Seseorang itu kalau melihat seorang yang baik dia merasa senang dan tenang, biasanya orang itu orang baik atau ada harapan menjadi orang baik.
Jika melihat seseorang itu merasa tidak senang dan tidak tenang, kalau dia tidak fasik, dia adalah orang munafik.
*M422*
Kalau seseorang itu tidak takut matanya membuat dosa, telinganya membuat dosa, lidahnya membuat dosa, lebih-lebih lagi farajnya membuat dosa, ertinya dia membuat zalim pada dirinya sendiri. Orang ini jangan harap dia berlaku adil dengan orang lain, kalau dengan diri sendiri pun dia tidak adil, cuma suasana dan keadaan saja, ada kalanya menghalang mereka membuat zalim kepada orang lain.
*M423*
Di dalam Islam tidak dilarang kaya, begitu juga tidak dilarang miskin, dan juga tidak dilarang hidup sederhana, setiap orang itu boleh buat pilihan di mana salah satu tiga cara ini dia boleh menjadi orang yang bertaqwa, dia pilihlah jalan ini.
*M424*
Di dalam Islam milik sesorang itu ada dua hak,
i) Hak yang tidak boleh dikorbankan, bahkan mesti dipertahankan.
ii) Ada hak yang boleh dikorbankan, disitulah pahala.
*M425*
Pelajaran dan pendidikan adalah dua perkara yang berhubung rapat satu sama lain yang tidak boleh dipisahkan.
Ada pelajaran tidak ada pendidikan, ilmu tinggal menjadi ilmu, ia tidak dihayati dan diamalkan, kalau pendidikan saja tidak ada ilmu, ertinya mendidik manusia tidak ada panduan, tidak ada matlamat yang tepat di dalam mengamalkan, Setakat faham dan dihafal sahaja, belum dihayati dan diamalkan.
Pendidikan ialah menghayati ilmu serta ia dijadikan panduan untuk diamalkan, serta lahir akhlak pada seseorang itu.
Untuk memberi ilmu, siapa saja yang mengetahui boleh menyampaikan, tapi untuk mendidik, ditiru oleh murid, di akhir zaman ini juga banyak gagal ialah pendidiknya, kerana ia ada hubungan rapat dengan seorang guru yang bertaqwa.
Mencari guru yang bertaqwa bukan mudah, tapi sekadar mencari guru yang berilmu banyak, boleh dicari.
No comments:
Post a Comment