MADAH baru 219



*M301*
Kalau seorang yang sakit, ubat pun makan, racun pun makan, penyakit tidak akan sembuh bahkan penyakit akan bertambah serius.
Begitulah juga gejala-gejala masyarakat yang negatif diperangi tapi di masa yang sama, perkara yang menjadi sebab lahirnya gejala yang negatif disuburkan juga, penyakit masyarakat tidak akan dapat dibasmi bahkan ia akan bertambah merebak dan menjadi-jadi.


*M302*
Di waktu anggota-anggota masyarakat sihat-sihat, doktor susah cari makan. Di waktu masyarakat bersih daripada orang jahat, ahli undang-undang susah cari makan. Di waktu orang ramai hidup sederhana, tidak suka berhutang, tidak suka dengan makan minum yang haram, kapitalis susah cari makan.
Di waktu orang ramai terutama peniaga-peniaga, tidak suka terlibat dengan rasuah, ahli-ahli politik dan penguasa masyarakat susah cari makan.
Di waktu orang lelaki banyak yang bertaqwa, pelacur-pelacur susah cari makan.


*M303*
Mengapa anggota masyarakat tidak boleh didisiplinkan hingga lahir gejala masyarakat? Jawabannya mudah saja, kerana ada penzaliman dan penindasan.
Ini sangat tersirat, kebanyakan orang tidak mengetahui hikmah dari Allah, ia adalah agar mereka mendapat susah, fikiran-fikiran berserabut, jiwa kusut, fizikal tidak rehat.


*M304*
Kalau manusia di zaman ini dapat melihat lebih dahulu bagaimana cabaran setelah berkeluarga mungkin juga ada yang tidak hendak kahwin atau akan lambat berkahwin setelah dia membuat persiapan lahir dan batin lebih dahulu, tapi kerana desakan naluri semula jadi (tuntutan nafsu) dia hendak kahwin cepat tanpa berfikir panjang.
Setelah berkahwin, dia terjebak dengan cabaran yang hebat, banyak yang gagal berhadapan dengan cabaran itu, akhirnya kapal rumah tangga pecah.


*M305*
Apalah indahnya hidup ini, bertemu tidak bersatu, bermasyarakat hidup bernafsi-nafsi, ada masalah fikir dan tanggung sendiri, bermesyuarat jadi mujadalah dan berbalah.
Waktu susah dihina, waktu senang tidak disenangi. Berpakat, khianat, bertolak ansur tiada.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah