Tuhan Patut Dicintai dan Ditakuti


Sepatutnya segenap hati menumpukan sepenuh cinta pada-Mu.
Fitrah yang masih murni sudah tentu mendorong ke arah mencintai-Mu.
Kerana setiap yang wujud, Engkaulah Penciptanya.
Siapakah yang dapat menyangkal hakikat ini?
Tiada pemberian-Mu, tiadalah rezeki.
Tiada pembelaan-Mu, hinalah diri.
Bila Engkau bela, mulialah diri.
Segala ilmu, Engkaulah yang memberi.
Tatkala sakit, Engkaulah yang menyembuhkan.
Entah apa lagi nikmat dari-Mu.
Tidakkah patut Engkau dicintai.
Kalau Engkau patut dicintai, ya, Engkau juga patut ditakuti!
Kerana Kuasa, Kehendak, Ketentuan segala-galanya pada-Mu.
Tiada siapa yang mampu membendung Kuasa, Kehendak dan Ketentuan-Mu.
Engkau mewujudkan, Engkau mentiadakan. 
Engkau menghidupkan, Engkau mematikan.
Engkau memberi, Engkau mengambilnya.
Engkau menyakitkan, Engkau juga menyembuhkan.
Engkau menyenangkan, Engkau menyusahkan.
Engkau mengkayakan, Engkau memiskinkan.
Engkau mengamankan, Engkau jugalah mendatangkan bala bencana.
Engkau boleh melakukan apa sahaja pada bila-bila masa.
Engkaulah yang menghukum manusia di Akhirat nanti.
Manusia fitrahnya sudah rosak.
Jiwanya tidak murni lagi.
Dirosakkan oleh cinta dunia.
Engkau Tuhan, tidak dicintai lagi.
Kepada-Mu Tuhan, manusia sudah tidak takut lagi. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah