*M311*
Bagaimanalah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, di pejabat selalu kena marah oleh bos, di rumah selalu kena leter oleh isteri, anak-anak pula macam-macam kerenah, di dalam perjalanan pula berhadapan dengan pemandu-pemandu yang tidak bertimbang rasa,
hidup berjiran nafsi-nafsi, ada masalah tidak ada tempat mengadu, sahabat-sahabat sudah tidak ada, yang ada hanya kenalan, iman lemah pula, justeru itu uban cepat tumbuh di kepala atau cepat tua sebelum masanya.
*M312*
Kalaulah suami isteri berkahwin kerana nafsu, bukan kerana hendak membangunkan generasi penyambung lidah Nabi, biasanya bila kemahuan nafsu satu sama lain sudah tiada selalunya berlaku perceraian, kalau tidak berlaku kerana keadaan tidak membenarkan, keluarga itu akan hidup terumbang-ambing tidak menentu.
*313*
Kalaulah membanteras gejala masyarakat amat susah, lebih-lebih lagi membanteras gejala-gejala hati justeru gejala masyarakat berpunca dari hati.
*M314*
Gejala masyarakat boleh dibanteras dengan peraturan, undang-undang, hukuman dan didikan, dengan cara menambah iman dan sifat taqwa. Ini memerlukan latihan dan pimpinan dari seorang guru yang bertaqwa.
*M315*
Gejala masyarakat dapat dilihat oleh mata, gejala hati dapat dilihat oleh hati. Kalau mata telah buta, sudah tentu tidak dapat melihat gejala-gejala masyarakat, begitu jugalah kalau hati buta, tidak akan nampak lagi gejala-gejala hati.
No comments:
Post a Comment