Islam adalah selamat dan menyelamatkan.
Setiap orang disuruh menyelamatkan diri daripada sebarang kemungkaran.
Juga disuruh orang lain selamat daripada kemungkaran kerana itulah disuruh nasihat-menasihati.
Setiap orang tidak dibenarkan diganggu dan tidak boleh pula mengganggu orang.
Setiap orang tidak boleh melakukan gejala masyarakat kerana ia menyusahkan.
Kalau ada orang yang berbuat, perlu mendapat teguran.
Jika mereka melakukan juga, perlu dihalang tidak boleh dibenarkan.
Keselamatan umum kenalah setiap orang menjaga dan bertanggungjawab.
Kerajaan bertanggungjawab, rakyat juga ikut bertanggungjawab.
Jaga-menjaga daripada sebarang gejala yang merosakkan kehidupan dan perpaduan.
Yang merosakkan itu ada kalanya sistem yang dilagang.
Ada kalanya masyarakat rosak oleh sistem tapi tidak perasan.
Sistem yang merosakkan sangat tersirat, payah dikesan.
Kerana itulah melahirkan sistem kenalah berhati-hati, jangan sampai merosakkan.
Kerosakan masyarakat hingga tergugat keselamatan kerana sikap setiap orang.
Sikap jahatnya itulah membawa kerosakan di dalam kehidupan.
Di sini baru kita faham, keselamatan tergugat ada dua sebab.
Sebab sistem dan sebab sikap perangai buruk orang ramai.
Apabila keselamatan tergugat, hidup huru-hara dan bencana.
Huru-hara adalah melahirkan kegelisahan dan ketakutan.
Semua golongan mendapat kesusahan dan penderitaan.
Jagalah keselamatan umum agar masyarakat aman dan tenang.
Buatlah sistem yang selamat dan menyelamatkan.
Bersikap baiklah agar ia selamat dan menyelamatkan kehidupan.
Kalau sikap dapat dibetulkan dan sistem itu baik, dapat mengawal keselamatan.
Sungguh indah hidup ini, sungguh bahagia jiwa rasanya.
Marilah kita jadi manusia selamat dan menyelamatkan.
Dengan cara membaiki diri dan sistem yang sudah rosak ini.
No comments:
Post a Comment