Payahnya Menjaga Hati



Alangkah payahnya menjaga hati
Sekalipun berhati-hati
Bila orang puji, berbunga
Apabila orang keji, aduh sakitnya macam kena cucuk atau kena tusuk
Apabila membuat kebajikan, 
mendesak-desak sahaja hendak bercerita 
Jika tidak bercerita rasa terseksa 
Di sini ada glamour
Di sinilah ada nama
Oh, ruginya kalau tidak dicerita
Bila berpidato, orang mengangguk-angguk
Boleh tahan juga aku ini, bisiknya
Kalau melihat orang lain ada mempunyai kelebihan
Aduh, macam makan buah pahit rasanya
Hati kerut membawa ke muka
Atau muka masam macam cuka
Apabila melihat kawan-kawan mempunyai kelemahan-kelemahan, 
hati mendesak-desak hendak mengata atau menghina
Aduh, susahnya menjaga hati!
Aduh, di manakah keikhlasan?!
Sedangkan hati adalah tempat pandangan Tuhan. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah