*M396*
Kalau negara saja yang cantik, tapi akhlak pennghuninya tidak cantik, masyarakatnya pasti hidup di dalam ketakutan kerana digugat oleh gejala-gejala yang negatif di dalam kehidupan.
*M397*
Kalau inginkan anak-anak betul, ibu bapa kenalah betulkan diri lebih dahulu. Kalau inginkan murid-murid betul, kenalah guru-guru betulkan diri lebih dahulu.
Kalau inginkan rakyat betul, kenalah pemerintah betulkan diri lebih dahulu.
Oleh itu, kalau semua golongan yang patut diikut tadi menjadi baik, akan baiklah semua peringkat rakyat.
*M398*
Anak-anak yang kecil kita manjakan dia dengan tunjuk sikap yang dapat dilihat dengan mata, kepada yang sudah besar cukup di dalam hati sahaja.
Yang dewasa diajak berbincang atau bermesra dengan mereka.
*M399*
Zaman dahulu setiap guru yang mengajar, apa pun mata pelajarannya, lebih-lebih lagi mata pelajaran Islam, dia tidak makan gaji atau tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada murid-muridnya. Inilah rahsia hubungan guru dengan murid sentiasa terjalin sampai mati.
*M400*
Zaman dahulu ibu bapa bila mendengar guru merotan anaknya, di rumah anaknya dirotan lagi oleh ibu atau ayahnya tanda simpati dengan guru dan mengaku kesalahan anaknya kerana itulah murid tidak naik kepala, perhubungan ibu dan bapa dengan guru sentiasa erat.
No comments:
Post a Comment