MADAH baru 246



*M436*
Kalau seseorang itu, samada lelaki mahupun perempuan, selalu saja memandang lelaki atau perempuan ajnabi, satu Allah akan bala'kan kepadanya ialah merasakan isteri atau suami sendiri sudah tidak  menarik lagi, kenalah jaga mata.


*M437*
Syariat Islam itu apabila diamalkan, otomatik orang itu hidupnya berdisiplin, tidak payah dia didisiplinkan lagi, disiplin macam ini kekal sampai mati.


*M438*
Kalau seseorang itu hidup berdisiplin kerana didisiplinkan, dia tersiksa dan cara itu tidak akan tahan lama.


*M439*
Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya, di waktu malam sunyi dia memohon, memunajat, mengadu kepada Allah, bangun sebelum subuh, waktu bangun memuji Allah, serta niat sepanjang hari hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang dhuha, tidur sebelum zuhur, qailullah namanya, tidak tidur selepas Ashar dan Subuh, selepas Isya membaca sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir dengan sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir, begitulah dibuat sepanjang masa, kecuali kalau ada hal yang mendadak, sama ada masalah pribadi mahupun masalah masyarakat, ubah suailah dengan suasana, dengan tidak mengorbankan yang wajib, beginilah disiplin harian umat Islam, kalau kita izin memperkatakan disiplin.


*M440*
Di bandar-bandar dan di pekan-pekan, terutama di badar-bandar besar, orang jahat lebih ramai dan macam-macam bentuknya daripada di kampung-kampung.

Bala Besar Dari Tuhan



Bala yang besar bukan gempa bumi, bukan ledakan gunung berapi, bukan banjir besar yang memusnah, 
tapi ialah kekufuran di dalam diri atau di dalam hati.
Bala yang disebutkan tadi bahayanya di dunia, tapi kekufuran bahayanya Neraka
yang amat dahsyatnya.
Kemiskinan dan kefakiran bukanlah masalah masyarakat dan negara.
Ada masalah yang lebih besar dari itu sebenarnya.
Iaitu orang yang kaya yang bakhil, tamak dan mengambil harta bangsa dan negara.
Mereka tidak bertanggungjawab kepada fakir miskin dan orang yang menderita.
Harta mereka untuk mereka dan keluarga, bukan untuk  bangsa dan negara.
Pemuda-pemudi yang berlepak-lepak membuang masa membuat kerja yang sia-sia, bahaya juga.
Tapi ada yang lebih bahaya lagi ialah pembesar-pembesar dan orang-orang kaya yang berlepak-lepak membuang masa di gedung-gedung besar yang tertutup, ada penjaga, membuat kerja laknat dan membuang wang sia-sia.
Sedangkan wang ringgit yang mereka dapati dari hasil negara dan bangsa.
Tapi sikap mereka tidak begitu dibising-bisingkan sangat, maklumlah orang istimewa.
Yang dibisingkan sangat kerja muda-mudi yang sia-sia membuang masa.
Bencana yang merosak bukan hanya bencana alam, ia berlaku sekali-sekala.
Bencana yang sebenarnya adalah sifat sombong atau ego, pemarah, pendendam, tamak, bakhil, rasuah, hasad dengki, tipu daya.
Sifat-sifat ini boleh memecahbelahkan perpaduan, boleh berlaku perbalahan, boleh berlaku pergaduhan dan peperangan.
Musnahnya merata, kerosakannya global, bahayanya menimpa bangsa dan negara.
Kebodohan adalah bahaya, tapi orang pandai yang mementingkan diri, mengguna bangsa dan negara untuk kekayaan lagi bahaya.
Begitulah manusia yang sudah kehilangan Tuhan.
Menilai masalah dan bahaya pun tidak begitu kena.
Yang bukan masalah dianggap masalah, yang masalah tidak dianggap masalah.
Yang bahaya kecil dipandang besar, yang bahaya besar dipandang remeh sahaja.
Begitulah orang pandai yang hanya mengguna otak semata-mata.
Ukurannya otak, segala-galanya dinilai berdasarkan otak.
Wahyu sudah tidak dijadikan neraca lagi di dalam menilai.
Oleh yang demikian banyak perkara disalah nilai.
Bahkan sampai mudah menilai yang sesat dianggap tidak sesat, yang tidak sesat dianggap sesat.
Yang bid'ah dianggap sunnah, yang sunnah dianggap bid'ah.
Yang patut fanatik tidak dibolehkan, yang tidak patut fanatik dibolehkan pula. 


GURU MAKLUK PALING DEGIL



Degil. Sungguh. Degil sungguh makhluk bergelar guru ini. Masakan tidak, kecaman dan cemuhan silih berganti, tapi masih setia memegang kapur pendek itu. Biar seluar baju kotor dengan habuk, dia tidak peduli. Dia memang degil.

Itu tiada apa jika nak dibandingkan dengan serangan bertali arus secara terus. Ada yang datang mengejut, menyerang guru di sekolah. Tengah menyusun murid, ditendang dari belakang. Ditumbuk pula bertalu-talu. Tapi dia degil. Esoknya dia ke sekolah lagi. Anak si kaki pukul masih diajar dengan senyuman. Dengan penuh sabar tanpa dendam.

Ada yang datang menunjukkan kuasa. Dibawa pangkat Dato' untuk mengugut. Dicerita kenal orang berkuasa itu ini. Kalau buat anaknya lagi, dia akan ambil tindakan. Ditukar dalam 24 jam. Itu ugutannya. Tapi guru itu makhluk degil. Anak si pengugut itu jatuh luka, guru itu juga yang bergegas mengangkat. Membalut luka, menghantar ke hospital, malah mengelap airmata. Sedang bapanya semalam datang mengugut. Tapi dia makhluk degil.

Guru itu, namanya naik ke balai polis. Akan didakwa ke mahkamah kerana merotan muridnya. Dia ingin mendidik sahaja. Tapi apakan daya, dendam orang dewasa lebih mendalam. Katanya guru itu perlu menerima hukuman.

Tapi guru itu degil sungguh. Tidak dihirau nama yang kian membusuk. Bila muridnya jatuh pengsan sewaktu perhimpunan, guru itu dulu tampil kedepan. Memangku, mengibas, cemas sekali dia. Risau muridnya hilang nyawa. Sedang bapanya, baru kelmarin melaporkan nama guru itu di balai polis. Tidak dihirau semua itu.

Guru itu pernah berkali-kali menyesal. Mengejar pelajarnya yang ponteng hingga seluarnya koyak. Hingga dia jatuh terlentang. Pernah kesal kerana merotan murid nakal, sehingga keretanya dicalar, angin pula dibuang. Kadangkala, cermin keretanya juga dipecahkan, oleh remaja nakal anak didik dia.

Dia pernah menyesal. Pernah berjanji tidak lagi akan ambil tahu. Serik kononnya.

Tapi dia guru. Dia makhluk paling degil. Sesalnya hanya seketika sahaja. Saat anak didiknya ponteng, dia kejar lagi. Saat anak didiknya nakal, dia masih menghayun merotan. Dia nak anak didiknya berjaya. Berjaya menjadi seorang manusia sekurang-kurangnya. 

Tidak diendahkan akibat yang dia bakal terima nanti. Dia sayang sungguh anak didiknya. Risau mereka rosak. Risau mereka menjadi tidak berakhlak. Risau menjadi sampah masyarakat.

Dia akan terus degil. Semuanya kerana cinta. Cinta pada pekerjaannya. Cinta pada muridnya. Bukalah mata. Bukalah mata masyarakat diluar sana.

Masih adakah ibubapa dan masyarakat yang masih mahu menyokong? Saat guru pula bakal dihukum? 

Terima kasih aku ucapkan pada guru-guru aku yang dulunya begitu degil. Kini aku pula ditempatmu. Menjadi guru yang degil.

Guru, makhluk paling degil.

#Aku seorang guru..

MADAH baru 245



*M431*
Kalau disiplin lahir sahaja boleh dibuat disiplin batin (nafsu dan hati) tidak dibuat, akan melahirkan manusia yang cergas dan tahan lasak tapi jahat, begitulah pandangan Islam.


*M432*
Apalah erti pembangunan dan kemajuan di dalam kezaliman, kemungkaran merata, perpaduan pecah, disiplin manusianya terutama golongan remaja, liarnya, hidup nafsi-nafsi, jenayah berleluasa, hidup di dalam ketakutan.


*M433*
Selagi umat Islam rasa bertuhan tidak dibawa ke mana-mana, sekadar hanya percaya dengan Tuhan, selama itulah umat Islam tidak boleh mengawal dirinya daripada membuat kemungkaran, sama ada lahir mahupun batin, terutama bila terlindung daripada pandangan  manusia.


*M434*
Memperbaiki manusia dengan pelajaran dan pendidikan yang tidak masuk ajar lagi, kenalah dihukum dan tindakan undang-undang, tapi kalau para pendidik di kalangan ibu bapa, guru-guru, pemimpin negara, pemimpin kumpulan dan pemimpin masyarakat sudah tidak ikut ajaran, siapa pula yang akan mendidik masyarakat?


*M435*
Setiap orang yang ada ilmu Islam, sekadar yang dia miliki, tidak ada halangan untuk dia menjadi mubaligh iaitu menyampaikan ajaran Islam, tapi untuk memberi kesan dan perubahan kepada manusia, Allah akan pilih siapa di  kalangan mereka yang menjadi pewaris nabi, sekalipun yang berubah itu tidak ramai, Allah tidak memandang yang ramai tapi memandang yang bersyukur sekalipun sedikit, kerana pengikut para nabi pun tidak ramai. 

             

Kenangilah Orang Yang Membuat Jasa



Kenangilah orang yang telah berjasa kepada kita.
Seperti ibu bapa, guru-guru dan para pemimpin kita.
Mereka adalah manusia yang ada jasa di bidang masing-masing.
Hormatilah mereka dan balasilah jasanya.
Paling tidak doakan mereka keselamatannya,
diampunkan dosa-dosa mereka, dimaafkan kesalahan-kesalahan mereka,
Tuhan beri mereka hidayah dan taufiq,
dijauhkan mereka daripada bala bencana.
Orang yang berakhlak tidak melupakan orang yang berjasa.
Sekalipun kita sudah lebih dan maju dari mereka.
Sekalipun kita sudah berpangkat dan kaya.
Kalau bukan jasa mereka, kita tidak berjaya.
Lebih-lebih lagi kepada Tuhan jangan dilupakan.
Jasa-jasa Tuhan kepada kita lagi tidak terkira.
Orang yang berjasa kepada kita, Tuhan juga yang mentakdirnya.
Jasa mereka kepada kita ketentuan Tuhan kepada kita.
Oleh itu bersyukurlah kepada Tuhan, berterima kasihlah kepada yang berjasa.
Berterima kasihlah kepada Tuhan, menyembah-Nya, orang yang berjasa, balas jasa mereka.
Orang yang dapat melakukannya orang yang berakhlak mulia.
Sebaliknya, orang yang tidak pandai mengenang jasa.
Ingatilah nikmat Tuhan, kenangilah orang yang berjasa.
Agar kita pandai menjadi orang yang bersyukur.
Agar kita termasuk golongan yang berakhlak mulia.
Jangan sampai kita dianggap tidak mengenang jasa.
 

MADAH baru 244



*M426*
Hari ini ukuran cemerlang pada seseorang murid ialah berjaya menghafal dan memahami ilmu sekalipun tidak dihayati dan diamalkan, ertinya walaupun murid itu bukan seorang peribadi yang baik, sekalipun tidak sembahyang, sombong dan sebagainya, tapi dia berjaya di bidang ilmu.


*M427*
Hari ini kalau seseorang pelajar itu lemah di bidang ilmu tapi berjaya di bidang pendidikan, umpamanya dengan ilmu yang dipelajarinya itu dihayati dan diamalkan, hingga dia menjadi pelajar yang berakhlak, dia tidak dianggap pelajar yang cemerlang. 
Ukuran ini adalah satu gejala masyarakat yang tidak sihat. Sebenarnya orang tidak anggap ia  satu gejala negatif, oleh kerana itulah hari ini pembangunan dan kemajuan bertambah pesat, tapi akhlak  bertambah rosak dan jahat.


*M428*
Wahai umat Islam, perlu diingat, tidak ada disiplin yang lebih baik dan cantik daripada Islam. Janganlah mencari disiplin lain selain Islam untuk mendisiplinkan umat Islam, nanti umat Islam bukan sahaja tidak berdisiplin, bahkan akan menimbulkan lebih banyak gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat.


*M429*
Hari ini latihan-latihan fizikal terlalu banyak bahkan sangat serius diusahakan, tapi latihan rohaniah sangat sedikit diusahakan bahkan adakalanya yang sedikit itu pun tidak tepat, padahal kalau hati itu sudah rosak, nafsu tidak terdidik, latihan fizikal yang dilakukan itu yang menjadikan orang ramai sudah tahan lasak, ketahanan fizikal itu akan disalahgunakan nanti untuk kejahatan.


*M430*
Di dalam Islam, latihan fizikal boleh dibuat sekali sekala, latihan kerohanian (mendidik nafsu dan membersihkan hati), latihannya kena dibuat setiap masa, kerana membentuk dan melatih diri lahir amat mudah tapi hendak membentuk diri yang batin amat susah. Buktinya, dengan badan yang sihat lagi terlatih orang boleh panjat bukit, merenangi lautan, merentas hutan, menurun lurah, berlari beratus batu, tapi untuk sembahyang, lebih-lebih lagi sembahyang Subuh, walaupun di atas karpet di bilik sejuk, banyak orang yang tidak sanggup, bukan fizikalnya yang tidak mampu, tapi hatinya yang tidak mampu.

Jaminan Rezeki Dari Tuhan


Sepatutnya kita hamba Allah, tentang rezeki tidak perlu bimbang.
Selama hamba itu hidup, ada jaminan dari Tuhan.
Sedangkan seorang ayah terhadap anak-anaknya pun bertanggungjawab.
Betapalah Tuhan yang bersifat Rahman terhadap hamba-hamba-Nya, mesti ada jaminan.
Kerana itu baik sangka kepada Tuhan perlu, dan bertawakal kepada-Nya untuk ketenangan.
Yang penting kepada seorang hamba berusaha mencari hidayah, taqwa dan iman.
Yang ini kenalah dibimbangkan.
Yang ini kenalah benar-benar struggle memperolehinya, tidak boleh bersenang-senang.
Hidayah, iman dan taqwa kenalah cari bersungguh-sungguh.
Ilmunya kena cari, bersungguh-sungguh amalkan, istiqamah dan perlukan pimpinan.
Kemudian tentang rezeki, Allahlah memberi jaminan.
Bukankah Tuhan pernah berkata yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bertaqwa, rezekinya dijamin yang tidak diketahui mana sumber datangnya"
Dosanya diampun, amalannya diterima.
Tuhan jaga mereka daripada tipuan syaitan.
Musuh-musuh tidak dapat menipu dayanya.
Mereka dijamin diberi kemenangan.
Oleh itu rezeki janganlah dibimbangkan.
Yang perlu, kita dekatkan diri kepada Tuhan.
Bila jadi orang Tuhan segala-galanya ada jaminan. 


MADAH baru 243


Seseorang itu kalau melihat seorang yang baik dia merasa senang dan tenang, biasanya orang itu orang baik atau ada harapan menjadi orang baik.
Jika melihat seseorang itu merasa tidak senang dan tidak tenang, kalau dia tidak fasik, dia adalah orang munafik.


*M422*
Kalau seseorang itu tidak takut matanya membuat dosa, telinganya membuat dosa, lidahnya membuat dosa, lebih-lebih lagi farajnya membuat dosa, ertinya dia membuat zalim pada dirinya sendiri. Orang ini jangan harap dia berlaku adil dengan orang lain, kalau dengan diri sendiri pun dia tidak adil, cuma suasana dan keadaan saja, ada kalanya menghalang mereka membuat zalim kepada orang lain.


*M423*
Di dalam Islam tidak dilarang kaya, begitu juga tidak dilarang miskin, dan juga tidak dilarang hidup sederhana, setiap orang itu boleh buat pilihan di mana salah satu tiga cara ini dia boleh menjadi orang yang bertaqwa, dia pilihlah jalan ini.


*M424*
Di dalam Islam milik sesorang itu ada dua hak,
i) Hak yang tidak boleh dikorbankan, bahkan mesti dipertahankan.
ii) Ada hak yang boleh dikorbankan, disitulah pahala.


*M425*
Pelajaran dan pendidikan adalah dua perkara yang berhubung rapat satu sama lain yang tidak boleh dipisahkan.
Ada pelajaran tidak ada pendidikan, ilmu tinggal menjadi ilmu, ia tidak dihayati dan diamalkan, kalau pendidikan saja tidak ada ilmu, ertinya mendidik manusia tidak ada panduan, tidak ada matlamat yang tepat di dalam  mengamalkan, Setakat faham dan dihafal sahaja, belum dihayati dan diamalkan.
Pendidikan ialah menghayati ilmu serta ia dijadikan panduan untuk diamalkan, serta lahir akhlak pada seseorang itu.  
Untuk memberi ilmu, siapa saja yang mengetahui boleh menyampaikan, tapi untuk mendidik, ditiru oleh murid, di akhir zaman ini juga banyak gagal ialah pendidiknya, kerana ia ada hubungan rapat dengan seorang guru yang bertaqwa.
Mencari guru yang bertaqwa bukan mudah, tapi sekadar mencari guru yang berilmu banyak, boleh dicari.

Ilmu Dan Kefahaman



Ilmu tidak sama dengan faham, 
faham tidak sama dengan penghayatan.
Ilmu hanya baru bersifat panduan-panduan secara kasar atau secara umum.
Faham ialah ilmu itu dia boleh menghurai dan boleh menyusunnya secara logik akal.
Penghayatan, ilmu yang sudah terhurai dan tersusun itu dijiwainya hingga mendarah mendaging.
Ia telah sebati dengan fikiran dan perasaannya hingga mudah diapplykan di dalam kehidupan jika dia mahu.
Mengapplykan ilmu di dalam perbuatan dan sikap, ia memerlukan taufik dari Allah.
Ilmu dan faham itu ianya adalah hidayah, jika bersatu dengan taufik, perlaksanaannya berjalan dengan tepat dan indah.
Mengapplykan ilmu itulah yang amat susah dan payah.
Sama ada susah hendak bermujahadah melaksanakannya hingga tidak mampu mengamalkan, 
atau mampu melaksanakannya  tapi taufik dari Allah pula tiada, maka kerja itu atau amalan itu tidak tepat.
Ilmu dan kefahaman sudah betul, apabila diselaraskan dengan perlaksanaan, tak mahu hendak kena.  
Di sini kerja-kerja itu atau amalan itu masih gagal lagi.
Di sini mesti ada faktor-faktor lain lagi mengapa perlaksanaan itu tidak tepat.
Mungkin gagalnya itu adalah faktor dosa-dosa yang belum bertaubat.
Atau dosa-dosa kita yang kita lupakan begitu sahaja.
Atau dosa-dosa kita yang kita tidak sedar yang sangat tersirat.
Di sini baru kita faham, hidayah dengan taufik mesti berjalan serentak.
Sekadarkan hidayah sahaja tidak cukup, taufik sangat diperlukan.
Kerana itu mintalah kepada Allah hidayah dan taufik sekali.
Apabila hidayah dan taufik dianugerahkan oleh Allah Taala, segala kerja berjalan tepat dan indah.
Untuk kejayaan,  hidayah dan taufiknya tidak terpisah.
 


MADAH baru 242


*M416*
Bertauhid secara ilmu mudah, bertauhid secara penghayatan amat susah.
Buktinya saya datangkan beberapa contoh:
1) Seseorang yang berjaya di bidang ilmu atau di bidang pembangunan, kalau dia merasa hasil kemampuannya bukan anugerah Allah, ertinya orang ini belum bertauhid. Dia berbangga, bukan malu. Dia belum bertauhid.
2) Seorang yang sedang berhadapan dengan  masyarakat, tidak terasa ia daripada Allah dan tidak berasa malunya dengan Tuhan, tidak terasa takut kalau tidak boleh bersyukur, tidak bimbang apakah dia menerima atas rahmat Allah atau istidraj dari Allah, belum bertauhid namanya.
3) Seseorang yang mendapat kesusahan seperti miskin, bencana alam, sakit, dizalimi orang, dia rasa kecewa, adakalanya sampai putus asa, syariatnya merosot, ertinya dengan kesusahan itu dia bertambah derhaka dengan Allah, itulah tanda dia tidak bertauhid.


*M417*
Kalau kaum muslimin boleh menjadikan program hidupnya atau budaya hidupnya setiap hari: 
* ketika hendak tidur, menyerah diri kepada Allah,  
* ketika bangun tidur, mengingat Allah lebih dahulu, 
* kemudian masing-masing niat untuk membuat  kebaikan,
* sebelum bertindak atau berbuat, berfikirlah lebih dahulu, 
* waktu berbuat, padankan dengan syariat, 
* setelah berbuat, bertawakal kepada Allah, 
* selepas itu buat kajian apakah ada kesilapan, sama ada dari segi teknikal, lebih-lebih lagi di sudut dasar, kemudian minta ampun kepada Allah, 
maka sekali lagi umat Islam akan menjadi bangsa yang ada wibawa dan mengatur dunia.


*M418*
Apabila syariat lahir itu seperti menutup aurat, ia diamalkan kerana  menurut atau mengikut orang memakai, bukan hasil didikan, akhirnya jadi budaya, ertinya menjadi pakaian umum, ia tidak akan mengubah perangai mereka yang memakainya, oleh kerana itulah Islam sangat mementingkan pendidikan.


*M419*
Di rumah atau di kalangan keluarga, ibu bapalah menjadi guru, di dalam sebuah kampung, ketua kampunglah menjadi guru, di dalam sebuah organisasi, pemimpinlah yang  menjadi guru, di sekolah, cikgu-cikgulah yang menjadi guru, di dalam negeri atau negara pemimpinlah yang menjadi guru, kalau guru itu sudah rosak atau tidak ada disiplin hidup, orang bawahnya akan rosak sama, kerana itulah pepatah Melayu ada berkata, 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari', 'seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus', sedangkan dia sendiri tidak lurus.


*M420*
Mengapalah umat Islam hari ini apabila hendak menyelesaikan satu-satu masalah, seperti hendak memerangi gejala sosial, masih tercari-cari dan meraba-raba mencari kaedah, padahal di dalam Al Quran dan Hadis sudah cukup panduan-panduan bagaimana hendak menyelesaikan masalah  masyarakat. Malangnya, kaedah yang telah diapplykan di Barat itulah yang diambil untuk dijadikan panduan, sedangkan Barat telah gagal. 

 

Punca Hilang Perpaduan



Megah dibelai, kemudian disuruh umat berpadu.
Megah itu adalah salah satu unsur-unsur perpecahan.
Menunjuk-nunjuk kebesaran, kekayaan, kemampuan, ia sangat dilarang.
Kerana ia menyakitkan hati orang ramai.
Ia juga salah satu unsur bertentangan dengan hati yang berperasaan.
Payahlah hendak berlakunya perpaduan.
Sombong  lebih-lebih lagi dibenci oleh orang ramai.
Adakalanya orang yang sombong itulah mengajak perpaduan.
Padahal dia telah membawa perpecahan.
Pemarah juga adalah salah satu penyakit pecah-belah.
Pemarah menjadikan orang marah.
Sifat pemarah orang takut hendak berkawan.
Bagaimana pulalah hendak berlaku perpaduan.
Kerana pemarah itu merenggangkan hati orang dengan orang banyak.
Mementingkan diri, fikir diri sendiri juga orang benci.
Orang susah dia tidak ambil peduli.
Dia senang sendiri, makan sendiri, orang dia tidak peduli.
Kerana perangainya mementingkan diri.
Politik wang juga memecahkan perpaduan.
Kerana sikap itu rakyat benci.
Apatah lagi yang terlibat itu adalah para pemimpin walaupun tidak boleh dibukti.
Sedangkan yang hendak mengajak perpaduan itu adalah para pemimpin negara dan negeri.
Ajakan pemimpin itu rakyat tawar hati.
Padahal perpaduan itu adalah ikatan hati, bukan fizik.
Kalau hati rakyat sudah ramai yang luka, ajakan pemimpin itu rakyat tawar hati.
Oleh itu para pemimpin mestilah menjadi contoh lebih dahulu.
Wibawa para pemimpin kenalah jaga.
Jangan sampai cacat pada pandangan orang ramai atau rakyat jelata.
Nanti lidah sudah tidak masin.
Kalau lidah para pemimpin sudah tidak masin, payahlah rakyat hendak dipimpin.
 

MADAH baru 241


*M411*
Kejahatan lahir boleh ditumpaskan dengan peraturan, larangan dan hukuman, kejahatan hati hendaklah ditumpaskan dengan didikan iman.


*M412*
Peraturan-peraturan yang baik tidak akan dapat berjalan dengan baik sekiranya penggerak peraturan itu orangnya tidak baik.


*M413*
Untuk mendidik masyarakat, jangan riuh rendah, jangan terlalu publisiti, jangan mencari glamour melalui itu, patut kita rasa takut, apakah kita orang yang layak membuat kerja ini atau bertambah orang jahat hasil usaha kita, kerana usaha ini akan berpanjangan ke akhirat, kita akan ditanya oleh Allah.


*M414*
Kalau umat Islam telah bersama-sama berjemaah di masjid, sama-sama mendengar pengajian di dalam masjid, sama-sama makan minum di masjid, boleh bertemu di dalam masjid, tapi tak lahir kasih sayang, tidak timbul kemesraan, tidak ada ikatan jiwa, tidak ada bela-membela, susah, susah sendiri, senang, senang sendiri, ertinya belum boleh bersatu padu, apakah boleh bersatu timbul di tempat-tempat  lain? Tentu tidak mungkin.


*M415*
Di dalam satu-satu kumpulan atau satu-satu  organisasi atau di dalam sebuah masyarakat, masing-masing ada kepentingan dunianya dan masing-masing hendak menjaga kepentingan masing-masing, jangan anggap boleh bersatu, hanya boleh bertemu. 

 

Takutilah Dosa Kecil Atau Besar



Takutilah dosa, kecil atau besar.
Ia adalah bala bencana yang paling besar di dunia dan di Akhirat.
Kerana dosa-dosa, terputus hubungan dengan Allah yang Maha Esa.
Kemurkaan Allah pun menimpa kita.
Dengan dosa-dosa, terhijab kita dengan Allah yang Maha Berkuasa.
Tertolak doa kita, ibadah tidak ada lagi berharga.
Lantaran dosalah segala bentuk kesusahan dan yang menakutkan berlaku di dunia, sebagai hukuman kepada manusia.
Di Akhirat apatah lagi, Neraka padahnya.
Penderitaan yang tiada bandingan dan tiada taranya.
Takutilah dosa walaupun sekecil-kecilnya.
Ia adalah menjadi hijab di antara hamba-hamba dengan Tuhannya.
Kerana dosa-dosa hamba-hamba Allah, pemimpin yang zalim Tuhan beri kuasa sebagai hukuman kepada mereka,
agar manusia kembali kepada Tuhannya.
Dosa-dosa kecil dan besar adalah amat dahsyat.
Lebih dahsyat daripada segala bala bencana.
Jauhilah dosa kecil atau besar.
Apabila berlaku, bertaubatlah segera.
Sebelum Tuhan membalas ke atas kita.
Jauhilah dosa, kerana ia adalah merupakan kemalangan yang paling besar dan dahsyat.
Prihatinlah dengan dosa, agar kita sentiasa mengawasinya.
Moga-moga kita terhindar darinya.
  

MEMBETULKAN CARA PANDANG


-----------------------------------
Nabi Musa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai..!

Akan tetapi Nabi Musa berkata,

"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi Musa boleh berkata demikian? Lalu Nabi Musa menjawab,

"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!"

Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA sekalipun. InsyaAllah! Hati kita akan bertambah senang dan tenang..!

Jadilah seperti LEBAH..! Walaupun hidup di dalam lautan sampah, BUNGA juga yang dicarinya..!

Janganlah jadi seperti LALAT..! Walaupun hidup di taman yang indah, SAMPAH jua yang dinantinya..!

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci ..!

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN
IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..!

KERANA HANYA ORANG YANG 
HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

MADAH baru 240


*M406*
Kalaulah kejahatan para remaja dan para pelajar sahaja yang hendak ditumpaskan, sedangkan kejahatan ahli-ahli politik, ekonomi, para pentadbir, cerdik pandai tidak ditumpaskan, akan timbul dendam kesumat daripada remaja dan pelajar serta penentang-penentang daripada mereka. Mereka akan mempersoalkan, mengapa kejahatan mereka sahaja yang hendak diperangi, sedangkan kejahatan orang-orang politik, ahli ekonomi, pentadbir, cerdik pandai tidak diperangi, padahal kejahatan mereka ada mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang tidak sama bentuknya dengan kejahatan kami. 

*M407*
Secara umum, kemungkaran yang dilakukan oleh anggota masyarakat satu sama lain tidak sama, walaupun setengah-setengah hal itu berlaku pada semua peringkat masyarakat, yaitu lumrah berlaku pada orang politik, kejahatannya menyalahgunakan kuasa, diskriminasi, ada klik-klik, menerima rasuah, mengadu domba, zina, sombong, berbohong, berpura-pura. Ahli ekonomi pemberi rasuah, tamak, pembaziran, zina, sombong. Pentadbir pula cuai, sombong, songlap wang, menekan orang bawah. Cerdik pandai menggunakan ilmu untuk mencari kekayaan, sombong, hasad, tidak bergaul dengan masyarakat, kedekut, mengumpat. 

*M408*
Kejahatan, ia adalah racun di dalam masyarakat, seperti racun di dalam makanan, bahkan racun masyarakat lebih berbahaya kerana racun makanan dia tidak menular, tapi racun masyarakat ia menular, racun makanan ia merosakkan individu, racun masyarakat merosakkan agama, bangsa dan negara.


*M409*
Kalau kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan aqal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan dan sebahagian kejahatan akan dianggap kebaikan. Berlakukah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat, oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat. 

*M410*
Kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau lehidupan, ia bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu disamping memikirkan kejahatan lahir, jangan lupa memikirkan kejahatan hati. 

 

Kalau Tuhan Tidak Dicintai



Kalau Tuhan tidak dicintai, banyaklah perkara-perkara lain yang bersifat murahan akan dicintai.
Bahkan barang murahan itu akan dicintai mengatasi kecintaan kepada Tuhan.
Cinta pakaian, cinta rumah, cinta isteri atau suami.
Harta, kenderaan, makan minum, emas, intan, berlian.
Kerana barang murahan ini manusia derhaka kepada Tuhan.
Manusia boleh bergaduh, bermusuh, berhasad dengki, berbunuh-bunuhan dan berperang kerana perkara-perkara yang disebutkan.
Pecah persaudaraan, hilang kasih sayang kerana selain Tuhan.
Begitu jugalah jika Tuhan tidak ditakuti.
Banyak pulalah selain Tuhan yang akan ditakuti, mengatasi takutkan Tuhan.
Jika selain Tuhan yang ditakuti, apa akan terjadi kepada insan?
Manusia akan takut bini atau suami,
takut tidak ada kerja,
takut dibuang kerja, takut masa depan, takut miskin, takut hendak berjuang, takut apa kata orang.
Apatah lagi takut orang yang berkuasa kejam.
Kerana takut perkara-perkara tadi, orang derhaka dengan Tuhan.
Orang boleh bergaduh, bermusuh, berpecah-belah, berkelahi,
hasad dengki, berbunuh-bunuhan.
Kalau Tuhan tidak dicintai atau ditakuti, banyaklah urusan-urusan syariat terabai dan tidak dapat dilakukan.
Di dalam masa yang sama mereka mengaku pula telah membangunkan Islam.
Kalau tidak ada mereka, katanya kedaulatan Islam terabai dan ketinggalan.
Mereka menentang Islam kerana Tuhan tidak dicintai dan tidak ditakuti.
Mengaku perjuangkan Islam.
Begitulah dahsyat sekali jika Tuhan tidak dicintai atau tidak ditakuti.
Para-para penentang Islam pun mengaku memperjuangkan Islam.
Sanggup berbohong terang-terangan.
Sifat malunya telah hilang kerana kecintaan dan ketakutan selain Tuhan. 


"Kitaran Kehidupan"



👉Waktu sedang "Berjaya" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

👉Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri mampu melakukan apa saja.

👉Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.

👉Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini siapa saja teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.

👉Waktu sedang "Sakit" kita baru sedar bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

👉Manakala bila "Miskin" kita baru sedar manusia harus banyak memberi/ menderma dan saling membantu.

👉Masuk "Usia Tua" kita baru sedar bahawa masih banyak yang belum dikerjakan.

👉Saat "di Ambang Ajal" kita baru sedar ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia begitu saja.

👉Hidup tidaklah lama. Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP INI LEBIH BERHARGA:

👉Saling menghargai,
Saling membantu, 
Saling memberi,
Saling mendukung.

👉Jadilah teman setia tanpa syarat ...Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

👉Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

👉Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

👉Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.

👉ALLAH SWT tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

👉Tapi ketahuilah bahwa ALLAH SWT selalu memberi Pelangi di setiap badai, Senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan Jawapan di setiap doa......Berdoa dan terus berdoa.

👉Jangan pernah menyerah. Terus berjuanglah. Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan.

👉Indahnya hidup ini bukan karena banyak orang mengenali kita, tapi berapa banyak orang yang bahagia mengenali kita.

MADAH baru 239



*M401* 
Zaman dahulu guru-guru boleh mengasuh, melarang, merotan di mana saja murid itu berada. Adakalanya berlaku di depan ibu dan bapanya, ibu ayahnya merasa bangga. Bahkan anggota masyarakat boleh melakukannya. Kerana itulah remaja di zaman itu terkawal akhlak mereka.


*M402*
Zaman dahulu lumrah berlaku di dalam pergaulan, orang-orang dewasa di waktu itu, kalau berbual sesama mereka, atau di dalam ceramah selalu saja menyebut ustaz saya kata, guru saya bercerita, cikgu saya berpesan, tuan guru saya beritahu, syeikh saya ajar, tapi di zaman moden ini jarang kita dengar, ketika manusia berbual-bual sesama sendiri merujuk kepada gurunya, entah kenapa.


*M403*
Untuk menumpaskan gejala sosial,
Pertama: Tumpaskan dulu pintu kejahatan hati.
Kedua: Laksanakan sadduzzarai', iaitu menutup  pintu-pintu kejahatan yang berlaku di dalam kehidupan.
Ketiga: Lahirkan sebanyak mungkin amal kebajikan.
Keempat: Memerlukan pemimpin dan pengikut, pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat orang yang bertaqwa.
Kelima: Dihukum orang yang jahat sebagai pengajaran.


*M404*
Untuk membangunkan kemajuan dan tamadun manusia boleh dengan akal iaitu dengan bermacam-macam teori dan idea-idea. Tapi dengan membangunkan akhlak manusia hendaklah dengan iman dan syariat. Oleh itu pembangun akhlak manusia hendaklah orang yang beriman, bersyariat, dan berakhlak, dengan kata-kata lain orang yang bertaqwa.


*M405*
Untuk membaiki manusia kalau tidak ditumpaskan lebih dahulu kejahatan yang sedia ada di hati manusia, bahkan disuburkan pula kejahatan hati itu, kalaupun tidak ada kejahatan di dalam kehidupan untuk ditiru, dia akan mencetuskan kejahatan untuk orang lain tiru.

Jiwa Manusia Mudah Tergugat



Jiwa manusia sentiasa tergugat.
Tergugat ertinya sentiasa tercabar dan tercalar.
Sedangkan hati sangat sensitif dan perasa.
Kalau tidak pandai menahan perasaannya, ia sentiasa terseksa dan derita.
Apabila jiwa tergugat, pangkat, harta, nama, glamor, tidak dapat mengubatinya.
Jiwa tergugat hilang ceria, hilang bahagia.
Memperjuangkan cita-cita tiba-tiba gagal, sedihnya jiwa, bercakap pun malas, menung sahaja.
Orang lain berjaya, aduh lagilah jiwa derita.
Makan pun hilang selera dibuatnya kerana mengenangkan nasibnya.
Itu baru satu perkara yang menggugat jiwa.
Kalau ia datang bertimpa-timpa di dalam satu masa, aduh, alangkah terseksanya.
Cita-cita gagal, isteri membuat kerenah pula, masa yang sama anak sakit pula, derita di atas derita.
Kalau masa yang sama terjadi jatuh miskin pula, aduh, parahnya jiwa.
Jika suasana yang mencabar jiwa ini berpanjangan pula, terus kecewa, sakit jiwa, ada sampai putus asa.
Di waktu itu mana orang yang jiwanya rapuh bunuh diri pula. Ini semuanya boleh berlaku bagi orang yang sudah kehilangan Tuhannya.
Masalah yang terjadi tidak ada tempat rujuknya.
Semuanya hendak diselesaikan dengan diri sendiri sahaja.
Manusia manalah ada kuasa.
Kalau tidak bunuh diri pun terseksa sepanjang masa.
Bagi orang yang ada Tuhan pula, jiwanya kebal, ujian hidup tidak mencemaskan jiwanya.
Dia rasa ujian penghapusan dosa-dosanya.
Kalaupun jiwa terasa juga sakitnya, setidak-tidaknya meringankan juga penderitaannya.
Kerana itulah orang yang rasa bertuhan dan faham kerja Tuhan tidak pernah sakit jiwa dan kecewa.
Tuhan itulah pengubat jiwanya.
Orang mukmin tenang hidupnya walaupun ujian timpa-menimpa.
Sungguh indah hidup bersama Tuhan, jiwa tidak pernah kecewa, apatah lagi putus asa. 

MADAH baru 238


*M396*
Kalau negara saja yang cantik, tapi akhlak pennghuninya tidak cantik, masyarakatnya pasti hidup di dalam ketakutan kerana digugat oleh gejala-gejala yang negatif di dalam kehidupan.


*M397*
Kalau inginkan anak-anak betul, ibu bapa kenalah betulkan diri lebih dahulu. Kalau inginkan murid-murid betul, kenalah guru-guru betulkan diri lebih dahulu. 
Kalau inginkan rakyat betul, kenalah pemerintah betulkan diri lebih dahulu.
Oleh itu, kalau semua golongan yang patut diikut tadi menjadi baik, akan baiklah semua peringkat rakyat. 

*M398*
Anak-anak yang kecil kita manjakan dia dengan tunjuk sikap yang dapat dilihat dengan  mata, kepada yang sudah besar cukup di dalam hati sahaja.
Yang dewasa diajak berbincang atau bermesra dengan mereka.


*M399*
Zaman dahulu setiap guru yang mengajar, apa pun mata pelajarannya, lebih-lebih lagi mata pelajaran Islam, dia tidak makan gaji atau tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada murid-muridnya. Inilah rahsia hubungan guru dengan murid sentiasa terjalin sampai mati. 


*M400*
Zaman dahulu ibu bapa bila mendengar guru merotan anaknya, di rumah anaknya dirotan lagi oleh ibu atau ayahnya tanda simpati dengan guru dan mengaku kesalahan anaknya kerana itulah murid tidak naik kepala, perhubungan ibu dan bapa dengan guru sentiasa erat. 

 

Jangan Sampai Kehilangan Tuhan


Kalau engkau kehilangan harta atau barang, mungkin engkau dapat pahala jika engkau sabar atau redha.
Atau boleh jadi darjat engkau hendak ditinggikan oleh Tuhan.
Jika engkau kehilangan anak yang disayangi, boleh jadi ia penebus dosa engkau di Akhirat.
Oleh itu janganlah susah hati kematiannya.
Jika engkau kehilangan kawan, tidak mesti engkau berdosa.
Bahkan boleh jadi engkau akan mendapat kawan lebih baik dari itu.
Tapi perlu engkau ingat, jangan sampai engkau kehilangan Tuhan atau iman.
Jangan engkau biarkan kehilangan Tuhan dan iman.
Kehilangan Tuhan dan iman bererti engkau kehilangan segala-galanya.
Tuhan dan iman sesuatu yang paling berharga.
Hilangnya Tuhan dan iman, pangkat dan harta kekayaan engkau tidak berguna apa-apa.
Engkau akan rugi di dunia dan Akhirat.
Kerana itulah engkau kenalah berjuang bersungguh-sungguh 
Jangan sampai engkau kehilangan Tuhan dan iman.
Kalau engkau boleh mendapatkan Tuhan dan iman dengan apa sahaja, berbuatlah!
Engkau korbanlah apa sahaja.
Gunakanlah masa, carilah peluang, gunakanlah seluruh fikiran dan tenaga, demi mencari Tuhan dan iman.
Kalau perlu nyawa engkau diminta untuk mendapat Tuhan dan iman, korbankanlah nyawamu.
Kerana Tuhan dan iman adalah aset dunia Akhirat.
Tidak ada yang lebih berharga dari iman dan Tuhan.
Kerana itulah di dalam mendapatkan Tuhan dan iman, jangan takut korbankan apa sahaja.
Tuhan dan iman adalah segala-galanya 


10 tanda keluarga kita makin tenang dan bahagia



1. Aktiviti rumah semakin dipenuhi dengan bacaan Al Quran dan ceramah agama

2. Solat jemaah bersama keluarga menjadi keutamaan walaupun kepenatan bekerja

3. Mood di awal pagi tetap terjaga walaupun pelbagai tekanan dan ujian melanda

4. Rumah dipenuhi kata-kata baik dan pujian sesama ahli keluarga

5. Nada percakapan yang dituturkan menenangkan hati ahli keluarga yang mendengarnya

6. Sebarang kritikan sesama ahli keluarga disampaikan dengan penuh hikmah dan pertimbangan jiwa

7. Tangisan dan jeritan anak anak disambut dengan kawalan emosi yang baik daripada mereka yang lebih tua

8. Setiap ahli keluarga sedaya upaya menunaikan tanggungjawab masing masing tanpa merendahkan orang di sekelilingnya

9. Terpancar raut wajah ketenangan dan kebahagiaan di wajah setiap ahli keluarga tanpa mengira usia

10. Sedekah dan membantu orang terdekat menjadi agenda utama dalam keluarga

" Ya Allah. Jadikanlah kami semua yang membaca nukilan ini menjadi keluarga yang tenang dan bahagia di dunia dan akhirat selama lamanya "

PENJUAL TAUHU



Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah SWT agar dagangannya habis dijual..

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan shj untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Allah SWT, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan kemek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya peternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penjual tauhu itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik itu..

PENGAJARAN...Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Allah SWT dengan sesuatu yg jauh lebih baik daripada yg diminta.

Allah Yang Maha Pemurah & Maha Mengetahui keperluan kita, dibandingkan diri kita sendiri.

Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali-kali mengeluh, apatah lagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah SWT Maha Mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika Allah SWT menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” —

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan & kasih sayang Allah SWT serta keberkatan & kerahmatan-Nya jua..

Aamiin ya Rabbal'alamiinn.. Wallahu'aklam..

MADAH baru 237


*M391*
Pemimpin yang baik itu keberadaannya satu kebahagiaan, ketiadaannya dirasakan satu kehilangan, kerana melihat mukanya rasa senang, ketiadaannya dirindui.


*M392*
Ada di antara orang soleh zaman dahulu, walaupun mereka bukan pemimpin yang rasmi kepada masyarakat tapi selalu berdoa, lebih kurang bunyinya begini,
"Wahai Tuhan, kalau ada orang yang lapar atau mati kelaparan atau kalau ada orang yang susah, janganlah saya dipersalahkan. Wahai Tuhan, janganlah Engkau bertindak ke atasku, disebabkan mereka-mereka yang telah melakukan kemungkaran itu." Begitulah sikap orang soleh, selalu takut dengan Tuhan. Patutnya para pemimpin yang rasmi di setiap zaman lebih patut berdoa begitu kerana mereka pemimpin yang rasmi. Sayugianya mereka lebih takut kerana setiap pemimpin akan ditanya tentang orang yang di bawah pimpinannya.


*M393*
Penyakit sosial tidak akan boleh dipulihkan kalau yang berusaha membaikinya menggunakan akal semata-mata, lebih-lebih lagi dengan kehendak nafsunya, kalau bukan dengan pimpinan Allah yang punya dunia dan akhirat. 


*M394*
Kalau berlaku gejala negatif di dalam masyarakat terutama di kalangan belia, jangan sekadar kita usahakan satu perkara lain untuk mereka melupakan perbuatan negatif itu, sedangkan benih negatif itu ada di dalam jiwa mereka. Yang penting, para pendidik pandai membuang benih negatif di dalam jiwa mereka, Di waktu itu perbuatan negatif di depan mereka pun mereka akan tolak bahkan akan membanterasnya.


*M395*
Apabila orang yang ingin membaiki gejala sosial sudah hilang wibawa, walaupun tinggi jawatan, ilmunya banyak, anggota masyarakat tidak akan hormat. Maka usaha-usaha mereka kurang ditaati, kerana itulah gejala sosial payah hendak ditumpas. 

 

Cinta Yang Berbagai Bentuk



Cinta seseorang pada seseorang berbagai bentuknya.
Atau seseorang jatuh hati pada seseorang berbagai-bagai sifatnya.
Adakalanya cinta pada seseorang, cinta bersifat nafsu.
Seperti cinta seorang laki-laki pada perempuan atau sebaliknya, kerana kecantikannya atau ketampanannya.
Ada cinta fitrah semula jadi, seperti cinta anak kepada ibu dan ayahnya.
Sekalipun ibu dan ayahnya cacat, buruk, bodoh dan sebagainya.
Ada cinta pada seseorang kerana akhlak mulianya, kasih sayang dan budi bahasanya.
Sekalipun orang itu tidak cantik, ia bersifat maknawi dan rohani.
Ini payah berlaku di zaman ini.
Mana ada orang yang berakhlak mulia, berkasih sayang dan baik budi bahasanya?
Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana pertolongannya.
Sekalipun orang itu rupanya buruk, mungkin di sudut-sudut lain banyak cacat celanya, namun di sudut pertolongannya yang sering berlaku, orang jatuh hati juga.
Ada orang jatuh cinta pada seseorang kerana dia seorang pejuang bangsa,
negara dan agama.
Sanggup berkorban dan terkorban.
Ramai orang jatuh hati kepadanya kerana jasanya.
Orang ramai merasakan dia adalah penyelamat dan pembela.
Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana susah dan penderitaannya.
Dia terbiar namun dia sabar dan tahan menderita.
Ramai orang yang simpati kepadanya.
Ada orang jatuh hati pada harta seseorang, bukan pada orangnya.
Daripada cinta yang berbagai-bagai bentuknya ini, yang selalu berlaku adalah cinta nafsu.
Kerana terpengaruh dengan kecantikan seseorang.
Terpengaruh dengan perkara-perkara luarannya.
Cinta macam ini jangka panjang amat bahayanya.
Cinta ini payah kekal.
Apabila kecantikannya hilang atau akhlaknya buruk sangat, maka hilanglah kasih kepadanya.
Cinta yang sejati lagi hakiki, cinta seseorang kepada seseorang kerana sama-sama cintakan Tuhan.
Cinta ini adalah ikhlas lagi murni.
Biasanya ia kekal sampai mati.
 

MADAH baru 236


*M386*
Apa yang berlaku di dalam sejarah, kalau seseorang pemimpin negara atau satu kumpulan itu baik, berlaku secara umum rakyat di dalam negara itu atau pengikut sebuah kumpulan itu menjadi baik. 
Di sinilah perlunya pemimpin yang baik, berkatnya merata kepada rakyatnya.


*M387*
Apabila sebuah negara itu para-para pemimpin tidak bertaqwa, kalaupun rakyatnya baik, tapi mereka tidak dapat disatukan dan tenaga mereka tidak dapat digemblengkan untuk kepentingan umum. 
Justeru pemimpin tidak dapat mengikat mereka, sepertilah batu bata yang berkualiti tapi tidak dapat dibangunkan kerana jurubinanya tidak mampu membinanya.


*M388*
Pemimpin yang baik, rakyat yang jahat akan jadi baik. Rakyat yang baik, pemimpin yang jahat, kebaikan rakyatnya boleh menurun menjadi lemah.
Pemimpin yang baik, rakyatnya yang sedia baik itu akan bertambah baik.
Kalau pemimpin yang jahat, memimpin rakyat yang memang sudah jahat, rakyatnya akan bertambah jahat.


*M389*
Di antara sikap pemimpin yang baik itu, dia tidak hanya mendengar dan bersandar dengan laporan daripada orang-orang bawahan sahaja tapi dia selalu mengadakan spot check, buat lawatan tidak rasmi, dengan tidak memberitahu, bergaul dengan masyarakat seperti pergi ke pasar, bersembahyang bersama-sama rakyat, pergi melihat para nelayan menangkap dan membawa ikan, nanti dia sendiri akan melihat kepincangan masyarakat yang perlu ditangani, yang lebih tepat daripada laporan orang bawahnya.


*M390*
Kebanyakan pemimpin hanya berjaya membangunkan material tapi gagal membangunkan insan. Justeru itulah hubungan pengikut dengan pemimpin, sekadar diikat oleh kepentingan kebendaan bukan diikat oleh hubungan hati yang beriman.
             

Dua Kategori Dosa



Dosa ada dua kategori, zahir dan batin.
Yang lahir nampak dan mudah disedarkan.
Dosa yang lahir sebenarnya adalah buah dosa yang batin.
Atau yang dalam yang tidak nampak oleh mata dan akal.
Dosa yang batin terlalu banyak, ramai orang tidak sedar dan payah disedarkan mereka.
Kalau dosa yang lahir nampaknya sedikit sahaja.
Yang dalam lebih banyak lagi.
Cuma peluang untuk bertindak belum ada. 
Dosa yang lahir yang sedikit itu kerana ada peluang membuatnya.
Yang banyak lagi yang di dalam itu belum keluar lagi kerana tidak ada peluang untuk bertindak.
Kalau yang di dalam itu ada peluang, masya-Allah,
yang lahir itu akan makin bercambah dan bercabang serta berkembang sangat banyaknya.
Oleh kerana dosa yang dalam banyak peluang untuk berbuat terhalang, ramai yang menyangka dia tidak ada dosa.
Kerana itulah ramai yang berkata “Saya tidak bersalah.”
“Saya tidak buat dosa.” 
Dosa sombong, dosa riyak, dosa megah, dosa ujub,
dosa dengki, dosa hendak glamor, hendak puji dan lain lagi, mana nampak.
Apabila lahir buahnya, baru nampak dosa yang terpendam dalam hatinya.
Buahnya akan nampak apabila tercabar.
Apabila dapat sesuatu, apabila dicaci, apabila dipuji, dinasihati dan lain-lain barulah nyata.
Di sinilah perlunya mursyid.
Kerana yang punya diri pun tidak begitu nampak dosa yang tersembunyi itu.
Mursyid sahaja yang dapat memberitahu dosa batin.
Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung.
Kerana itulah untuk menuju Allah Taala kenalah ada guru yang bertaqwa.
Guru yang bertaqwa sahaja yang boleh tahu perjalanan batin murid-muridnya.       


Points from Khutba in Arafat by Imam of Baitullah on this Hajj


*Long but each point is precious diamond.*

*Forward far and wide:*

*WHAT A WONDERFUL KHUTBA IN SAUDI ARABIA ON THE DAY OF ARAFAT.* 

☂Surround yourself with Muslims who practice the Deen. They are your only True Friends in this Life and in the Hereafter.

☂Not everybody is out there to judge you, there are some who want the best for you and want to help you get into Al-Jannah, value them.

☂Indeed, a friend who doesn't care about your Aakhirāh is not really your friend.

☂Sometimes the hardest person for you to correct is yourself. There is no shame in being wrong, the shame is in choosing to stay on the wrong path.

☂Whatever takes you NEAR to Allah, takes you AWAY from Hellfire. Whatever takes you AWAY from Allah, takes you CLOSER to Hellfire.

☂We all take tomorrow for granted because we believe tomorrow will always be there. Tomorrow may be there, but we may not!

☂Who said "TOMORROW" is guaranteed? Make the use of "TODAY" that you are blessed with!

☂Yesterday many thought that they would see today, and today many will think they will see tomorrow.

☂Death could be tonight, in the next hour, the next second, yet we live as if we still have so many years to live.

☂You may be rich, famous or have a high status in this dunyah, but to the Angel of Death, you're just another name on the list.

☂Our death and meeting with our Creator is approaching and yet our biggest worry is what are we going to wear tomorrow?  #‎in  competition

☂One day you'll just be a memory for people, and a lesson to others. Do everything you can to please Allah, be a positive lesson.

☂Just imagine how many people were here with us last year, but are no longer here again! Even our turn is soon approaching. May Allah forgive us an forgive them.

☂We walk with our heads high up in the sky, unaware that one day we'll be trapped 6' Feet under the ground. 

 #‎ *Reminder*

☂You look for the latest fashion and designer clothes, but don't forget O' Son of Adam! You will end up being wrapped up in just a white shroud.

☂Live to please the Creator, not the creation. If Allah is happy with us, what more can we ask for?

☂It's sad how we only begin to appreciate blessings, either materialistic things or good people; only after we lose them. When it's too late!? Do we really invest to be like them?

☂You wouldn't throw away a diamond to pick up a rock, so in the same way, don't throw away the Aakhirah (Paradise) by chasing the Dunya (worldly).

☂How do you expect to get Al-Jannah (paradise) when you haven't worked for it in Dunya? That's like expecting to pass an exam you never took a class for.

☂We live in a time where people leave out food in fear of becoming overweight, but cannot leave out sins in fear of Allah!

☂For a believer. — you may be penniless, homeless, unemployed, sick and feel like you have nothing. But you have the One thing that money can't buy: "Allah".

☂Allāh knows what you want, what you need, what you deserve, at what time & what place, trust Him & His decisions (is best for HIS creation), He knows while you don't.

☂If a kaafir celebrity mentioned your name to the world, how happy would you be? Mention Allah in a gathering, and He mentions you to the angels!

☂And, make the Qur'an your companion and a part of your life. Don't let urself become a stranger to it. The Qur'an is like a friend, the longer the friendship lasts the more you will know of its secrets.

☂Don't praise me because I'm on my Deen, but pray for me because I have faults which you have not seen.

*Repent*

ُ"Truly, Allah loves those who repent (the prodigal son), and He loves those who cleanse themselves." [Al-Quran 2:222].

*May Allah purify our hearts. And peace and blessings of Allah be upon our noble Messenger of Allah, Muhammad and his household.*

MADAH baru 235



*M381*
Seorang pemimpin atau ibu bapa yang luar biasa itu, orang yang bukan sekadar pandai memberi makan tapi pandai mendidik seseorang itu menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Kalau sekadar pandai memberi makan, binatang juga pandai memberi makan kepada anaknya.


*M382*
Gambarkanlah kalau orang yang berkuasa tiada taqwanya, tentu bertindak sesuka hati, yang bersenjata tentu menyalah guna, yang berilmu tentu menjadi kilangnya, yang mentadbir tentu salah tadbir, rakyat jelata tentu menderhaka, ulama memberi fatwa mengikut seleranya, apakah boleh lahir masyarakat yang harmoni?


*M383*
Di antara tabiat para ulama dan pemimpin di waktu orang sudah tidak lagi memberi ketaatan kepada mereka; cuma mereka ditakuti; mereka akan menuduhlah golongan yang masih taat dengan pemimpin juga fanatik kepada perjuangan, 'Islam melarang fanatik kepada pemimpin.'
Sebenarnya hati kecil masing-masing ingin dan senang jika ditaati. 
Padahal sekali sekala berlaku kepada pemimpin, kesalahan dan kesilapan seperti rasuah, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain, ada golongan yang masih mentaatinya elok pula tidak kedengaran mengatakan jangan fanatik, sudah nyata pemimpin bersalah masih hendak dipatuhi lagi.


*M384*
Kalaulah setiap mubaligh atau guru merasa apa yang hendak disampaikan kepada manusia itu di pihak Tuhan untuk Tuhan, sudah tentu dia rasa malu, takut, bimbang dalam menyampaikan, sudah tentu tidak ada kelakar dan gurauan menyampaikannya, lebih-lebih lagi hendak glamour dan bangga, sudah tentu jauh sekali.
Di waktu itu, pengajarannya akan jatuh ke hati manusia, bukan ke lidah manusia.


*M385*
Kebanyakan pemimpin di zaman ini bercakap emosional, kalau orang bercakap dia mendengar acuh tak acuh, menerima jauh sekali, suka mengkritik, tidak suka dikritik, kebenaran itu biarlah darinya bukan dari orang lain, jasanya minta dikenang, kalau tidak, akan diungkit-ungkit, tidak suka disaingi, suka menyebut-nyebut usaha dan kejayaan sendiri, justeru itulah mereka boleh membangun tapi gagal mendidik, mereka ditakuti bukan lagi dihormati, orang hormat dan taat hanya pura-pura bukan dari hati, bila jawatan sudah tiada, dia dilupakan atau tidak dipeduli.

Hidup Manusia Akan Ditanya



Tuhan wujudkan langit dan bumi.
Di bumi tempat tinggal manusia.
Diwujudkan sistem hidup sesuai untuk manusia.
Di bumi dicipta khazanah dan bahan-bahan mentah untuk keperluan manusia.
Hasil bumi untuk kehidupan manusia.
Hanya tinggal diusaha dan diproses sahaja.
Tuhan bagi ilmu kepada manusia untuk memprosesnya.
Hingga ia jadi harta manusia dan negara untuk keselesaan hidup mereka.
Begitulah Tuhan jadikan dunia tempat tinggal manusia sementara.
Selepas itu dimatikan, manusia menuju ke Akhirat pula.
Apakah hidup manusia di dunia boleh buat sesuka hati sahaja?
Apakah hidup manusia sia-sia?
Apakah Tuhan hidupkan manusia kemudian mati begitu aja?
Apakah Tuhan hidupkan manusia sesuka hati tanpa maksud apa-apa?
Maha Suci Tuhan membuat kerja yang sia-sia tanpa makna.
Hidup manusia di dunia ada kerja besar dan ada perkara besar.
Di Akhirat nanti Tuhan akan tanya di waktu hidup di dunia.
Manusia akan kena jawab seperti yang Tuhan mahu.
Tidak dapat menjawab seperti yang Tuhan mahu, nahaslah jawabnya.
Tidak dapat menjawab yang tepat, Nerakalah tempatnya.
Berhati-hatilah hidup di dunia, hidup manusia tidak sia-sia, ada maksud.
Kenalah faham Al Quran dan As Sunnah, akan ada jawapannya.
Awas! Kita manusia selepas mati akan ditanya.
Bolehkah kita menjawabnya? 

 

MADAH baru 234


*M376*
Pemimpin politik biasanya setelah tiada kuasa, dia akan keseorangan hinggalah sampai mati. Berlainan sekali dengan pemimpin kerohanian, dia sentiasa diterima hingga mati, musuh-musuhnya hanya berjaya memisahkan fizikalnya dengan pengikut-pengikutnya, namun tidak dapat memisahkan hubungan jiwa pengikutnya dengan pemimpin.


*M377*
Ada pemimpin menundukkan orang ramai dengan kuasa dan cemeti. Ada pemimpin pula menundukkan orang dengan lisan dan hati. Di antara dua golongan pemimpin itu, pemimpin yang boleh menundukkan orang dengan lisan dan hati adalah yang luar biasa.


*M378*
Di dalam muzium di dunia ini banyak barang yang disimpan di dalamnya ialah warisan dan peninggalan raja-raja, pembesar-pembesar, penakluk-penakluk dan empayar-empayar, sedikit sangat peninggalan daripada para rasul dan nabi.


*M379*
Warisan dan peninggalan raja-raja, kaisar, penakluk-penakluk dan empayar banyak bersifat fizikal tapi warisan dan peninggalan para rasul dan nabi-nabi banyak bersifat rohaniah dan maknawiyah, banyak tersimpan di dalam Al Quran dan kitab-kitab, bukan di muzium.


*M380*
Warisan peninggalan para raja-raja, kaisar, pembesar, mudah ditiru dan dicontohi, tapi warisan dari peninggalan para rasul dan nabi-nabi susah ditiru dan dicontohi.

Kehidupan Orang Tuhan



Orang-orang Tuhan biasanya hidup di dalam penderitaan dan sengsara.
Dizalim, dianiaya itu adalah perkara biasa.
Tersingkir, terbuang, dipenjara basahan hidup mereka.
Dikejar-kejar dan diburu hingga melarikan diri jadi budaya.
Miskin, papa, dihina, didusta menimpa mereka.
Lihat sahajalah para-para rasul dan para-para nabi.
Sahabat-Sahabat dan Tab'in dan para solehin.
Tapi tidak pernah menukar keyakinan.
Sikap mereka tidak pernah berubah.
Ibadah dan taqwanya kepada Allah Taala sentiasa bertambah.
Mereka itu adalah orang luar biasa.
Ujian dan keadaan tidak merubah keyakinan dan sikapnya.
Kalau mereka susah, sabarnya terserlah.
Jika mereka senang, syukurnya terserlah, ibadahnya bertambah.
Begitulah kehidupan orang-orang Tuhan sepanjang sejarah.
Sibuk dengan perjuangan dan khidmat kepada manusia.
Penuh di dalam penderitaan dan kesengsaraan.
Namun Tuhan tidak pernah ditinggalkan.
Bahkan Tuhan adalah kawan setianya. 


Doa Arafah

Assalamualaikum.... 
Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

32 Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA 🌍 DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI 

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲🤲🤲

MADAH baru 233


*M371*
Peminat, pengikut dan murid pada seseorang tokoh sama ada bertaraf  tempatan, nasional atau internasional tidak sama.
Peminat sekadar suka pada seseorang itu, tidak mesti mengikut tingkah laku tokoh itu.
Pengikut di samping suka, mereka mengikut tingkah laku.


*M372*
Peminat selalunya lebih ramai daripada pengikut, dan pengikut selalunya lebih ramai daripada murid, dan murid adalah intipati atau saringan daripada dua golongan tadi.


*M373*
Kalau seseorang tokoh itu banyak pengikut dan murid selalunya tidak disenangi oleh tokoh-tokoh yang lain, bahkan selalu mendapat cabaran dan tindakan daripada tokoh yang berkuasa di waktu itu.


*M374*
Selalunya ahli falsafah atau ahli fikir tidak memimpin dan melaksanakan, tapi pemimpin yang melaksanakan pendapat ahli falsafah.


*M375*
Pemimpin yang berwibawa itu dia ada mempunyai fikiran sendiri yang bernas dan kuat memegang prinsip serta dia berada di tengah-tengah pengikutnya.

Kerja Pejuang Islam


Berjuang ertinya mengajak orang mengenal Allah sebagai Tuhan.
Kemudian mengajak agar akui Allah adalah Tuhan yang wajib disembah.
Ertinya mengajak orang masuk Islam.
Yang sudah Islam, berjuang mengusahakan untuk menyuburkan dan meningkatkan Islamnya.
Inilah kerja yang sepatutnya dibuat oleh pejuang-pejuang Islam.
Usaha-usaha inilah yang memerlukan pengorbanan.
Korban harta, korban tenaga dan korban nyawa.
Berjuang bukan ajak orang masuk politik.
Tidak juga untuk menyokong kita menjadi pemimpin.
Datuk nenek kita dahulu masuk Islam bukan kerana masuk politik.
Bukan juga kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin.
Datuk nenek kita masuk Islam setelah dikenalkan Tuhan itu adalah Allah.
Tuhan itu wajib disembah, dicintai dan ditakuti.
Menjunjung suruhan dan larangan-Nya.
Menerima syariat-Nya sebagai panduan hidup.
Kerana itulah datuk nenek kita masuk Islam.
Kita hanya sambung sahaja, kemudian memperjuangkannya.
Bukan datuk nenek kita terima Islam kerana politik atau kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin.
Hari ini para pejuang Islam telah menyelewengkan matlamat perjuangannya.
Bukan ajak orang masuk Islam.
Tidak juga mengajak umat Islam meningkatkan Islamnya.
Tapi ajak orang masuk partinya.
Paling tidak mengajak orang ramai menyokong partinya.
Ini satu kesilapan yang paling besar di dalam perjuangan.
Satu penyelewengan telah berlaku di dalam perjuangan. 


DOA TANPA DIKETAHUI



Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.

Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.

Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.

Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan  pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.

Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.

Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan. 

Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia. 

Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."

Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi.

Allahu Akbar! 

Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain. 

Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus.

Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas.

Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.

Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.

Sahabat @ Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.

Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulamak di dunia ini.

Allahu Allah!

*Siapa lah kita untuk mendabik dada, berkata akulah segalanya*...

MADAH baru 232


*M366*
Pemimpin yang adil itu dia disayangi, dihormati dan ditaati, pemimpin-pemimpin yang zalim itu dia dibenci dan tidak ditaati, orang patuh kerana takut bukan kerana taat. 


*M367*
Zaman dahulu para ulama diziarahi orang ramai, bahkan pembesar-pembesar dan raja-raja pun menziarahi, tapi sekarang sudah terbalik, para ulama yang menziarahi pembesar-pembesar dan raja-raja, sedangkan sekarang orang-orang awam pun tidak menziarahi ulama dan ulama juga tidak menziarahi mereka. 


*M368*
Apabila para ulama sudah cinta dunia, orang ramai akan lari dari mereka dan para ulama akan digunakan oleh para penguasa atau yang memiliki dunia.


*M369*
Apabila para ulama sikapnya sudah seperti orang biasa, lebih-lebih lagi sudah bersikap pembesar-pembesar dunia, cakapnya mungkin boleh didengar tapi mereka tidak akan ditaati lagi. 


*M370*
Di zaman para-para pemimpin dan para pembesar, ulama sudah tidak dihormati lagi cuma mereka ditakuti. Kalau ada satu dua di kalangan mereka ditaati manusia, 
riuh rendahlah, mereka ini akan berkata-kata, 'jangan fanatik', sebenarnya perkataan ini keluar untuk melindungi kelemahan diri mereka sendiri, agar orang ramai tidak nampak yang mereka sudah tidak dihormati lagi hanya ditakuti. 

 

Tujuan Ibadah



Ibadah sebanyak mana pun, tidak ada nilai di sisi Allah Taala, kalau mazmumah masih bersarang di dalam hati.
Sedikit ibadah pun tidak mengapa, asalkan yang fadhu tidak ditinggalkan, tapi mazmumah dapat disembuhkan.
Mazmumah itulah yang memudharatkan diri dan orang kerana nafsu yang belum terdidik.
Nafsu yang belum terdidik, mazmumahlah yang menguasai diri seseorang.
Apalah erti ibadah kalau mazmumah masih bermaharajalela merosakkan orang.
Ibadah banyak, masih lagi pemarah, hasad, dendam, tamak, sombong, riyak, ujub, cinta dunia, ingin nama dan glamor.
Tujuan ibadah adalah untuk mengubat penyakit batin yang memusnah.
Ibadah yang dihayati boleh mendidik nafsu yang liar yang menjadi bala bencana kepada dunia.
Ibarat penyakit, makan berbagai-bagai jenis ubat tapi tidak menghilangkan penyakit.
Tujuan makan ubat untuk menghilangkan penyakit badan.
Begitulah ibadah yang berbagai-bagai jenis untuk mengubat mazmumah nafsu yang ganas.
Ibadah dibuat, nafsu masih berpenyakit, ibadah tidak ada nilai di sisi Allah.
Itulah lumrah berlaku di zaman ini.
Di dalam mengerjakan ibadah, mazmumah masih mengganas.
Kerana itulah kita tidak hairan, adakalanya di masjid itulah sumber kejahatan.
Kerana orang yang bersembahyang masih membawa penyakit batin yang memecahbelahkan perpaduan.
Orang yang bersembahyang merenggangkan persaudaraan.
Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati orang. 


Rahsia hidup tenang

Seorang Bijak Ditanya, “Kenapa Hidupmu Begitu Tenang?”

Dikisahkan seorang bijak yang hidupnya bahagia dan hatinya selalu tenang. Berbagai masalah tak membuatnya mengeluh dan bermacam musibah tak membuatnya bersedih.

Ia pernah ditanya, apa yang membuat hidupmu begitu tenang?

Dia pun menjawab,

"Renungkan empat ayat dari alquran ini, maka engkau akan memahami bahwa tidak ada tempat untuk mengeluh dan bersedih.”

Allah swt berfirman,

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا

"Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya.” (QS.Fathir:2)

وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ

"Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia.” (QS.al-An’am:17)

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا

"Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya Dijamin Allah rezekinya.” (QS.Huud:6)

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (QS.asy-Syarh:6)

Masih adakah tempat untuk gelisah dan bersedih setelah membaca keempat ayat ini??

Nasihat

Ada orang sedih..😪😪

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun.

Saya je kena ziarah mereka. 
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mai saya bagi tau. 

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat. 

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ jealous. 

So biarkan orang yang x mau menyambung silaturahim. 

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi. 

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturahim.  

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sirna nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

(Manfaatkanlah dibulan syawal yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

Muhasabah seorg insan dhaif 🎯

MADAH baru 231


*M361*
Tokoh-tokoh dunia walaupun di waktu hidupnya disanjung orang, tapi selepas matinya dilupakan orang, maqamnya jarang diziarahi.
Tokoh-tokoh Islam yang bertaqwa, walaupun di waktu hidupnya dimusuhi orang tapi selepas matinya tetap dikenang orang dengan cara maqamnya sentiasa diziarahi. 


*M362*
Lumrah berlaku walaupun tokoh-tokoh dunia mempunyai kuasa, kurang di hati orang tapi tokoh-tokoh agama yang bertaqwa walaupun tidak ada kuasa, selalunya di hati orang, kerana itulah mereka selalu dimusuhi oleh orang yang berkuasa. 


*M363*
Orang politik (berkuasa) selalunya susah hendak disatukan pandangan dengan golongan kerohanian, kerana itulah tentangan dan pertembungan selalu saja berlaku sepanjang masa.


*M364*
Untuk menjadi seorang pemimpin mungkin mudah tapi untuk menjadi pemimpin disayangi dan ditaati amat susah. Kebanyakan pemimpin yang ada, dia ditakuti, bukan dihormati dan ditaati.


*M365*
Untuk mengenal seseorang pemimpin itu zalim atau sebaliknya, bila dia ditakuti, itulah tandanya dia zalim.

Menahan Perasaan



Bukan senang hendak menahan perasaan jika dimalu orang, dendam pun datang.
Tidak mudah menahan kemarahan kalau dimarah atau dihina orang, sakit hati pun menyerang.
Tidak mudah menahan rasa rendah diri bila berhadapan dengan orang yang punyai kelebihan, risau pun menjelang.
Aduh, susah sekali menahan perasaan dengki jika ada saingan atau ada cabaran orang.
Payah sekali hendak rasa kesedihan orang kesedihan kita bersama, di dalam pengalaman.
Kesenangan orang rasa senang bersama.
Bukan senang hendak memaafkan musuh, lebih-lebih lagi hendak membuat baik kepadanya.
Susah sekali apabila mendapat nikmat, hati tidak berbunga.
Lebih-lebih lagi jika dipuji orang, hati berputik pula.
Bukan senang apabila mendapat kesenangan, nikmat, ilmu, kekayaan harta, kekuasaan, hati merasa malu dengan Tuhan.
Biasanya sombong pun datang, megah pun menerkam, hati pun senang, suka menzalim orang.
Apabila semua keistimewaan ada, lebih payah lagi menerima kebenaran.
Kalau dicabar memang pantang, sombong pun bertambah subur, bertambah jauh dengan Tuhannya.
Akhirnya kehilangan Tuhan, maka diri pun mengaku tuhan secara sikap, bukan cakap.
Di dalam keadaan lupakan Tuhan, maut pun datang, bertaubat tidak sempat.
Waktu nyawa tercabut,  barulah terkejut ada kehidupan yang kedua yang lebih dahsyat.
Penyesalan pun datang, tapi sudah terlambat, maka Nerakalah tempatnya.
Aduh, untung sedikit rugi sebukit, untung sekarung rugi segunung.
Untung sedikit tidak berkekalan, ruginya buat selama-lamanya. 

MADAH baru 230



*M356*
Perjuangan macam orang membuka ladang, bermula daripada meneroka hutan belantara, setengah orang itu setakat mampu berangan, hendak membuka hutan, tidak mampu mencuba.
Setengah orang setakat sanggup masuk ke hutan, bila melihat semak samun, kayu besar-besar pula, banyak perkara yang merbahaya, tidak sanggup menebang dan terus meninggalkan hutan.
Setengah orang sudah sampai peringkat menebang, tapi memerun pula dia tidak sanggup, keluar pula meninggalkan usaha-usaha. Setengah orang sudah sampai peringkat memerun tapi tidak mampu pula membajak, berhenti pula setakat itu. Setengah orang sudah siap membajak dan menggemburkan tanah, tidak sabar pula untuk menanam, mereka meninggalkan pula ladang. Setengah orang sanggup sampai menanam, hendak menjaga dan mengawal tanaman itu pula tidak sanggup, keluar pula meninggalkan ladang. Akhir sekali, tinggal golongan sedikit yang sanggup menjaga dan mengawal serta mengetam.


*M357*
Kalau ada umat Islam boleh berjuang hari ini; di zaman Barat menguasai politik, ekonomi, ilmu dan lain-lain; di samping membangun mereka berakhlak, 
di samping berkemajuan tidak ada diskriminasi, 
di samping kuat ekonomi, pemurah, berkorban, membantu dan menolong pula, 
di samping mempunyai ilmu, tawaduk, merendah diri, khusyuk, 
di samping ada kemudahan, hidup bermasyarakat dan tidak ada kasta-kasta,
kalau orang bukan Islam memenuhi disko, kelab-kelab malam, umat Islam memenuhi masjid-masjid atau surau-surau, 
di samping belajar, bekerja dengan cemerlang, tidak ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan, perempuannya bersopan dan pemalu, 
di samping memiliki alat-alat dan kemudahan-kemudahan hidup yang canggih, hidup di dalam perpaduan, sama ada di dalam keluarga, di dalam parti, di dalam masyarakat, di dalam negara, di dalam pejabat, 
di dalam membawa kemajuan, tidak ada rasuah, dadah, pendedahan aurat,
di dalam berjuang dan bernegara, pemimpin disayangi dan dihormati bukan ditakuti, rakyatnya dikasihani bukan ditakut-takutkan dan dikasari. 
Ciri-ciri ini kalau wujud di dalam masyarakat Islam masya Allah, umat Islam akan menguasai dunia dan Akhirat, umat Islam akan menjadi empayar dan kuasai dunia sekali lagi.


*M358*
Pemimpin di zaman ini lebih-lebih lagi pemimpin negara, orang bukan hormat kepadanya, tapi ditakuti, dia diikut kerana ada kepentingan diri padanya, bila jawatannya sudah tiada, orang habis lari, dia pun menghilangkan diri.


*M359*
Orang sekarang tidak malu mengaku ulama kerana itulah ada persatuan ulama. Zaman dahulu seorang itu telah diiktiraf oleh ramai sebagai ulama, itupun masih tidak suka mengaku dirinya ulama. 


*M360*
Bila seseorang itu mengaku atau merasa dirinya ulama, awaslah fitnah darinya, bila seseorang ulama itu tidak mengaku atau merasa dirinya ulama, ikutlah agamanya.

Mabuk Yang Tidak Bahaya



Di antara mabuk yang tidak bahaya adalah mabuk Tuhan.
Bahkan bahagia, tenang, senang, puas, lazat, indah.
Kalau boleh hingga gila Tuhan lagi baik, 
tidak mengapa, tidak ada salahnya.
Mabuk selain Tuhan bahaya.
Bahkan mudharat dan memudharatkan.
Mabuk arak mencelakakan, hina lagi terhina.
Mabuk harta tidak akan tenang, sekadar senang sahaja.
Mabuk betina kita akan dihambanya.
Kita akan diarah-arahnya, dikerahnya ke mana sahaja yang dia suka.
Kita akan ikut sahaja kerana hendak menjaga hatinya.
Kalau orang kata kita dayus, sudah tidak terasa apa-apa.
Orang yang risau melihat kita, kita biasa sahaja, hilang malu dibuatnya.
Mata hati kita sudah dibutanya, kerana cinta itu buta.
Gila melawa kerana hendakkan orang puji, hendak glamor dan nama.
Adakalanya orang tidak peduli pun pada kita.
Kita sahaja rasa orang peduli dan ambil perhatian tentang kita.
Manusia ramai, bukan kita seorang sahaja manusia, perhatian orang tidak semesti kepada kita sahaja.
Yang sebenarnya kita syok-syok sendiri sahaja, orang bukan peduli pun pada kita.
Adakalanya orang meluat dan benci kerana melawa berlebih-lebihan macam orang tidak siuman.
Rupanya kita hendak glamor itu sampai hajat juga, glamor cacian dan kejian orang, kita tidak sedar diri.
Lain kali ukurlah diri kalau hendak bercantik-cantik, biarlah berpadan, macam orang siuman.
Oleh itu kalau hendak mabuk atau gila juga, eloklah mabuk dan gilakan Tuhan.
 

MADAH baru 229


*M351

Kalau ada golongan yang melakukan kemungkaran, pandai menyembunyikan keburukannya, kemudian untuk mencari nama atau ada tujuan-tujuan tertentu, ikut serta membanteras gejala masyarakat, umum menganggap mereka bertanggungjawab atau wira masyarakat tapi Allah mengetahuinya. Usaha itu selalunya gagal, kerana ada tangan yang tidak ada berkat yang penuh dengan maksiat. Allah tidak membantunya, menjadikan orang-orang lain yang baik pun sama-sama terhijab pertolongan daripada Allah Al Mannan.


*M352*
Orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar, dia tidak kenal kecewa dalam perjuangannya, kalau perjuangannya itu ibarat sampan di laut. Waktu cuaca baik dan angin baik, lautan tenang, dia lajukan sampan.
Waktu sekali sekala berhadapan dengan ribut, pandai pula dia mengendalikannya dengan perlahan dan dengan penuh berhati-hati, bijak menongkah ombak dan pandai menggelecek angin.
Waktu kapalnya karam, sesetengah kawannya tenggelam, pandai pula dia berenang dan mampu ke darat.
Sampai ke darat dia rehat seketika, selepas itu dia membuat sampan dan mencari kawan-kawan kemudian berlayar semula, mungkin dengan satu taktik dan strategi yang baru pula, namun putus asa tidak ada dalam kamus hidupnya.


*M353*
Perjuangan itu macam perjuangan ke laut menangkap ikan, sentiasa menyabung nyawa, adakalanya dipukul ribut besar, di waktu sama ada berjaya menangkap ikan atau dia mati dimakan ikan.


*M354* 
Pejuang itu tetap dalam keadaan merbahaya, ibarat berlayar di lautan, di waktu angin tidak kencang, ombak pun tenang, namun demikian kita tidak boleh bersenang-senang dan relax sahaja, kerana di dalam lautan suasana merbahaya bila-bila boleh berlaku. Begitulah kita berjuang, kita hendaklah sentiasa siap siaga selalu walaupun di dalam suasana tidak ada cabaran.


*M355*
Perjuangan ibarat membawa kereta, jalan yang ditempuh suasananya tidak sama,
adakalanya mendaki, adakalanya menurun, waktu-waktu tertentu menempuh liku-liku, adakalanya berjalan di tepi gaung, adakalanya mengharung banjir, tidak mustahil pula sekali-sekala melalui batu-batu kerikil dan jalan lekuk-lekuk. Oleh itu; kereta yang dibawa kenalah sekali-sekala laju, adakalanya perlahan, tidak kurang pula ada waktunya berjalan sederhana. Boleh berhenti, bukan rehat tapi mencari muslihat.

Luruskan Hatiku



Luruskan hatiku Tuhan, agar perjalanan hidupku menjadi lurus.
Pimpinlah aku Tuhan agar aku tidak tersesat jalan.
Berilah aku hidayah dan taufik agar ilmu dan amalku sejalan.
Lahir dan batinku selari, tidak membohongi satu sama lain.
Tuhan, aku takut ilmu dan amalan tidak selari.
Seolah-olah aku menipu diriku sendiri.
Jadikanlah aku dapat amalkan ilmuku itu lahir dan batin.
Agar ilmuku tidak jadi bala kepadaku di Akhirat nanti.
Samakanlah lahir dan batinku Tuhan.
Baik di dalam, baik di lahir.
Agar baik itu berlaku luar dan dalam.
Agar aku terhindar daripada sifat munafik.
Jauhkan aku daripada sifat pura-pura.
Di hadapan orang buat-buat baik, di belakang orang bersifat munafik.
Padahal Engkau melihat di sebarang tempat, lahir dan batin.
Mengapa pula di belakang orang, seolah-olah Engkau tidak nampak?
Kerana itulah aku harap rasakan di dalam hatiku, Engkau mengawasi, melihat, mendengar, berkuasa dan mengetahui.
Agar aku sentiasa takut dengan Engkau di sebarang keadaan.
Itulah caranya aku membenteng diriku daripada cuai dan lalai. 

Sheikh dan Murid

Seorang Sheikh ada seorang murid yang lebih disayanginya daripada murid-murid yang lain. Dengan itu murid-murid yang lain itu pun berasa dengki kepada murid yang seorang itu. 

Suatu hati Sheikh itu memberi tiap-tiap seorang murid itu seekor ayam dan menyuruh mereka menyembelih ayam itu di tempat yang tidak ada seseorang pun melihat ia menyembelih itu. 

Maka pergilah mereka tiap-tiap seorang membawa seekor ayam ke tempat yang sunyi dan menyembelih ayam di situ. Kemudian membawanya kembali kepada Sheikh mereka. 

Semuanya membawa ayam yang telah disembelih kepada Sheikh mereka kecuali seorang iaitu murid yang lebih disayangi oleh Sheikh itu. Murid yang seorang ini tidak menyembelih ayam itu.

 Ia berkata; "Saya tidak menjumpai tempat yang dimaksudkan itu kerana Allah di mana-manapun Melihat". 

Sheikh itu pun berkata kepada murid-murid yang lain; "Sekarang sekelian telah lihat sendiri peringkat pemuda ini. Dia telah mencapai ke taraf ingat sentiasa kepada Allah".

MADAH baru 228


*M346*
Orang Islam yang berjuang apabila dia diuji oleh Allah melalui musuh-musuhnya seperti ditangkap, dipenjara, diseksa, biasanya berlakulah seperti berikut, sama ada: 
Imannya bertambah atau imannya tidak bertambah, tidak kurang imannya atau kurang, ada yang menjadi kafir, yang kurang iman atau kafir, sama ada menyesal atau kecewa atau putus asa atau terus menyebelahi musuhnya, menentang pula perjuangannya yang dahulu, akhirnya tersaringlah perjuangannya yang dahulu, tinggallah yang sedikit yang ikhlas, begitulah yang terjadi sepanjang zaman.


*M347*
Bila ada kuasa, tegas. Bila tiada kuasa, malas dan jemu, justeru berjuang ada kepentingan bukan atas dasar prinsip dan keyakinan. Inilah yang banyak berlaku di akhir zaman.


*M348*
Selalunya orang berjuang membawa kebatilan, dia menindas dan menzalim. Orang yang berjuang membawa kebenaran selalunya dizalimi dan  mempertahankan diri.


*M349*
Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan, begitulah strategi di dalam perjuangan.


*M350*
Kita perlu ingat, walaupun kita diberi kepandaian oleh Allah, kemudian kita berusaha, apakah kita boleh menentukan kejayaan kita? Sudah tentu tidak!
Segalanya ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah SWT, justeru itu kita hendaklah sentiasa  mengharapkan pertolongan-Nya dan keredhaan-Nya.
Allah berjanji, orang yang bertaqwa diberi pertolongan atas dasar rahmat-Nya dan keredhaan-Nya. Orang yang fasik dibantu juga, mungkin lebih, tapi mereka diberi bantuan atas dasar istidraj, diberi dengan cara marah dan penipuan dari-Nya.
Di sinilah rahsianya, mengapa gejala-gejala sosial walaupun sudah ditangani bersama, gejala-gejala yang ada tidak pulih, lahir pula gejala-gejala yang lain, kerana yang menangani itu juga mungkin membuat kesalahan bahkan ada kalanya lebih besar lagi tapi kesalahan itu tidak sama seperti yang dilakukan oleh pelajar, muda-mudi dan lain-lain yang bermasalah, sedangkan kedua-dua golongan ini Allah akan murka dan tidak redha, maka Allah tidak menolong orang yang dimurkai-Nya, itulah rahsia mengapa usaha kita selalu gagal.

Kebesaran Tuhan Pada Orang Tuhan



Allah Taala melihatkan kebesaran-Nya melalui orang-orang-Nya.
Yang paling ketara adalah para-para rasul dan perjuangan mereka.
Sekaligus memperlihatkan kebesaran rasul itu, orang Tuhan yang disayangi-Nya.
Perjuangan para rasul dan orang-orang Tuhan sungguh panjang dan menempuh kesusahan dan penderitaan amat dahsyatnya.
Pengikutnya sedikit, orangnya lemah-lemah, kelengkapan perjuangannya tidak banyak, bahkan menyedihkan.
Padahal musuh-musuhnya serba ramai, orangnya kuat-kuat, alat perjuangan mereka menggerunkan.
Dilihat secara lahirnya, kemenangan bagi pihak rasul, tidak ada harapan.
Kemenangan bagi pihak musuh-musuhnya sungguh besar dan menyenangkan, bahkan di dalam tangan.
Akhirnya sungguh mengejutkan.
Kemenangan yang tidak diduga oleh manusia, memihak kepada rasul  dan pengikut-pengikutnya.
Musuh-musuh Tuhan jatuh tersungkur, kejatuhannya penuh kehinaan.
Peristiwa ini ia berlaku sepanjang zaman.
Di dalam pertembungan di antara perjuangan kebenaran dan kebatilan.
Penutupnya kebenaran mendapat kemenangan.
Di akhir zaman peristiwa seperti yang diceritakan akan disimpan untuk kenangan.
Sejarah kemenangan bagi pihak kebenaran, akan berulang yang menggemparkan.
Marilah kita menempa sejarah gemilang itu.
Moga-moga ia berlaku di tangan kita, jika kita orang Tuhan.
Marilah kita menyiapkan diri, marilah kita siap siaga ke arah itu.
Agar kita melihat sekali lagi kebesaran Tuhan, melalui orang-orang-Nya.
Golongan yang tidak terfikir menang, mendapat kejayaan, dunia tercengang-cengang.
Maha Besar Engkau wahai Tuhan.
Maha Berkuasa Engkau.
Selalunya orang Engkau mendapat kemenangan di dalam kecemasan dan ketakutan.
Barulah dapat dilihat Maha Kuasa-Nya Engkau. 


Bumi Tuhan... Bersaksilah