*M316*
Janganlah apabila gejala masyarakat (maksiat) telah menggugat kedudukan kita, barulah sibuk hendak membanteras. Kalau belum menggugat kedudukan kita, kita biarkan sahaja, ada kalanya secara langsung atau tidak langsung kita menggalakkan saja.
Lebih malang dari itu jika dapat keuntungan dari gejala masyarakat, kita terus mendiamkan diri.
*M317*
Allah menjadikan lelaki dan perempuan di segi watak dan tabiat semula jadinya ada sedikit kelainan agar berlaku secara umum peranan mereka tidak sama kecuali di bidang-bidang tertentu.
Moga-moga dengan peranan masing-masing, perjalanan keluarga atau rumah tangga baik.
Seterusnya masyarakat dan negara aman damai dan berjalan dengan indahnya,
tapi kalau manusia sendiri sudah beranggapan walaupun satu golongan dinamakan lelaki dan satu golongan lagi dinamakan perempuan sudah sama kedudukan dan peranannya, akan berlakulah gejala sosial yang merosakkan.
*M318*
Rasuah payah dikesan, penipuan dalam akaun payah dibuktikan, penzinaan yang berlaku di hotel-hotel besar oleh orang-orang atas susah hendak disiasat, penyalahgunaan kuasa payah dilihat oleh mata, tapi kesalahan golongan bawahan mudah dilihat dan dikesan, seperti bohsia, bohjan, pergaulan bebas, buang anak, dera anak, pelacuran kelas bawahan, melawan guru, pergaduhan, justeru itu gejala-gejala masyarakat golongan bawahan sahaja menjadi sasaran, hati kecil mereka sudah tentu tidak senang kerana mereka juga sedar maksiat di balik tabir.
Itulah di antara sebabnya mengapa gejala masyarakat payah dilenyapkan.
*M319*
Di bandar-bandar dan di pekan-pekan, terutama di bandar-bandar besar, orang jahat lebih ramai dan macam-macam bentuknya daripada di kampung-kampung.
*M320*
Di bandar-bandar dan di pekan-pekan, walaupun cantik dan menarik, kalau berjalan seorang diri terutama setelah malam amat takut dan membimbangkan, kerana orang jahat akan mengambil peluang.
No comments:
Post a Comment