*M501*
Seorang yang cerdik dan pandai tapi jiwanya rosak iaitu dirosakkan oleh sifat sombong, megah, pemarah, dendam, hasad, tamak, bakhil, ingin pujian, kerosakan yang dibuat lebih banyak daripada kebaikan, tapi kebanyakan orang tidak nampak, justeru dia lakukan dengan penuh bijaksana, orang yang cerdik dan pandai saja yang nampak.
*M502*
Tanda seseorang itu jiwanya lemah sama ada mukanya selalu muram (murung/tidak ceria) atau dia menjadi orang yang emosional, selalunya di dalam perjuangan, orang ini bila kena tekan oleh musuh, dia akan buka rahsia, dia menyesal dan kesal serta kecewa dan putus asa.
*M503*
Alangkah ruginya orang yang berjuang menegakkan kebenaran bertahun-tahun lamanya kemudian justeru ujian yang ditimpakan kepadanya dia tidak tahan kemudian dia rasa kesal dan menyesal, lebih-lebih lagi kecewa dan putus asa, mungkin marah-marah atau mengungkit-ungkit pengorbanannya kepada kawan-kawan atau rasa sedih dengan kesusahan yang menimpa, sepertilah orang yang membangunkan istana, kemudian di runtuhkan semula, ertinya zero semula.
*M504*
Orang yang tidak beriman atau lemah jiwanya, kehendak nafsunyalah menjadi undang-undang, bukan undang-undang Tuhan, kalau ada undang-undang yang hak, dia cuba tafsirkan kepada kehendak nafsunya, atau dia cuba lari daripada undang-undang itu, orang yang beriman sentiasa patuh dan taat kepada undang-undang Tuhan, kalau dia tidak tahu dia akan bertanya, jika dia tahu dia akan jadikan panduan.
*M505*
Di antara sikap orang lemah jiwa dan tidak bermoral suka meminta wang dan bantuan, minta dihormati, minta dibalas jasa, menyebut-nyebut jasa, kesal dengan orang yang melupakan jasanya, kecewa dengan ujian atau dengan kegagalan usaha-usahanya.
No comments:
Post a Comment