Orang mukmin yang sejati itu, jika terbuat dosa,
hatinya luka, punah, sedih dan derita.
Jiwanya parah, dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa.
Kalau anggota lahir, sudah tentu nampak berdarah.
Kalaupun sembuh dari lukanya, namun parutnya ada.
Begitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosa.
Dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa.
Bagaimana dia boleh melupakannya, kerana parutnya masih ada.
Ertinya ingatannya kepada dosa tidak boleh dilupakan.
Teringat sahaja, jiwanya terseksa.
Teringat sahaja, hatinya derita.
Payah sekali dia mahu melupakannya.
Perasaan ini adalah anugerah dan nikmat dari Tuhannya.
Takut dengan dosanya itu adalah buat syafaat kepadanya.
Terseksa dengan dosa, derita dengan kesalahan,
dianggap oleh Allah itulah hukuman kepada hamba-hamba-Nya.
Moga di Akhirat kelak terlepas daripada seksa Neraka.
Begitulah hati seorang mukmin.
Sentiasa sahaja bergelora.
Kerana takut dengan Tuhannya.
Lebih-lebih lagi setelah terbuat dosa.
Kalaulah Allah perlihatkan kepada manusia,
sudah tentu manusia akan mengatakan dia telah gila.
Kerana keluh-kesahnya sentiasa bergelombang di dalam jiwanya.
Kerana takut sangat dengan Tuhannya.
No comments:
Post a Comment