*M336*
Usaha-usaha yang ada campur tangan nafsu dan syaitan cepat maju dan berkembang, tapi yang tidak ada campur tangan nafsu dan syaitan lambat maju dan susah hendak berkembang.
*M337*
Perlu diingat, sejarah telah memberitahu, banyak orang masuk Islam kerana melihat akhlak dan contoh teladan (model), terlalu sedikit sangat yang masuk Islam hasil penyelidikan dan kajian.
*M338*
Kebanyakan umat Islam berjuang pada hari ini, sama ada disedari atau tidak, banyak bersifat nasionalisme dan bersifat ideologi daripada bersifat Islam tapi menjual nama Islam, justeru itulah orang menolak.
*M339*
Orang yang berbuat mengikut syariat kerana Allah, orang itu tidak akan kecewa sekalipun gagal. Justeru orang itu bukan memandang kejayaan tapi keredhaan.
*M340*
Tidak mesti sesuatu kerja itu apabila berjaya, ia diredhai dan tidak mesti pula sesuatu kerja itu apabila gagal, dimurkai.
Yang penting kerja itu mengikut syariat dan diniatkan kerana Allah, insya-Allah ia diredhai.
No comments:
Post a Comment