Erti Merdeka



Erti kemerdekaan, hati dan fikiran bebas daripada terikat dengan dunia dan kebendaan.
Lebih-lebih lagi bebas daripada sebarang ideologi.
Hati dan fikiran semata-mata dengan Tuhan.
Inilah dia kemerdekaan yang hakiki dan sejati.
Merdeka dari Tuhan adalah merdeka yang palsu dan menipu.
Pautan hati dengan Tuhan terasa luas, manusia puas.
Pautan hati dengan dunia, ingin buat apa sahaja.
Terasa terbatas walaupun ingin bebas.
Tidak bebas dengan Tuhan, itulah kebebasan.
Ingin bebas dari Tuhan inilah keterbatasan.
Jiwa sentiasa tidak puas.
Kerana dunia memang terbatas.
Manusia ingin merdeka dan bebas, padahal kuasa sangat terbatas.
Walaupun dengan Tuhan tidak bebas, kuasa Tuhan tidak terbatas.
Lahirnya tidak bebas, tapi jiwanya bebas dan puas.
Merdeka dengan Tuhan nampaknya bebas, tapi terbatas, jiwa tidak puas.
Ertinya orang yang berfahaman sekular tersekat di dalam kemerdekaan.
Orang yang berfaham Islam merdeka di dalam sekatan.
Kemerdekaan orang sekular adalah kemerdekaan yang tertipu dan palsu.
Mereka masih terbelenggu, kerana itulah jiwa mereka selalu gelisah, bahkan ada yang kecewa.
Orang mukmin nampaknya terbelenggu, tapi jiwanya merdeka, puas dan bahagia.
Merdeka dari dunia dan manusia.
Itulah hakikat kemerdekaan.
Merdeka dari Tuhan, itulah hakikatnya tidak ada kebebasan.
Orang mukmin mempunyai kemerdekaan yang sejati.
Orang sekular adalah golongan yang terjajah yang hakiki. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah