MADAH baru 274


*M576*
Mengembaralah di dunia ini dengan membawa akal dan hati, kita akan banyak mendapat pengajaran dan pengalaman, jangan sekadar membawa badan dan kaki, kita akan mendapat kesusahan dan keletihan sahaja.


*M577*
Menjaga dan mengurus perkara/makhluk merbahaya, seperti harimau, ular dan lain-lain lebih selamat daripada menjaga/mengurus dunia, kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudharatkan, tapi dunia, hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kena taken manusia tidak terfikir merbahaya, akibatnya dunia merosakkannya.


*M578*
Dunia dan segala nikmatnya macamlah anak gadis yang cantik, jarang manusia tidak digodanya, siapa yang punya dunia tapi dunia tidak menodainya, dia adalah manusia luar biasa.


*M579*
Pada pandangan Tuhan, dunia ini tidak ada nilainya sedikit pun sekalipun senilai sayap nyamuk, justeru itulah Allah berikan kepada orang-orang jahat juga.


*M580*
Kalau setiap orang memandang nikmat dunia ini walau di sudut yang mana sekalipun sebagai ular yang bisa tapi terpaksa dikendalikan dan diurus, dia akan selamat daripada patukannya. 

 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah