*M346*
Orang Islam yang berjuang apabila dia diuji oleh Allah melalui musuh-musuhnya seperti ditangkap, dipenjara, diseksa, biasanya berlakulah seperti berikut, sama ada:
Imannya bertambah atau imannya tidak bertambah, tidak kurang imannya atau kurang, ada yang menjadi kafir, yang kurang iman atau kafir, sama ada menyesal atau kecewa atau putus asa atau terus menyebelahi musuhnya, menentang pula perjuangannya yang dahulu, akhirnya tersaringlah perjuangannya yang dahulu, tinggallah yang sedikit yang ikhlas, begitulah yang terjadi sepanjang zaman.
*M347*
Bila ada kuasa, tegas. Bila tiada kuasa, malas dan jemu, justeru berjuang ada kepentingan bukan atas dasar prinsip dan keyakinan. Inilah yang banyak berlaku di akhir zaman.
*M348*
Selalunya orang berjuang membawa kebatilan, dia menindas dan menzalim. Orang yang berjuang membawa kebenaran selalunya dizalimi dan mempertahankan diri.
*M349*
Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan, begitulah strategi di dalam perjuangan.
*M350*
Kita perlu ingat, walaupun kita diberi kepandaian oleh Allah, kemudian kita berusaha, apakah kita boleh menentukan kejayaan kita? Sudah tentu tidak!
Segalanya ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah SWT, justeru itu kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertolongan-Nya dan keredhaan-Nya.
Allah berjanji, orang yang bertaqwa diberi pertolongan atas dasar rahmat-Nya dan keredhaan-Nya. Orang yang fasik dibantu juga, mungkin lebih, tapi mereka diberi bantuan atas dasar istidraj, diberi dengan cara marah dan penipuan dari-Nya.
Di sinilah rahsianya, mengapa gejala-gejala sosial walaupun sudah ditangani bersama, gejala-gejala yang ada tidak pulih, lahir pula gejala-gejala yang lain, kerana yang menangani itu juga mungkin membuat kesalahan bahkan ada kalanya lebih besar lagi tapi kesalahan itu tidak sama seperti yang dilakukan oleh pelajar, muda-mudi dan lain-lain yang bermasalah, sedangkan kedua-dua golongan ini Allah akan murka dan tidak redha, maka Allah tidak menolong orang yang dimurkai-Nya, itulah rahsia mengapa usaha kita selalu gagal.
No comments:
Post a Comment