MADAH baru 272



*M566*
Jagalah majlis ceramah Islam itu, jangan sampai menjadi majlis melawak dan melalaikan kerana majlis Allah itu ialah majlis keinsafan, majlis muhasabah diri, majlis menyesal, majlis yang kalaupun mata tidak menangis, tapi hati biar menangis.


*M567* 
Berdakwah dan menyampaikan risalah Allah itu memang diperintah tapi ukurlah diri kita sendiri, kalau kita bukan orangnya, lebih baik kita tidak berbuat, daripada berbuat kesannya tiada, di samping jangka panjang, jatuh maruah kita.


*M568*
Kita boleh bercakap, berpidato, memberi nasihat, membaca Al Quran, Hadis, mengeluarkan pandangan yang mengkagumkan, tetapi apabila wibawa diri sudah jatuh atau gerak geri kita itu kurang meyakinkan orang, dengan sendiri kehebatan percakapan kita dipandang sepi atau orang tidak peduli, dengan kata-kata lain, tidak masuk ke hati, hanya orang kagumi.


*M569*
Zaman sekarang ini, siapa yang bercakap Islam tidak mengikut saluran pihak rasmi selalu dicurigai, siapa yang bercakap Islam tiada degri selalu di hasad dengki dan sesiapa bercakap Islam ada pengikut, lagi ditakuti tapi orang ramai simpati.


*M570*
Di akhir zaman, di zaman moden ini, juru cakap Islam ramai, juru pendidik sangat kurang, lantaran itulah yang pandai Islam pun tidak terdidik. 

 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah