Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa.
Carilah redha Tuhan, kita akan tenang.
Janganlah cari redha manusia, kita akan kecewa.
Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan.
Ada kalanya dia suka kepada kita, sukanya pura-pura.
Suatu hari nanti akan nyata juga.
Ada kalanya redhanya kepada kita di waktu kita senang.
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang.
Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia.
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa.
Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan.
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan.
Yang penting kita buat itu Tuhan suka.
Yang penting usaha kita itu Tuhan redha.
Dengan manusia tak usah ambil kira.
Manusia hendak puji atau manusia hendak caci, itu soal dia.
Yang penting apa kata Tuhan.
Keredhaan Tuhan itu penting
Redha-Nya adalah balasan.
Balasan-Nya adalah berkekalan.
Carilah keredhaan Tuhan, hati senang.
No comments:
Post a Comment