membohongi satu sama lain
Jujur di luar, jujur di dalam
Apa yang nampak di luar, itulah sifat batinnya
Tidak bertentangan satu sama lain
Ciri-ciri nifak tidak wujud
Sama ada terang-terangan, mahupun yang tersembunyi
Lahir dan batin sama-sama lurus
Tidak bercanggah satu sama lain, yang lahir dengan yang batin
Begitulah sikap mukmin sejati

4 perkara dlm Jumaat

Salam Jumaat buat para dermawan sekalian. Semoga sentiasa berada dalam keberkatan Allah juga diberikan kesihatan yang baik oleh Ya Salam.

Pada hari jumaat yang barakah ini suka saya kongsikan beberapa amalan yang sangat digalakkan untuk kita beramal dengannya. Terdapat 4 amalan yang sangat istimewa di hari jumaat yang mulia ini.
1. Berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.
Selawat yang kita bacakan ini akan dibentangkan dihadapan Nabi Muhammad SAW setiap hari jumaat.
Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku. Maka dia akan berada paling hampir dengan ku (di dalam syurga).” (Riwayat Al-Baihaqi)
Jadi, perbanyakkanlah berselawat keatas Nabi Muhammad SAW sepanjang hari ini dimana pun kita berada. Mudah-mudahan kita terpilih untuk bersama dengan baginda di dalam syurga.
2. Membaca surah Al-Kahfi.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249)
Surah al-kahfi mengandungi 110 ayat. Jika kita tidak mampu membacanya sekali gus, kita boleh membahagikan bacaan muka muka surat surah tersebut mengikut 5 waktu solat. Mulakan bacaan surah al-kahfi pada malam jumaat iaitu selepas selesai solat maghrib dan berakhir setelah selesai solat asar. insyaAllah ia tidak akan menjadi bebanan buat kita.
3. Doa
Terdapat satu tempoh waktu yang sangat istimewa pada hari jumaat, barangsiapa berdoa  pada waktu tersebut  tidak akan ditolak doanya itu.
Hal ini telah disebut dalam satu hadis yang bermaksud: ”Rasulullah SAW bersabda: Pada hari jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan perkenankan permintaannya itu.” (Riwayat Al-Bukhari)
Waktu mustajab doa adalah pada hari jumaat, namun begitu para ulama berbeza pendapat mengenai bilakah tempoh waktu tersebut. Sebahagian ulama cenderung bahawa waktu mustajab doa adalah selepas solat asar sehingga terbenam matahari. Ini kerana terdapat banyak dalil menjerumus kearah waktu tersebut.
Oleh itu, peruntukanlah satu waktu khas untuk beribadah dan berdoa memohon hajat daripada Allah SWT. InsyaAllah doa kita tidak akan ditolak.
4. Bersedekah
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa sedekah adalah amalan yang sangat mulia disisi Allah. Malah terdapat banyak fadhilat bersedekah, antara nya ialah membuka pintu rezeki, terhalang daripada musibah, memanjangkan umur dan banyak lagi.
Namun begitu, terdapat satu waktu yang digalakkan untuk kita bersedekah iaitu sedekah pada hari jumaat di diwaktu subuh. Bersedekah pada waktu subuh amatlah digalakkan apatah lagi setelah selesai menunaikan solat berjemaah.
Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (Surah Fatir, ayat 29)
Pengajaran yang boleh diambil dari ayat diatas ialah,salah satu cara Allah memurahkan rezeki seseorang ialah dengan cara menjaga sedekah setiap solatnya apatah lagi disubuh hari.
Kenapa waktu subuh? Ini kerana setelah waktu subuh dua malaikat akan turun untuk mendoakan kita.
Dari Abu Hurairah RA sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhari)
Hari jumaat adalah hari yang mulia, maka muliakanlah hari ini dengan amal amal ketaatan. Jika kita tidak mampu beramal dengan semua amalan ini jangan lah ditinggal semua. Pilih lah amalan yang mampu untuk diamalkan dan istiqamah lah dengan amalan tersebut. Bukan kah Allah suka pada amalan yang istiqamah?

Madah baru 58


*M341*
Tidak mesti sesuatu kerja itu apabila berjaya ia diredhai,dan tidak mesti pula sesuatu kerja itu, apabila gagal dimurkai,yang penting kerja itu mengikut syariat,dan diniatkan kerana Allah,Insya Allah ia diredhai.

*M342*
Ada orang sukses lantang suaranya didalam bermacam-macam isu, apabila ada kuasa atau bersandar kepada yang berkuasa orang yang tidak faham menyangka mereka berani atau wira.

*M343*
Mengapa umat Islam hari ini tidak berdaulat, lebih-lebih lagi tidak boleh jadi empayar padahal umat Islam berselerak di muka bumi mencari ilmu, sekarang sudah banyak yang pandai-pandai.Dahulu umat Islam berselerak,mengembara keluar negara kerana mencari Allah, sekarang umat Islam mengembara merata dunia mencari rezeki.

*M344*
Untuk mendaulatkan Islam didalam sesebuah negara oleh sebuah empayar bukan semua pemimpin dan pengikut boleh buat,ia memerlukan para pemimpin yang di pilih oleh Allah seperti Rasulullah Saw, Khulafaur Rasyidin, Umar Ibnu Azis, Muhammad Al Fateh.Selain itu hanya boleh berbuat disudut-sudut tertentu sahaja, seperti ibadah-ibadah khusus.Di akhir Zaman nanti sekali lagi berlaku iaitu yang dipimpin oleh Imamul Mahdi ra.

*M345*
Untuk mendaulatkan Islam, kesadaran sahaja dengan Islam tidak cukup, memerlukan ilmu, ilmu hafalan tidak cukup, memerlukan fahaman, fahaman sahaja tidak cukup, memerlukan penghayatan, penghayatan pun tidak cukup,ia memerlukan amalan, amalan sahaja tidak cukup,ia memerlukan perjuangan, perjuangan pun tidak cukup, ia memerlukan strategi, disiplin dan kegigihan, seterusnya memerlukan kepimpinan dan keikhlasan yang berterusan.

4 perkara dlm Jumaat

Salam Jumaat buat para dermawan sekalian. Semoga sentiasa berada dalam keberkatan Allah juga diberikan kesihatan yang baik oleh Ya Salam.

Pada hari jumaat yang barakah ini suka saya kongsikan beberapa amalan yang sangat digalakkan untuk kita beramal dengannya. Terdapat 4 amalan yang sangat istimewa di hari jumaat yang mulia ini.
1. Berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.
Selawat yang kita bacakan ini akan dibentangkan dihadapan Nabi Muhammad SAW setiap hari jumaat.
Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku. Maka dia akan berada paling hampir dengan ku (di dalam syurga).” (Riwayat Al-Baihaqi)
Jadi, perbanyakkanlah berselawat keatas Nabi Muhammad SAW sepanjang hari ini dimana pun kita berada. Mudah-mudahan kita terpilih untuk bersama dengan baginda di dalam syurga.
2. Membaca surah Al-Kahfi.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249)
Surah al-kahfi mengandungi 110 ayat. Jika kita tidak mampu membacanya sekali gus, kita boleh membahagikan bacaan muka muka surat surah tersebut mengikut 5 waktu solat. Mulakan bacaan surah al-kahfi pada malam jumaat iaitu selepas selesai solat maghrib dan berakhir setelah selesai solat asar. insyaAllah ia tidak akan menjadi bebanan buat kita.
3. Doa
Terdapat satu tempoh waktu yang sangat istimewa pada hari jumaat, barangsiapa berdoa  pada waktu tersebut  tidak akan ditolak doanya itu.
Hal ini telah disebut dalam satu hadis yang bermaksud: ”Rasulullah SAW bersabda: Pada hari jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan perkenankan permintaannya itu.” (Riwayat Al-Bukhari)
Waktu mustajab doa adalah pada hari jumaat, namun begitu para ulama berbeza pendapat mengenai bilakah tempoh waktu tersebut. Sebahagian ulama cenderung bahawa waktu mustajab doa adalah selepas solat asar sehingga terbenam matahari. Ini kerana terdapat banyak dalil menjerumus kearah waktu tersebut.
Oleh itu, peruntukanlah satu waktu khas untuk beribadah dan berdoa memohon hajat daripada Allah SWT. InsyaAllah doa kita tidak akan ditolak.
4. Bersedekah
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa sedekah adalah amalan yang sangat mulia disisi Allah. Malah terdapat banyak fadhilat bersedekah, antara nya ialah membuka pintu rezeki, terhalang daripada musibah, memanjangkan umur dan banyak lagi.
Namun begitu, terdapat satu waktu yang digalakkan untuk kita bersedekah iaitu sedekah pada hari jumaat di diwaktu subuh. Bersedekah pada waktu subuh amatlah digalakkan apatah lagi setelah selesai menunaikan solat berjemaah.
Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (Surah Fatir, ayat 29)
Pengajaran yang boleh diambil dari ayat diatas ialah,salah satu cara Allah memurahkan rezeki seseorang ialah dengan cara menjaga sedekah setiap solatnya apatah lagi disubuh hari.
Kenapa waktu subuh? Ini kerana setelah waktu subuh dua malaikat akan turun untuk mendoakan kita.
Dari Abu Hurairah RA sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhari)
Hari jumaat adalah hari yang mulia, maka muliakanlah hari ini dengan amal amal ketaatan. Jika kita tidak mampu beramal dengan semua amalan ini jangan lah ditinggal semua. Pilih lah amalan yang mampu untuk diamalkan dan istiqamah lah dengan amalan tersebut. Bukan kah Allah suka pada amalan yang istiqamah?

Madah baru 57


*M336*
Kalau didalam menegakan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah Saw didalam kesabaran
Kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana,ikutlah jejak Nabi Allah Musa as,kalau kita dikurung dalam ketakutan, ikutlah jejak Nabi Yunus as diwaktu didalam perut ikan,kalau kita disiksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim as.Kalau kita diberi nikmat dan kemewahan,jadikan Nabi Sulaiman as sebagai tauladan.Begitulah seterusnya,para-para Rasul as itu ada tauladan dan pengajaran, sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.

*M337*
Usaha-usaha yang ada campur tangan nafsu dan syaitan, cepat maju dan berkembang,tapi yang tidak ada campur tangan nafsu dan syaitan,lambat maju dan susah hendak berkembang.

*M338*
Perlu diingat, sejarah telah memberi tahu, banyak orang masuk Islam, karena melihat akhlak dan contoh tauladan (model) terlalu sedikit sangat yang masuk Islam hasil penyelidikan dan kajian.

*M339*
Kebanyakan umat Islam berjuang,pada hari ini,samaada disedari atau tidak banyak orang bersifat nasionalisme dan bersifat ideologi daripada bersifat Islam,tapi menjual nama Islam, justru itulah orang yang menolak.

*M340*
Orang yang berbuat ikut syariat kerana Allah,orang itu tidak akan kecewa sekalipun gagal justru orang itu bukan memandang kejayaan,tapi keredhaan.

SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA


Selepas engkau berusaha belajar,
Engkau tetap juga tidak menjadi orang pandai
Apakah engkau hendak menyoal Tuhan mengapa engkau tidak dipandaikan?! 
Allah lebih mengetahui dari engkau
Kalau engkau pandai, engkau akan merosakkan diri engkau
Mungkin juga engkau akan merosakkan masyarakat engkau
Setelah engkau berusaha mencari kekayaan, namun engkau miskin juga,
Jangan tanya Tuhan mengapa engkau dimiskinkan
Allah membuat ada ukuran, ada didikan, ada pengajaran untuk keselamatan
Kalau engkau rosak juga,
Ertinya engkau tidak pandai menerima keadaan
Apabila engkau sakit-sakit sahaja selepas engkau berusaha untuk sihat,
Jangan rasa tidak senang dengan Tuhan
Tuhan Maha Bijaksana dari engkau
Sihat kan lebih baik?
Itu rasa engkau dan kehendak engkau
Tapi Tuhan Maha Mengetahui
Kalau engkau sihat engkau lebih jahat, sakit itu padanlah bagi engkau
Kalau engkau rakyat jelata, tidak berpangkat, tidak berkuasa
Engkau bersedih dan merintih
Kesal tidak berkesudahan
Tidak redha dengan Tuhan
Kedudukan engkau itu padanlah dengan engkau
Mana engkau boleh jamin
Kalau engkau berpangkat dan berkuasa, engkau berlaku adil
Apa jaminan engkau tidak menyalahguna kuasa bila berkuasa
Jika engkau selalu sahaja ditimpa bala bencana, Redhalah
Di situ mesti ada kebaikannya, percayalah
Kalau Allah tidak lakukan begitu kepada engkau,
Mungkin engkau menjadi penzalim dan pengacau
Justeru itu redhalah dengan ketentuan Tuhan engkau
Allah tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia
Allah tidak main-main dengan ciptaan-Nya
Setiap apa yang dilakukan-Nya ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran
Allah Maha Mengetahui
Kita tidak mengetahui 

Madah baru 56



*M331*
Kalau orang menghina agama Islam hati tidak merasa sakit,kita tidak memperjuangkan Agama Islam lebih dari memperjuangkan untuk diri kita.

*M332*
Kalau orang menghina Islam seseorang itu tidak tersentuh perasaannya,
bilamana orang menghina dirinya jiwanya sangat tersentuh,orang itu boleh menjual agamanya demi kepentingan dirinya.

*M333*
Kalau seseorang itu mengambil upah dengan agamanya,tidaklah salah,tapi pahalanya di Akhirat tidak ada,  rugi jugalah jawabnya.

*M334*
Bersahabat pilihlah orang, 
berjuang sangguplah berkorban dan terkorban, carilah jodoh yang beriman dan penyayang,carilah guru yang Mursyid, carilah rezeki yang halal, carilah jalan yang selamat, buatlah kerja pertengahan.

*M335*
Berhadapan dengan gelombang kehidupan,lebih besar dan hebat daripada gelombang lautan, selalunya karam, bahkan kapal besar pun sekali sekala karam juga, gelombang kehidupan selalu sahaja mengkaramkan manusia ke dalam neraka, kecuali mereka berada di dalam kapal iman yang besar sahaja yang selamat itupun kalau tidak berhati-hati mengemudikannya, sekali sekala karam juga.

Mengapa Derhaka dalam Membangun

Islam tidak melarang membangun, bahkan menggalakkan
Mampu membangun, membangunlah
Tapi mengapa derhaka di dalam membangun?
Islam membenarkan berkemajuan
Sejauh yang termampu buatlah
Mengapa berkemajuan bersama kederhakaan?
Atau berkemajuan membuat yang haram?!
Tidak bolehkah membangun dan berkemajuan
tanpa derhaka serta hindarkan perbuatan haram
Gunakanlah kebebasan
Tapi jangan sampai merobek-robek hak asasi manusia
Atau hingga melanggar larangan Tuhan
Buatlah apa sahaja, tapi jangan menjolok mata
Hingga separuh telanjang pun tak apa?
Pakaian jarang jadi budaya
Jangan sampai terlanggar akta
Jangan pula undang-undang dilanggar
Atau untuk golongan tertentu aja
Berusahalah untuk kemajuan
Untuk keluarga, untuk bangsa, untuk negara
Jangan pula sampai agama terhina
Atau agama tidak diambil kira
Carilah kekayaan, perolehilah kesenangan
Tapi jangan makan seorang
Hidup di dunia ini kenalah fikir semua hal
Di dalam memikirkan diri, fikirlah juga orang
Di dalam membangun dan berkemajuan, agama jangan korbankan
Di dalam menegakkan kebebasan, jangan korbankan maruah dan adat resam yang mulia
Di dalam berusaha untuk kekayaan dan kesenangan, jangan menyusahkan orang
Pelajarilah dan dalamilah ilmu apa sekalipun,
tiada larangan
Tapi maruah diri, agama, bangsa dan negara
kenalah jaga
Beginilah hidup manusia sebagai hamba Allah
di dunia
Semuanya ada peraturan, ada tata susilanya,
Ada panduan, ada budi bicaranya
Bukan sekadar hidup mengikut kemahuan
Bagaimana hidup, tidak dipersoalkan 


Maruah Diri Itulah Harga Diri




Maruah diri itulah dia harga diri
Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga
Harga diri tidak boleh dijual beli
Di dalam Islam mempertahankan maruah diri syahid hukumnya
Biar miskin, biar papa, harga diri kena jaga
Tidak guna kaya, tidak guna ilmu tinggi, berjawatan tinggi, maruah tiada
Tiada maruah diri, binatang yang hidup berupa manusia
Kalau sudah bersifat binatang, siapa hendak hormati kita
Orang yang bermaruah malunya tinggi, akhlaknya mulia
Dengan Allah sangat takut, dengan manusia tidak meminta-minta
Mudah mesra, mudah dimesra, tolak ansur budaya hidupnya
Lapang dada, sabarnya ketara, tidak membuat kerja-kerja yang hina
Miskin tidak meminta-minta, kaya khidmat untuk manusia
Orang marah dia selamba, dendam tiada, memaaf mudah sahaja
Orang sakit hati dia mendoakannya
Kalau hidup miskin dia macam orang kaya, kerana tiada meminta
Dengan siapa sahaja dia boleh berkawan, tapi dia tetap dia
Orang yang baik hati, miskinkah dia, kayakah dia, senangnya dengannya
Kerana dia tidak menyusahkan orang, tapi dia sanggup susah kerana orang
Semua orang berpuas hati bergaul dengannya 


Madah baru 55



*M321*
Di bandar- bandar dan pekan-pekan walaupun cantik dan menarik kalau berjalan seorang diri terutama setelah malam tamat takut dan membimbangkan,karena orang jahat akan mengambil peluang.

*M322*
Diantara amalan-amalan baik yang hampir pupus di bandar dan di pekan ialah tidak suka kedatangan tetamu,gotong royong hampir tiada, tengok menengok di kalangan jiran sudah tiada lagi, sifat malu sudah terlalu nipis,baik sangka sudah tiada, bersedekah terlalu kurang, berkenalan dan bermesra sudah tidak diperlukan berbincang secara tidak rasmi sudah jarang berlaku,kecuali rasmi dalam forum di tv,di universiti, justru manusia lebih suka
 di kaca tv daripada berbincang sesama jiran atau kawan.

*M323*
Kalau didalam kehidupan bermasyarakat didapati ada pula orang yang derhaka dengan ibu bapa,bukan ibu bapanya saja yang tidak senang,semua anggota masyarakat memandang serong dengan orang itu.Begitu juga kalau ada rakyat yang tidak taat dengan pemimpin negara,banyak orang Yang marah,padahal setiap hari orang ramai samaada rakyat jelata mahupun orang yang dikatakan istimewa, derhaka dengan Allah,tidak begitu orang yang marah dan tidak senang.Begitulah mentaliti Umat Islam di akhir Zaman ini,Tuhan telah di perkecilkan.

*M324*
Kalau seseorang itu boleh mendapat kejayaan,terhadap yang naluri memang suka,(fitrah semula jadi memang suka) bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan,dan tidak boleh dikatakan luar biasa (Wira), seperti memiliki kekayaan yang banyak,ilmu yang tinggi,rumah yang besar dan cantik,kerana ujian dari dalam tidak ada,hanya ada ujian atau cabaran dari luar, tapi kalau seseorang itu boleh mendapat kejayaan,didalam soal-soal fitrah semula jadi tidak suka ,ia adalah manusia luar biasa (Wira) seperti mengorbankan harta yang banyak,sanggup ibadah banyak,gigih memperjuangkan kebenaran hingga mendapat kesusahan,atau mati kerananya, memperjuangkan kepentingan masyarakat hingga menderita, kerana bukan senang hendak melawan nafsu,Mujahadatun nafsi.

*M325*
Apabila kebenaran itu dibawa oleh orang yang sudah hilang wibawa,(hilang taqwa), kebenaran itu tidak akan diikuti atau kebenaran itu tidak akan bernilai.

Madah baru 54


*M316*
Gejala masyarakat dapat di lihat oleh mata, gejala hati dapat dilihat oleh hati.Kalau mata telah buta,sudah tentu tidak dapat melihat gejala-gejala masyarakat, begitu jugalah kalau hati buta,tidak akan nampak lagi gejala-gejala hati.

*M317*
Janganlah apabila gejala masyarakat (maksiat),telah menggugat kedudukan kita, barulah sibuk hendak membenteras.
Kalau belum menggugat kedudukan kita,kita biarkan saja,adakalanya secara langsung atau tidak langsung kita menggalakkan saja.Lebih malang dari itu jika dapat keuntungan dari gejala masyarakat,kita terus mendiamkan diri.

*M318*
Allah menjadikan lelaki dan perempuan, didalam segi watak dan tabiat semula jadinya,ada sedikit kelainan,agar berlaku secara umum,peranan mereka tidak sama,kecuali di bidang-bidang tertentu.
Moga-moga dengan peranan masing-masing, perjalanan keluarga atau rumah tangga baik.  Seterusnya  negara aman damai dan berjalan dengan indahnya,tapi kalau manusia sendiri sudah beranggapan walaupun satu golongan dinamakan lelaki dan satu golongan lagi dinamakan perempuan sudah sama kedudukan dan peranannya, akan berlakulah gejala sosial yang merusakkan.

*M319*
Rasuah payah dikesan, penipuan dalam akaun payah dibuktikan,
perzinaan yang berlaku di hotel-hotel besar oleh orang-orang atas susah hendak disiasat,penyalah
gunaan kuasa payah dilihat oleh mata,tapi kesalahan golongan bawahan mudah dilihat dan dikesan seperti bohsia bohjan, pergaulan bebas, buang anak,dera anak, pelacuran kelas bawahan, melawan guru,pergaduhan,
justru itu, gejala-gejala masyarakat golongan bawahan sahaja menjadi sasaran,hati kecil mereka sudah tentu tidak senang kerana mereka juga sedar maksiat di balik tabir.Itulah diantara sebabnya mengapa gejala masyarakat payah dilenyapkan.

*M320*
Di bandar-bandar dan di pekan-pekan, terutama di bandar-bandar besar, orang jahat lebih ramai dan macam-macam bentuknya daripada di kampung-kampung.

Pegangan Hidup Punca Derita

Bagaimana jiwa engkau tidak derita?
Ketentuan Tuhan engkau tidak redha
Dengan ujian, kesabaran engkau tidak ada
Apa sahaja engkau buat, minta pujian manusia
Bukan semua manusia yang boleh memujimu
Jika tidak dipuji, sudah tentu jiwa derita
Engkau sentiasa memburu nama
Tidak mungkin engkau mudah mendapatkannya
Jika tidak engkau memperolehinya, sudah tentu engkau kecewa
Lebih-lebih lagi jiwa engkau tidak tenang
Kerana engkau mempertajam hasad dengki
dengan manusia
Tidak boleh engkau lihat orang lebih daripada engkau
Jiwa engkau menderita dan engkau dengki dengannya
Kalau dengki engkau itu tidak berjaya,
Sudah tentu jiwa engkau lebih lagi derita
Kalau orang itu makin senang,
Engkau lebih-lebih lagi tidak tenang
Apa sahaja engkau usahakan,
Semuanya engkau sandarkan kepada diri engkau
Bukan engkau sandarkan kepada Tuhan
yang Maha Kuasa
Mana engkau ada kuasa?
Jika usaha engkau gagal, tentu engkau kecewa
Jiwa pun menderita
Kalau engkau berjaya, engkau sombong pula
Kerana engkau merasai engkau adalah luar biasa
Bukan kuasa Tuhan yang menjayakan
usaha-usaha engkau itu
Jadi pegangan hidup engkau itulah
yang menjadikan engkau selalu sahaja menderita 


Madah Baru 53



*M311*
Kalau seseorang itu samaada lelaki mahupun perempuan,selalu saja memandang lelaki,atau perempuan ajnabi, satu Allah akan bala'kan kepadanya ialah akan merasakan istri atau suami sendiri sudah tidak menarik lagi, kenalah jaga mata.

*M312*
Bagaimanalah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, di pejabat selalu kena marah oleh bos,di rumah selalu kena leter oleh istri, anak-anak pula macam-macam  karenah, didalam perjalanan pula berhadapan dengan pemandu-pemandu yang tidak bertimbang rasa. Hidup berjiran nafsi-nafsi, ada masalah tidak ada tempat mengadu, sahabat-sahabat sudah tidak ada,  yang ada hanya kenalan,iman lemah pula, justru itu uban cepat tumbuh di kepala atau cepat tua sebelum masanya.

*M313*
Kalaulah suami  istri berkahwin kerana nafsu, bukan kerana hendak membangunkan generasi penyambung lidah nabi, biasanya bila kemahuan nafsu satu sama lain sudah tiada,  selalunya berlaku perceraian kalau tidak berlaku kerana keadaan tidak membenarkan, keluarga itu akan hidup Terombang-ambing tidak menentu.

*M314*
Kalaulah membenteras gejala masyarakat amat susah, lebih-lebih lagi membenteras gejala-gejala hati justru gejala masyarakat berpunca dari hati.

*M315*
Gejala masyarakat boleh dibenteras dengan peraturan, undang-undang dan hukuman dan didikan, dengan cara menambah iman dan sifat taqwa ia memerlukan latihan dan pimpinan dari seorang guru yang bertaqwa.

PENGUMPAT TIDAK TAHAN DIUMPAT

Orang yang selalu mengata orang biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang,
Dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
Dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
Biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga sering membuat kesalahan dan kesilapan
Kerana itulah dia tidak minat hendak mengata
dan mengumpat orang
Kalau dia dikata dan diumpat orang, dia tidak begitu terasa apa-apa
Bahkan mungkin hati kecilnya berkata patut dia dikata,
Kerana dia manusia yang lemah juga
Dengan umpatan orang itu dia bertambah lagi membaiki diri
Lantaran itulah dia tidak bertindak balas di atas kejahatan orang itu
Begitulah seterusnya orang yang sombong
Pantang orang lain sombong dengannya
Kesombongan orang lain terhadap dirinya,
Dia tidak sanggup menerima cabaran
Di sini baru kita faham, orang yang nampaknya
macam berani dan garang, selalu sahaja mengumpat orang dan sombong dengan orang,
Sebenarnya jiwanya tidak kuat, 
Tidak mampu kena cabar
Di sebalik nampaknya garang,
Tersembunyi sifat penakut dan pengecut
Tapi orang yang tenang, tidak nampaknya riuh-rendah,
Sebenarnya jiwanya kuat
Di sebalik ketenangannya, tersembunyi keberanian dan ketahanan jiwanya
Kerana itulah orang seumpama ini, sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran 

SARANAN HENDAKLAH TAKUT KEPADA TUHAN

Saranan hendaklah takut kepada Tuhan selalu sahaja di dalam ceramah-ceramah,
Di atas mimbar hari Jumaat ketika khutbah
Hati tidak juga terasa, biasa aja
Ketika Allah disebut, hati tidak terasa apa-apa
Takut tidak juga membara
Tapi apabila teringat sahaja peperiksaan akan tiba, bimbang menerpa
Selepas periksa, bimbang lagi,
Takut keputusan tiada berjaya
Bila hendak bertemu bos, hati gementar
Bila bertemu, lebih-lebih lagi gementar
Bila ditanya oleh bos, gugup-gugup sahaja
Dengan bini yang cerewet dan membebel
tidak jemu-jemunya,
Si suami bila balik, jantung berdenyut, hati bergelombang, takut ditanya 
Silap-silap jawab, tengking herdik yang diterima
Sumpah serapah mesti kena
Apatah lagi ketua negara
Bila berada dengan orang-orang pentingnya,
Tidak ada yang sanggup berkata
Kalaupun berkata, gugup-gugup aja
Bos mereka bila berkata, semua mereka angguk-angguk setuju aja
Walaupun hati belum tahu
Walaupun ada yang tidak setuju,
Semuanya membisu
Kalau diberi pandangan sebaliknya,
Takut jawatan yang ada terancam
Tumpah pula periuk nasi
Padahal Allah selalu mengancam dan mengugut
Memberi amaran dan ingatan dengan azab yang dahsyat
Dengar, macam tidak dengar
Tahu, macam tak tahu
Percaya, macam tidak percaya
Justeru tidak terasa apa-apa
Tidak tergugat pun jiwa
Tidak gerun, tidak gentar
Perasaan hati biasa sahaja
Begitulah manusia banyak sangat yang ditakutinya
Namun begitu takutkan Allah, tidak juga terasa 


Madah baru 52


Didalam pengalaman kita, orang yang terjun ke tengah masyarakat,membaiki masyarakat bukan ahli sosiologi, tapi orang yang tinggal di tengah masyarakat dan bermasyarakat.Ahli kaji masyarakat hanya membuat kajian sahaja, terutama untuk mendapatkan degree.Adakalanya, bukan sahaja tidak memikirkan masyarakat, bermasyarakat pun tidak.

*M302*
Kalau seorang yang sakit,ubat pun makan, racun pun makan, penyakit tidak akan sembuh bahkan penyakit akan bertambah serius.Begitulah juga gejala-gejala masyarakat yang negatif diperangi  tapi di masa yang sama, perkara yang menjadi sebab lahirnya gejala negatif di suburkan juga, penyakit masyarakat tidak akan dapat dibasmi, bahkan ia akan bertambah merebak dan menjadi-jadi.


*M303*
Diwaktu anggota-anggota 
Masyarakat sehat-, sehat, doktor susah cari makan.Diwaktu masyarakat bersih daripada orang jahat, ahli undang-undang susah cari makan.Diwaktu orang ramai hidup sederhana,tidak suka berhutang,tidak suka dengan makan minum yang haram,kapitalis susah cari makan.Diwaktu orang ramai terutama peniaga-peniaga tidak suka terlibat dengan rasuah, ahli-ahli politik  dan penguasa masyarakat susah cari makan.Diwaktu orang lelaki banyak yang bertaqwa, pelacur-pelacur susah cari makan.

*M304*
Mengapa anggota masyarakat, tidak boleh didisplinkan hingga lahir gejala masyarakat, jawabannya mudah saja, karena ada penzaliman dan penindasan.Ini sangat tersirat, kebanyakan orang tidak mengetahui hikmah dari Allah,ia adalah agar mereka mendapat susah,fikiran berserabut,jiwa kusut,fizikal tidak rehat.

*M305*
Kalau manusia di zaman ini dapat melihat lebih dahulu bagaimana cabaran setelah berkeluarga mungkin juga ada yang tidak hendak kawin atau akan lambat kawin setelah dia membuat persiapan lahir batin lebih dahulu,tapi karena desakan naluri semula jadi(tuntutan nafsu)dia hendak kawin cepat tanpa fikir panjang.Setelah berkahwin,dia terjebak dengan cabaran yang hebat, banyak yang gagal berhadapan dengan cabaran itu akhirnya kapal rumah tangga pecah.

ISLAM DI MULUT TIDAK DI HATI


Tuhan memberitahu, kita pun tahu ,tapi macam tak tahu
Tuhan memberi tahu, tapi tak mahu tahu
Tuhan membawa berita, kita percaya
Tapi mendengar acuh tak acuh aja
Tuhan membawa perintah larangan dan tegah,
endah tak endah sahaja
Tuhan membawa berita gembira dengan Syurga,
tidak pun rasa gembira
Tuhan membawa berita ancaman dengan Neraka
Dengar juga tapi tidak pun terasa gerun dengan berita
Tuhan membawa syariat, peraturan
di semua aspek kehidupan
Hati merasa tidak senang sahaja dan membuat-buat tidak dengar
Walaupun telah diperdengar
Peraturan dibaca, bahkan digalakkan
Pembaca yang berjaya diberi hadiah pula
Namun diamalkan tidak juga
Bahkan dianggap pengacau negara
Begitulah Islam di mulut tidak di hati
Tuhan disebut fi lisan (di lidah) tidak di hati
Barulah kita tahu setelah pengalaman diberi
Menjadi orang Islam mudah
Menjadi mukmin amat sulit sekali 


PERNAHKAH SEDIH TERTINGGAL SEMBAHYANG?



Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang?
Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya?
Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang?
Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang?
Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadapi Tuhan?
Jawapannya ada pada diri kita sendiri
Setiap orang boleh menilai dirinya
Tanyalah diri, kita akan dapat jawapannya
Bila dapat jawapannya, engkau kenal diri engkau
Bila engkau kenal diri engkau, engkau kenal siapa engkau
Kalau engkau kenal diri engkau
Engkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lain
Begitulah beberapa pertanyaan yang kita ajukan
Sebagai contoh untuk bertanya diri sendiri
Yang tidak disebutkan, kita datangkan atau fikirkan
Tentu kita juga akan dapat jawapannya
Cara ini adalah salah satu cara buat kita menilai diri
Jika kita mahu menilai diri sendiri
Lebih-lebih lagi jika hendak membaiki diri
Tapi berapa ramaikah orang boleh ikut jalan ini?! 


Madah baru 51



*M296*
Kalaulah pertemuan-pertemuan di masjid,melalui sembahyang, pengajian, ceramah, kenduri,majlis akad nikah membaca di kutub khanahnya,tiada melahirkan perpaduan, jangan haraplah melalui organisasi ekonomi, politik, kebudayaan,dan lain-lain lagi boleh melahirkan perpaduan.

*M297*
Kalau sebuah masyarakat itu telah di porak poranda oleh para perompak, pencuri,penyamun,perogol,penzina, penipu,kalau masyarakat itu ingin membaiki gejala-gejala itu,jangan ada campur tangan dikalangan mereka itu,atau diajak mereka itu sama-sama memikirkan masalah itu.

*M298*
Perlu diingat dalam kehidupan bermasyarakat memang ada  golongan,yang suka masyarakatnya rosak kerana dia dapat untung disitu , seperti pepatah melayu ada berkata,menangguk di air keruh.

*M299*
Ada orang yang susah hati kalau masyarakatnya menjadi baik kerana peluang dunianya terlepas, orang-orang yang macam inilah adakalanya berlakon dihadapan orang ramai, bersuara tentang gejala masyarakat yang sebenarnya mereka berbuat demikian,karena hendak menyorok keburukannya.

*M300*
Bertindaklah sama-sama membaiki masyarakat atas dasar sebagai orang muslim,yang diwajibkan oleh Allah, bukan dasar tugas semata-mata,atau kalau tidak dibuat nanti,apa orang kata atau kerana mancari pengaruh,agar Allah akan membantunya.

Sunnah Nabi SAW terbaik

SUNNAH NABI SAW ITU MEMANG TERBAIK...

1. Buang air besar duduk, berisiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyihatkan dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

2. Kencing berdiri beresiko prostat dan batu ginjal. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyihatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyihatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

4. Makan dan minum berdiri dpt mengganggu perncernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyihatkan dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

5. Makan di kursi, masih kurang menyehatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi usus, kerana ada reaksi asam. Yang sihat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

7. Tidur meniarap tidak bagus untuk kesihatan, bahkan itu tidurnya syaitan. Tidur menghadap kanan lebih menyihatkan dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

8. Banyak Rahsia Sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesehatan. Benarlah yg dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.

9. Seorang doktor Eropah berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Bilik Mandi dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi doktor kerana tidak ada pasien..

Subhanallah....

Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab2 sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam...

Sumber G+

#projeksihat
#kongsiinfo

BILA NAFSU MENGUASAI DIRI


Bila nafsu menguasai diri
Ilmu tidak ditunjang oleh iman dan taqwa
Jiwa atau hati menjadi buta tiada terasa
Dunia pun dicintai, dipuji dan dipuja
Matlamat yang diperjuangkan hanya dunia
Rasa bangga, angkuh, mendabik dada bila berjaya
Mengangkat diri menaikkan namanya
Mabuk dengan pujian, alpa dengan sanjungan
Si pengampu-pengampu yang inginkan sesuatu
Meniup api menyemarakkan
Di waktu itu Tuhan hanya di bibir bukan di hati
Islam di mulut, bukan keyakinan, bukan dihayati
Ditegur akan melenting, bahkan buat bising
Melatah bila dinasihat
Jiwa panas, perasaan mengganas
Bercakap pun tidak disukat lagi
Main lepas sahaja
Macam atap bocor di waktu hujan
Tanpa sekatan
Mendengar kebenaran macam mendengar halilintar
Takut sekali, bukan dipeduli
Di waktu itu tunggulah!
Yang punya cemeti akan bertindak sesuka hati 

Sekian

Madah baru 51


*M291*
Orang yang miskin itu orang yang merasa selalu tidak cukup walaupun banyak duit dan hartanya.
Orang yang kaya itu orang yang sentiasa cukup dengan apa yang ada.
Orang yang paling miskin, orang yang memang tidak cukup dan merasa pula tidak cukup.

*M292*
Kalaulah manusia di dunia Ini merasakan manusia satu sama lain perlu memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung memang begitu  keadaan manusia hakikatnya, sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbang rasa serta kerja sama.

*M293*
Bersatu dalam satu tempat mudah, tapi bersatu hati amat payah,oleh itu kalau hati tidak bersatu tidak bertemu lebih baik dari bertemu.

*M294*
Perpaduan di segi fizikal mudah,tapi perpaduan di segi fikiran dan jiwa amat payah atau susah.

*M295*
Kalau dalam satu masyarakat (kampung atau tempat)selalu datang ke mesjid, sembahyang jemaah bersama,sama-sama mendirikan sembahyang  jemaah,datang beramai-ramai ke mesjid,mendengar pengajian dan ceramah tapi pautan hati tiada,ziarah-menziarahi satu sama lain tak berlaku,kalau ada masalah di kalangan mereka tiada pun ghairah masyarakat untuk menyelesaikannya, masing-masing tanggung sendirilah masalah itu.Kalau yang lama sudah tidak hadir tiada pun rasa rindu dan bertanya-tanya mengapa sudah lama saudara kita tiada hadir.Itulah tanda sembahyang yang di buat hanya rangka lahir sahaja,namun jiwa belum bersembahyang.

Madah Baru 50


*M281*
Hari ini amat sulit sekali,hendak menyalurkan bantuan Kewangan,bagi kepada orang perseorangan,payah hendak di cari yang bertaqwa,  di beri kepada organisasi selalu disalah gunakan bantuan itu.

*M282*
Orang yang jahil atau miskin bila mencuri mudah nampak, tapi orang yang pandai bila mencuri payah dikesan,kerana dia menggunakan tulisan dan meniti diatas peraturan.

*M283*
Selalunya gejala-gejala masyarakat payah hendak di baiki,makin bertambah gejala itu makin  menjadi-jadi.Gejala yang ada belum dapat dibasmi,timbul pula gejala yang lain,kerana pejuang masyarakat itu ada kepentingan diri,  atau tidak bertunjangkan iman, walaupun tindakan lahirnya sesuai syariat, syariat tidak bertunjangkan iman.

*M284*
Kalau seseorang itu, didalam perbincangannya atau perdebatannnya tidak rasa megah,bila mampu memberi pendapat,tidak rasa ingin menunjuk-nunjuk pandai,rasa senang dengan pandangan orang lain atau, ingin agar orang lain dapat memberi pandangan yang benar dan bernas,dan tidak rasa rendah diri bila tidak mampu kalaupun ia bukan Wali tapi dia seorang yang Sholeh.

*M285*
Tidak semua hal sebelum dijadikan,tindakannya mesti disyurakan terlebih dahulu, adakalanya cukup dengan arahan seseorang pemimpin didalam kumpulannya maka orang bawahannya wajib melaksanakannya.

SUPER ZALIM VS SUPER SOLEH



Para super zalim dan penzalim martabat tinggi tidak akan jatuh
Atau mereka tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapa juga
Terutama para-para pemimpin dan pembesar-pembesarnya
Kecuali mereka akan jatuh atau dikalahkan di waktu yang sama adanya super soleh atau orang-orang yang sangat soleh
Terutama di waktu itu ada pemimpin kebenaran yang bertaraf super soleh
Kerana di waktu itu berhadapan dua golongan, 
Satu mempunyai istidraj dan quwwah dan satu lagi mempunyai taqwa
Golongan bertaqwa mengikut janji Tuhan pasti menang
Super zalim dan penzalim martabat tinggi ini tidak akan dapat dikalahkan oleh golongan yang peribadinya di antara kedua puak ini
Kalau setakat baik sedikit sahaja dari super zalim,
Super zalim tidak akan jatuh terhina
Pencabar pemimpin super zalim mestilah pemimpin yang super soleh pula
Super zalim kepunyaan syaitan, super soleh kepunyaan Tuhan
Orang Tuhan pasti menang, orang syaitan pasti kecundang
Oleh itu di sini kita ingatkan kepada para-para pejuang kebenaran
Menentang penzalim terutama penzalim martabat tinggi,
Kenalah serius membaiki diri
Kenalah sungguh-sungguh mujahadatunnafsi
Bersihkan sungguh-sungguh hati nurani hingga murni
Pejuang-pejuang Islam kalau secara umum peribadi mereka ‘separuh orang Tuhan separuh orang syaitan’
Sedangkan musuh-musuhnya adalah ‘orang syaitan’
Maka pejuang-pejuang yang ‘separuh orang Tuhan separuh orang syaitan’ pasti kecundang
Syaitan pun tidak menolong, Tuhan pun tidak menolong
Tuhan berkecuali, syaitan pun berlepas diri
Bagaimanalah hendak menang?
Untuk menang berhadapan dengan ‘total orang syaitan’ kenalah kita jadi ‘total pula orang Tuhan’
Maka para-para pejuang kebenaran hendaklah faham! 


Madah Baru 49



*M276*
Kalaulah gejala masyarakat yang kronik berlaku pada sesuatu bangsa,kemudian tidak tahu puncanya secara tepat ,tidak tahu pula kaedah yang mana hendak dilaksanakan untuk membaikinya kemudian,tidak ada golongan yang mampu menanganinya serta
menjadi contoh yang baik untuk diteladani.
Didalam pada itu timbul tuduh menuduh satu sama lain dan wujud pula
golongan yang mengambil kesempatan untuk
menjadi Wira masyarakat walaupun tidak faham menanganinya sama-samalah kita lihat kehancuran bangsa itu.

*M277*
Kalaulah kita boleh
dapat pahala dalam
pergaulan,eloklah
bergaul kerana manfaatnya merata.Kalau tidak boleh dapat, eloklah banyak di rumah kecuali keluar waktu-waktu yang perlu sangat.

*M278*
Banyak pejuang-pejuang masyarakat
melihat gejala-gejala
sosial dengan perkara
yang tersurat,yaitu yang dapat  dipandang oleh mata
kasar.Dari sanalah mereka mengkaji,
menilai dan hendak
dibaiki,orang kerohanian memandang gejala-gejala itu ada sebab yang tersirat yang
sudah rosak,yang 
membuahkan perkara
yang tersirat itu,yaitu hati manusia sudah rosak.Oleh itu hendak
membaiki yang tersurat kenalah baiki
dahulu yang telah tersirat.

*M279*
Membangun masyarakat hingga
masyarakat maju,
lebih-lebih lagi
yang membangunkan
itu ada kuasa,itu agak
mudah.Tapi untuk
menangani gejala masyarakat, hingga
masyarakat menjadi
bersih,ia bukan mudah walaupun kuasa ada di tangan,
 ia hanya boleh di buat
oleh manusia yang
luar biasa.Kalau zaman dahulu hanya
para Rasul, nabi-nabi
dan orang yang bertaqwa sahaja 
yang mampu melaksanakan.

*M280*
Apabila penyakit masyarakat tidak dapat di baiki,sedang
usaha-usaha telah pun dilakukan 
dengan bermacam-macam cara,ia menunjukkan
pejuang masyarakat
belum bertaqwa.

SENJATA PALING AMPUH



Umat Islam hari ini sudah tidak pandai lagi hendak mencari kemenangan
Mereka sudah tidak tahu
Bagaimana hendak mendapat bantuan Tuhan
Umat Islam berfikir, bantuan dan kemenangan itu dengan ilmu dunia dan membuat kemajuan
Berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal fikiran macam orang bukan Islam
Islam memandang usaha lahir itu hanya sampingan, bukan kewajipan
Ada yang lebih penting dari itu
Untuk mendapat kemenangan bahkan keredhaan
Jadikan Tuhan sebagai kawan dan bawa Ia ke mana-mana
Menjadi orang yang bertaqwa setiap masa dan waktu
Membaiki diri dengan membetulkan sembahyang lima waktu
Serius menjauhi dosa dan membersihkan jiwa dari mazmumah
Berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu
Inilah dia senjata umat Islam
Yang tersirat dan tersembunyi
Yang diabaikan oleh umat Islam seluruh dunia sekalipun ulama-ulamanya
Senjata yang tersirat itulah yang paling tajam
Senjata yang tersembunyi itulah yang paling ampuh untuk mengalahkan musuh-musuhnya
Senjata lahir yang diusahakan oleh umat Islam sama seperti yang ada pada musuh
Bahkan senjata yang ada pada musuh umat Islam tidak boleh menandinginya
Kerana kita juga berguru dengan musuh Islam
Lantaran itu hingga hari ini,
Kemenangan dan bantuan belum lagi datang
Kerana kita masih bersandar dengan musuh 
Hendak melawan musuh
Tetapi senjata yang tersirat dan tersembunyi itu tidak ada pada musuh
Senjata itu kita dapat direct dari Tuhan
Jika kita memilikinya, ertinya kita menjadi orang Tuhan
Bila jadi orang Tuhan, kita dapat pembelaan dari Tuhan yang Esa
Tuhan bila-bila masa sahaja boleh mengalahkan musuh-musuh 


Madah baru 48


*M271*
Biasanya kalau sesuatu bangsa itu, kerosakkan masyarakat mereka telah kronik,musuhnya mudah mengambil peluang mengadu domba bangsa itu,
maka bangsa itu akan bertambah lagi rosak.
Akibatnya,
untuk hendak dibayarkan semula bangsa itu, memakan
masa ratusan tahun lamanya.

*M272*
Apabila kerosakkan sesuatu bangsa itu menyeluruh orang jahat mengambil peluang menangguk di air keruh, hingga pemimpin tidak boleh tidur, orang kaya didalam ketakutan,ahli ilmu tidak dihormati orang, orang awam didalam kebimbangan,fakir miskin bertambah terhina.Diwaktu itu,
semua golongan itu mencari jalan keluar 
daripada malapetaka itu.Yang malangnya,
secara majoritinya tidak mahu juga bertaubat secara serius agar kembali menerima pimpinan Allah dan Rasul serta meninggalkan penzaliman yang telah dilakukan.Bagaimana 
Allah mahu menolong?

*M273*
Allah berfirman melalui Al-Qur'an
lahirlah kerosakkan
di lautan dan di daratan ialah disebabkan Apa yang telah diusahakan oleh tangan-tangan itu sendiri agar mereka
merasa menderita di dunia lagi.Oleh itu kalau berlaku kerosakkan yang merata pada sesuatu bangsa itu hingga menyusahkan mereka.Patutnya para ulama dan pemimpin
mengajak orang ramai 
bertaubat,menangis
memohon ampun kepada Allah dan ajak
manusia kembali mentaati Allah dan Rasul.Orang yang terzalim hendaklah dilepas, Pelanggaran hukum Allah hendak
dihentikan,inilah hakikat sebenar,bukan
sibuk membahas dan
membincangkan di sudut teknikal saja.

*M274*
Apabila sesuatu bangsa itu Allah anugrahkan kemajuan
dan pembangunan yang pesat secara istidraj,bukan atas Rahmatnya,pasti akan
berlaku kerosakkan di sudut lain,terutama sudut akhlak hingga kemajuan dan tamadun fizikal itu 
sudah tidak ada nilai.

*M275*
Cuba gambarkan kalau sesuatu bangsa
lumrah berlaku seperti berikut,
Ahli politik menerima rasuah, berlaku politik wang,ada klik-klik sesama sendiri,yang
bukan klik akan ditindas atau dibiarkan.
Ahli perniagaan memberi rasuah.
Menjadi lintah darat kepada masyarakat.
Ahli-ahli ilmu sombong,mengguna ilmu untuk kekayaan.Guru-guru
bekerja untuk duit,
murid-murid belajar
untuk masa depan dunia, bukan untuk masa depan akhirat.
Pihak keselamatan ibarat pagar makan padi, orang ramai tidak boleh di displinkan, kaum ibu lebih seronok diluar rumah daripada di dalam rumah,
para-para artisnya mempamerkan budaya kuning.
Dimanakah keindahan hidup?
Dimanakah ketenangan?

UJIAN DALAM PERJUANGAN MEMANG BERAT


Sifat dan watak perjuangan sejak rasul-rasul ujiannya memang berat
Kerana itulah tidak semua orang boleh menjadi pengikut-pengikutnya
Orang yang yakin, ikhlas dan jujur serta setia sahaja yang boleh menjadi pengikut
Oleh kerana kebenaran itu dari Tuhan
Dengan rahmat-Nya ada perimbangan dengan ujian-ujian itu
Di dalam kesusahan ada busyra atau berita gembira
Iaitu Allah Taala datangkan dengan berbagai-bagai pertolongan dan bantuan
Di dalam bala rahmat-Nya juga banyak
Dengan mukjizat, karamah, maunah,
khawariqul ‘adah
Mimpi yang benar, hatif, kasyaf, berita ghaib, bantuan ghaib dan firasat
Siapa saja dan di zaman bila dan di kurun yang mana, pejuang-pejuang kebenaran itu begitu sifatnya dan wataknya
Ujian yang berat, bantuan yang berbagai-bagai bentuknya sama-sama naik
Sama ada berlaku secara zahir mahupun secara maknawi dan rohani
Kalau pejuang-pejuang di zamannya tidak mendapat bantuan seperti yang disebut tadi
Yang ada hanya ujian-ujian yang berat sahaja terjadi
Sekalipun mereka mengatakan memperjuangkan Islam
Itulah menunjukkan perjuangannya tidak membawa kebenaran
Mungkin konsepnya telah tersalah atau matlamatnya telah tersasar
Boleh jadi juga di dalam berjuang penuh dengan dosa
Usaha membaiki diri tiada atau tidak diambil kira
Paling tidak cara dan jalannya menyalahi Sunnah
Atau banyak cakap amalan tiada
Kerana itulah bantuan Tuhan tidak ada
Yang hanya ada kesusahannya sahaja 


SITI KHADIJAH ISTERI TERKASIH RASULULLAH S.A.W.


🌹Siti Khadijah Memang Wanita Istimewa🌹

DUA PERTIGA (2/3) wilayah Makkah adalah milik Siti Khadijah binti khuwailid, istri pertama Rasulullah SAW. Ia wanita bangsawan yang menyandang kemuliaan dan kelimpahan harta kekayaan. Namun ketika wafat, tak selembar kafan pun dia miliki. Bahkan baju yang dikenakannya di saat menjelang ajal adalah pakaian kumuh dengan 83 tambalan.

“Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba,” bisik Khadijah kepada Fatimah sesaat menjelang ajal. “Yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa digunakan menerima wahyu untuk dijadikan kain kafanku. Aku malu dan takut memintanya sendiri”.

Mendengar itu Rasulullah berkata, “Wahai Khadijah, Allah menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga”.

Siti Khadijah, Ummul Mu’minin (ibu kaum mukmin), pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya sang istri itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Rasulullah dan semua orang yang ada di situ.

Dalam suasana seperti itu, Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan.

Rasulullah menjawab salam Jibril, kemudian bertanya, “Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?”

“Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan,” jawab Jibril yang tiba-tiba berhenti berkata, kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, “Kenapa, ya Jibril?”

“Cucumu yang satu, Husain, tidak memiliki kafan. Dia akan dibantai, tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan,” jawab Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah, “Wahai Khadijah istriku sayang, demi Allah, aku tak kan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. Allah Mahamengetahui semua amalanmu. Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu. Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban!?”

Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.

Siti Khadijah....

Dikisahkan, suatu hari, ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu, kemudian Rasulullah bersabda, “Wahai Khadijah, tetaplah kamu di tempatmu”.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi. Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makanan pun tak punya, sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Rasulullah mengambil Fatimah dari gendongan istrinya, dan diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah sepulang berdakwah dan menghadapi segala caci-maki serta fitnah manusia itu, lalu berbaring di pangkuan Khadijah hingga tertidur.

Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah hingga membuat beliau terjaga.

“Wahai Khadijah, mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku?” tanya Rasulullah dengan lembut.

Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal, wahai Khadijah, bersuamikan aku, ?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.

“Wahai suamiku, wahai Nabi Allah. Bukan itu yang kutangiskan," jawab Khadijah.
"Dahulu aku memiliki kemuliaan, Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan, Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan, Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya”.

"Wahai Rasulullah, sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah, sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyeberangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit atau pun jembatan, maka galilah lubang kuburku, ambillah tulang-belulangku, jadikanlah sebagai jembatan bagimu untuk menyeberangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu”.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah, Ingatkan mereka kepada yang hak, Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah”.

Rasulullah pun tampak sedih. “Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?”
“Aku, ya Rasulullah!” sahut Ali bin Abi Thalib. jawab, menantu Rasullulah...

Di samping jasad Siti Khadijah, Rasulullah kemudian berdoa kepada Allah. 

“Ya Allah, ya ILahi Rabbiy, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam, Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku, Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku, Menenteramkanku pada saat orang lain membuatku.
.Aamiin.... 🤲
Semoga bermanfa'at.Aamiin YRA.

MENCARI KEBENARAN ADALAH WAJIB


Memcari kebenaran adalah wajib
Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara
Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi
Kebenaran itu hanya satu
Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya
Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah Taala yang menjadikan manusia
Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung
Ia merupakan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat
Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi
Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah
Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah
Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah
Jika di dalam laut, selamlah
Sekiranya di dalam bumi, galilah
Kalau didapati di dalam hutan, terokalah
Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit
Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis
Di dalam perjalanannya terseksa, tapi kesudahannya bahagia
Jika kebenaran sudah didapati, pertahankanlah bermati-matian
Dengan harta, tenaga dan jiwa
Peganglah kebenaran itu, jangan sampai terlepas Sekalipun panas 

Bumi Tuhan... Bersaksilah