*M546*
Zaman ini secara umumnya yang kita lihat, kambing orang di negara-negara padang pasir lebih taat kepada tuannya daripada orang-orang di negara-negara padang pasir kepada Tuhannya.
*M547*
Wahai manusia, janganlah kamu berbangga dan sombong dengan rekaan dan ciptaanmu, kalau tidak ada bahan-bahan ciptaan dari Allah, kamu tidak akan dapat membuat dan mereka barang-barang itu.
*M548*
Banyak ahli-ahli sains mengkaji kejadian alam, kajian demi kajian, selidik demi selidik yang dibuat, akhirnya terdinding Pencipta. Apa yang mereka dapat adalah keajaiban alam bukan kehebatan pencipta-Nya.
*M549*
Layang-layang itu kalau terputus daripada tali pemegangnya atau diputuskan oleh pemegang tali, makin besar layang-layang itu dan semakin tinggi dia naik, jatuhnya bertambah teruk dan parah.
Begitulah manusia, makin besar dan tinggi kedudukannya, apabila dia memutuskan diri dengan Tuhan atau Tuhan memutuskan hubungan dengan dirinya, kejatuhan dan kehinaannya lebih parah lagi.
Justeru itu, Tuhan adalah satu keperluan.
*M550*
Orang yang tidak percayakan Tuhan dan hari akhirat, adakalanya lebih berani daripada orang Islam, kerana di hati kecilnya berkata: "Kalau aku mati, aku jadi tanah, aku tidak berhadapan dengan kesusahan, selesai masalah. Kalau nasib baik, aku berjaya di dunia."
No comments:
Post a Comment