*M461*
Manusia itu apabila jiwanya telah mati, tidak ada lagi ruangan untuk mengingati Allah, justeru suasana dan situasi di dunia ini setiap masa sentiasa melalaikannya dari mengingati Allah, di rumah dilalaikan oleh anak dan isteri, di atas jalan raya dilalaikan oleh telatah manusia yang tidak ada tolak ansur dan berlapang dada, di pejabat atau di tempat kerja disibukkan oleh kerja, di waktu-waktu lapang dilalaikan oleh kawan-kawan atau berfoya-foya dengan perempuan-perempuan cantik di tempat-tempat hiburan.
*M462*
Tidak mesti orang yang senang jiwanya tenang, tidak mesti orang yang susah jiwanya parah, semuanya itu bergantung kepada iman dan ketaqwaan seseorang itu.
*M463*
Penjajahan fizikal banyak orang sedar dan ingin melepaskan diri daripadanya, tapi penjajahan moral dan jiwa banyak orang tidak sedar, sekalipun yang punya diri. Justeru itulah selepas kemerdekaan fizikal pada sesuatu bangsa, penjajahan fikiran dan jiwa pada bangsa itu masih lagi bersambung, berpuluh atau beratus tahun lamanya.
*M464*
Membuat kerja yang sesuai dengan nafsu macam menongkah surut, membuat kerja yang bertentangan dengan nafsu macam menongkah pasang, wiralah seseorang yang sampai ke hulu menungkah pasang.
*M465*
Banyak orang tahu manusia ini rosak oleh kerana dorongan nafsu dan hasutan syaitan tapi mereka tidak tahu bagaimana hendak mendidik nafsu dan melawan syaitan, oleh itu manusia tetap di dalam kejahatan dan kerosakan.
No comments:
Post a Comment