MADAH baru 271



*M561*
Berjalanlah dengan tenang, jangan terlalu memandang kiri dan kanan, jauhkan diri memandang rumah orang yang tingkap dan pintunya terbuka, ditakuti terpandang pantang larang atau terpandang aurat orang.


*M562*
Tundukkan pandangan agar kita melihat yang perlu sahaja, jangan luaskan mata kita, ditakuti akan terjatuh kepada dosa.


*M563*
Apabila laki-laki dan perempuan di dalam pergaulannya tidak menjaga matanya, yang suami suka melihat-lihat perempuan-perempuan ajnabi, begitu pula si isteri suka bergaul bebas dengan laki-laki ajnabi, Allah akan balakan kepada mereka si suami kurang minat kepada isteri dan isteri kurang minat kepada suami, apabila ini berlaku mudah sahaja terjadi krisis rumah tangga.


*M564*
Di dalam ceramah atau syarahan, isi lebih utama daripada bermain bahasa, apalah ertinya bermain bahasa, orang yang mendengar terpesona, bila balik daripada majlis ceramah, tidak ada apa yang hendak dibawa.


*M565*
Hari ini banyak orang yang terkeliru, orang yang pandai bermain bahasa, walaupun ilmu tiada, itulah yang dibawa ceramah merata negara, orang yang berilmu tapi lemah bahasa, dianggap tiada ilmunya, maka dia tiada perlu diketengahkan, sayang sekali ilmunya tidak dapat dimanfaatkan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah