MADAH baru 224



*M326*
Selagi kita umat Islam tidak bertaqwa, selama itulah segala usaha-usaha kita tidak dibantu oleh Allah, sama ada tidak berjaya atau kalau berjaya ada side effectnya, seperti boleh membangun tapi akhlak pula rosak, kemajuan yang dicapai itu sebagai istidraj sahaja.


*M327*
Allah menyuruh kita berusaha, maka berusahalah, kejayaannya kerja Tuhan, bukan kerja kita, kalau kita campur tangan kerja Tuhan, kita akan kecewa, yang parahnya kita akan putus asa.


*M328*
Kalau dengan usaha kita, kita yakin mendapat kejayaan, kita telah mentuhankan usaha atau mentuhankan diri kita. Secara tidak sedar kita telah melakukan perbuatan syirik.


*M329*
Tanda usaha kita tidak dibantu Allah, terlalu banyak berbincang, terlalu banyak kertas kerja, terlalu banyak undang-undang dan peraturan, selalu sahaja mencuba-cuba, di dalam keadaan ini timbul krisis pula, hasilnya terlalu sedikit atau berhasil, tapi ada side effectnya yang negatif.


*M330*
Kalau orang menghina agama Islam, hati tidak merasa sakit, bila kita dihina orang terasa sakit, kita tidak memperjuangkan agama Islam lebih daripada memperjuangkan untuk diri kita.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah