Ramai orang beribadah bukan mahu dekat dengan Allah.
Tapi ibadahnya semakin menjauhkan diri dari Allah.
Kerana megah dengan ibadah, kerana nama menyembah Allah.
Di dalam beribadah, menghina, mengumpat, hasad, dendam kesumat.
Orang ini di Akhirat menjadi orang muflis.
Perniagaan Akhiratnya banyak bankrap kerana maksiat.
Ibadahnya tidak menyelamatkan mereka.
Mereka tertipu dengan ibadahnya.
Banyak orang amal kebajikannya menghijab di antara dia dengan Allah.
Dia buat kebajikan kerana nama, minta pujian, glamour.
Setiap kebaikan yang dibuat suka dicerita-cerita.
Jasa-jasa suka diberitahu, kerana ingin dapat nama.
Kerana itulah setengah orang jika tidak dibuat berita tidak mahu menderma.
Jika hendak menderma, mesti dibuat berita di dalam media.
Dia membuat kebaikan kerana pujian orang.
Bukan kerana Allah dan keredhaanNya.
Itulah orang derhaka di dalam beribadah.
Membuat maksiat di dalam kebaikan.
Dia rasa cara itu Tuhan suka.
Rupanya cara itu Tuhan sangat murka.
No comments:
Post a Comment