MADAH baru 273



*M571*
Di antara rahsia  mengapa majlis agama tidak ada kesan atau kurang berkesan sekalipun selalu diadakan, walaupun sepadang yang mendengarnya, adalah:
* contoh tidak ada 
* buat majlis terlalu rasmi atau formal, yang tidak rasmi tidak berlaku 
* yang menganjurkan ada nawaitu yang tersendiri 
* tukang ceramah ingin glamor dan nama.


*M572*
Untuk menubuhkan sebuah parti atau jemaah tidaklah terlalu susah, tapi untuk menjadi model kepada orang lain amat susah.


*M573* 
Zaman sekarang ini, sebuah parti itu disokong orang bukanlah kerana orang ramai merasakan padanya ada model untuk diikuti.
Sebenarnya kerana ada tujuan-tujuan kepentingan peribadi.



*M574*
Kalaulah sebuah parti itu boleh jadi model, walaupun di dalam negara demokrasi dibenarkan lahirnya parti-parti, tapi orang ramai tidak akan menubuhkan parti-parti kerana merasakan sudah cukup parti yang menjadi model itu.


*M575*
Tidak mesti parti yang menang di sebuah negara itu orang ramai sokong kerana model tapi kebanyakan mereka menyokong kerana ada keuntungan peribadi.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah