Pada tahun ke 10 selepas KeNabian, Abu Talib
meninggal dunia. Rasulullah Saw sangat sedih dengan kematian Abu Talib ini,
bapa saudara yang mengganti ayahnya membesarkannya dan berdiri dibelakang
perjuangannya, membelanya dari kejahatan Kafir Quraisy. Ketika Abu Talib nazak,
Rasulullah Saw ada disisinya. Berita sampai pada Abu Jahal. Cepat-cepat Abu
Jahal datang. Abu Talib masih nazak, Rasulullah Saw dikepalanya sedang memujuk
Abu Talib. Wahai bapa saudaraku mengucaplah. Perkataan yang menyebabkan aku
boleh membela kamu di hari Akhirat nanti. Musuh Islam Abu Jahal terus
menghalang Abu Talib dari mengucap. Kata Abu Jahal, demi Allah wahai Abu Talib,
kalau kamu melafazkannya kami akan mengaibkan kamu selama-lamanya.
Ketika
Abu Talib sedang nazak itupun, Abu Jahal sempat lagi menghalangnya dari Islam.
Dia datang hanya semata-mata nak pastikan hal ini. Rasulullah Saw memujuk, Abu
Jahal menghalang. Abu Talib jadi serba salah, nak mengucap atau tidak. Akhirnya
kata Abu Talib :
Aku
takut nanti bangsa Arab akan mengaibkan aku dengan hal ini.
Mati
Abu Talib dalam keadaan tak sempat dia mengucap. Sebab itulah Rasulullah Saw
terlalu sedih diatas kematian Abu Talib ini. Tak sempat baginda membawa bapa
saudaranya yang dikasihi masuk Islam. Selepas sebulan kematian Abu Talib, Siti
Khadijah pula meninggal. Orang yang paling dekat dengan Rasulullah Saw, satu
satunya isteri Rasulullah Saw, ibu kepada anak anak Rasulullah Saw, orang yang
pertama Islam dan orang yang paling banyak membantu perjuangan Rasulullah Saw
dari detik detik awal perjuangan baginda lagi.
Rasulullah
Saw selepas wahyu, full time dengan perjuangan, fulltime dengan dakwah membawa
manusia kepada Allah, memperkenalkan Tuhan kepada manusia, menyelamatkan
manusia. Siti Kahdijah sendiri yang minta Rasulullah Saw fulltime dengan dakwah
bahkan segala hartanya diserahkan kepada Rasululah untuk perjuangan jihad
fisabilillah. Begitulah isteri solehah yang mengukuhkan lagi perjuangan
suaminya bukan seperti isteri-isteri kita yang terasa hati dan merajuk bila
suami sibuk sikit dengan perjuangan. Ketika Siti Khadijah masih hidup lagi
pernah Saidina Jibril datang kepada Rasulullah Saw. Kata Saidina Jibril:
Wahai
Muhammad, Allah Taala mengirim salam kepada kamu dan memerintahkan kamu memberi
berita gembira kepada Khadijah bahawa Allah sediakan rumah dari permata
untuknya di syurga. Tidak ada gangguan dan keletihan di dalamnya
Dengan
ini Siti Khadijah ini adalah salah seorang yang dijanjikan dengan syurga semasa
hidupnya lagi. Imam Bukhari dan Imam Muslim ada meriwayatkan sebuah hadis dari
Saidina Ali bahwa Saidina Ali pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda:
Sebaik
baik perempuan dizamannya Siti Maryam binti Imran dan sebaik baik perempuan
dizamannya Siti Khadijah binti Khuwailid
Selepas kematian Abu Talib, kematian Siti
Khadijah pula hingga tahun itu dinamakan Tahun Kesedihan. Dengan kesedihan ini
ditambah lagi bila Rasulullah Saw teringat dalam tempoh sepuluh tahun
perjuangan Rasulullah Saw mengajak Kafir Quraisy kepada Islam hanya ada 70 orang
lelaki bersamanya di Mekah, tak termasuk yang di Habsyah, tapi jumlahnya tetap
masih sedikit dibandingkan dengan tempoh sepuluh tahun berdakwah.
Maka
dengan itu Rasulullah Saw mula berfikir untuk menyampaikan dakwah kepada
kabilah-kabilah yang dari luar Mekah pula. Apa lagi di Mekah, penentangan Kafir
Quraisy semakin hebat selepas kematian Abu Talib dan Khadijah. Kata Rasulullah
Saw :
Penentangan
yang dahsyat dari Quraisy ini terhadap peribadiku tidak berlaku sebelum Abu
Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia
Kalau
sebelum ini hanya pembesar Kafir Quraisy saja yang berani mengganggu Rasulullah
Saw tapi sekarang budak-budak dijalanan pun berani. Bila Rasulullah Saw
berjalan mereka menabur pasir ke kepala Rasulullah Saw. Dimana saja Rasulullah
Saw pergi semua orang mencaci dan mengejek baginda.
No comments:
Post a Comment