*M586*
Kalau hendak mencari kekayaan, biarlah melalui usaha-usaha seperti berniaga, bertani, makan gaji, asalkan halal.
Jangan melalui agama, kalaupun diharuskan tapi tidak beradab dengan Tuhan.
*M587*
Banyak kita dengar orang berkata, "Dunia kita hendak, akhirat pun kita hendak, dunia pun kena ambil, akhirat pun kena ambil, dunia juga kena fikirkan, akhirat pun kena fikirkan, agama kena junjung, dunia kena kilik," bagus kata-katanya, tapi malangnya, dia dibohongi oleh sikap dan tindakannya, dunia diutamakan, akhirat sampingan atau sambilan.
*M588*
Harta benda dan kekayaan dunia ini, walau sebanyak mana sekalipun, yang kita gunakan sedikit sangat, iaitu sekadar yang dimakan, setakat yang dipakai, setakat yang digunakan, selain itu semuanya milik orang lain walaupun nama kita.
Tidak seperti kekayaan di akhirat; berdasarkan amal soleh kita di dunia; semuanya kita miliki, semuanyalah kita boleh gunakan.
*M589*
Alangkah malangnya orang memburu dunia hingga tertinggal akhiratnya, kemudian dunia tidak dapat, akhiratnya memang sudah terlepas, rugi dunia akhirat.
*M590*
Alangkah malangnya orang yang memburu dunia hingga meninggalkan akhirat atau akhirat sekadarnya, kemudian dunia didapati dengan banyaknya, belum pun sempat dinikmati dangan puas, dia pun mati.
Harta dimiliki oleh orang yang hidup, dia di dalam kubur tidak tahu apakah nasibnya.
No comments:
Post a Comment