*M306*
Apabila kerosakan sesuatu masyarakat atau satu bangsa di dalam sebuah negara telah merata, bermacam-macam bentuk pula, kebanyakan orang akan tenggelam punca; tidak tahu punca dan mana punca asalnya dan apabila hendak membaikinya tidak faham kaedah apa yang hendak digunakan.
Di samping itu akan berlaku tuduh-menuduh di antara satu golongan dengan satu golongan yang lain yang menjadi punca kerosakan itu berlaku.
Di waktu itu, golongan yang menjadi pokok kepada punca kerosakan masyarakat agak terasa lega, kerana di saat-saat orang ramai terkeliru mereka boleh menuding jari kepada sesuatu golongan untuk melindungi lagi kejahatan yang berpunca dari mereka hingga setengah orang tidak nampak lagi kejahatan itu berpunca daripada mereka.
*M307*
Biasa makan beramai-ramai bersama keluarga atau bersama sahabat handai atau bersama tetamu, suasana ini akan mencetuskan kasih sayang. Di samping itu moga-moga makanan tidak dihisab, begitulah tradisi para solihin.
*M308*
Kalau suami itu tidak dapat merasakan lagi kasih sayang sepertimana di waktu dia bercinta dahulu, hanya iman saja atau keadaan yang ada, seperti sudah mempunyai anak, itu sahaja yang menghalang dia daripada bercerai.
*M309*
Bagi kita yang tidak pernah bercinta tentu tidak tahu, tapi pengalaman orang-orang lain yang kita selalu mendengarnya, memberitahu kita, kehidupan waktu bercinta lebih indah daripada kehidupan selepas menjadi suami isteri, justeru itulah selalu berlaku perceraian.
*M310*
Kalau seseorang itu sama ada lelaki mahupun perempuan, selalu saja memandang lelaki atau perempuan ajnabi, Allah akan balakan kepadanya dengan merasakan isteri atau suami sendiri sudah tidak menarik lagi. Kenalah jaga mata.
No comments:
Post a Comment