*M296*
Kalau sebuah masyarakat itu telah diporak-peranda oleh para perompak, pencuri, penyamun, perogol, penzina, penipu, jika masyarakat itu ingin membaiki gejala-gejala itu, jangan ada campur tangan di kalangan mereka itu atau diajak mereka itu sama-sama memikirkan masalah itu.
*M297*
Perlu diingat, di dalam kehidupan bermasyarakat memang ada golongan yang suka masyarakatnya rosak kerana dia dapat untung di situ,
seperti pepatah Melayu ada berkata, menangguk di air keroh.
*M298*
Ada orang yang susah hati kalau masyarakatnya menjadi baik kerana peluang dunianya terlepas, orang-orang yang macam inilah ada kalanya berlakon di hadapan orang ramai, bersuara tentang gejala masyarakat. Yang sebenarnya mereka berbuat demikian kerana hendak menyorok keburukannya.
*M299*
Bertindaklah sama-sama membaiki masyarakat atas dasar sebagai orang muslim yang diwajibkan oleh Allah, bukan dasar tugas kerja semata-mata, atau kalau tidak dibuat nanti apa orang kata atau kerana mencari pengaruh, agar Allah akan membantunya.
*M300*
Di dalam pengalaman kita, orang yang terjun ke tengah masyarakat membaiki masyarakat bukan ahli sosiologi, tapi orang yang tinggal di tengah masyarakat dan bermasyarakat.
Ahli kaji masyarakat, hanya membuat kajian sahaja, terutama untuk mendapatkan degri.
Ada kalanya bukan sahaja tidak memikirkan masyarakat, bermasyarakat pun tidak.
No comments:
Post a Comment