Salam wrt. Setelah strategi membunuh Rasulullah Saw ini gagal. Kata
mereka, kita tak ada jalan lain. Kita dah sekat orang dari luar Mekah mendengar
dari Rasulullah Saw, sekarang kita kena sekat orang Mekah pula. Jangan benarkan
sesiapapun mendengar dakwah Rasulullah Saw. Yang dah masuk Islam kita paksa
mereka keluar dari Islam. Yang degil kita siksa. Yang hamba abdi, akan disiksa
oleh tuan masing-masing. Yang merdeka, akan disiksa oleh kaumnya. Maka
bermulalah era para Sahabat Rasulullah Saw diazab satu persatu. Antara yang
masyhur kisahnya, Saidina Bilal bin Rabah. Tuannya sendiri Umayah bin Khalaf
yang mengazab Bilal. Umayyah membawa
Bilal ke padang pasir diwaktu matahari tengah hari sedang membakar. Apalagi
Mekah dengan cuacanya yang sangat panas bahkan anginnya pun panas bahkan
pasirnya pun panas. Lalu Saidina Bilal dibaringkan tanpa berbaju bahkan
diletakkan diatas dadanya batu besar yang juga panas. Bayangkanlah bagaimana
para Sahabat membeli Iman. Mereka bayar harga Iman dengan harga yang mahal,
dengan segala yang ada pada mereka bahkan dengan mempergadaikan nyawa mereka. Saidina Bilal disebat dan
disuruh keluar dari agama Islam. Bahkan disuruh mencaci Rasulullah Saw. Namun
Saidina Bilal hanya menyebut Ahad, Ahad, Yang Maha Esa Yang Maha Esa. Saidina
Bilal walaupun dia hamba dan tak belajar tinggi. Tentunya tak ada sijil. Namun
keyakinannya kepada Allah dan kecintaannya kepada Rasululah sangat luar biasa.
Walaupun diperlakukan sebegitu namun dia tetap redha dengan Tuhan. Bagaimana
dengan kita? Kadang-kadang baru diuji sikit dah tak istiqamah dengan Tuhan
bahkan kehilangan Tuhan.
Antara yang diazab lagi ialah
Saidina Yasir, isterinya Saidatina Sumayah dan anak mereka Saidina Ammar bin
Yasir. Akhirnya Saidina Yasir dan isterinya syahid mempertahankan aqidah.
Setelah puas mereka suami isteri disiksa lalu dibunuh di depan mata anak mereka
Saidina Amar. Namun hal itu tidak mengubah Iman Ammar. Orang yang mengambil
tanggung jawab mengazab keluarga ini tak lain tak bukan ialah Abu Jahal. Setiap
kali Rasulullah Saw lalu ditempat mereka Baginda terus mendoakan mereka.
Bersabarlah wahai keluarga Yasir,
sesungguhnya syurga adalah janji untuk kamu.
Beruntung keluarga ini, di dunia
lagi dijanjikan syurga oleh Rasulullah Saw yang benar lagi dibenarkan itu.
Selepas kedua ibu dan ayahnya dibunuh di depan matanya. Abu Jahal menambah lagi
penyiksaan kepada Saidina Ammar. Kata Abu Jahal, demi Allah wahai Ammar, aku
tak akan lepaskan engkau sehingga engkau hina Muhammad. Satu ketika lalu
kumbang ditepi mereka. Abu Jahal paksa Saidina Ammar mengaku bahawa kumbang itu
Tuhannya. Oleh kerana terlalu berat penyeksaan yang dibuat oleh Abu Jahal ini
kepada Saidina Ammar sehinga akhirnya terkeluar dari mulut Saidina Ammar
perkataan menghina Rasulullah Saw dan mengaku bahawa kumbang itu Tuhannya.
Walaupun mulutnya terpaksa berkata namun hatinya tak sedikit pun berubah dari
keyakinannya dan kecintaanya kepada Allah juga kepada Rasulullah Saw. Bahkan
selepas itu hatinya makin sedih dan makin pilu malu dengan Allah dan malu
dengan Rasulullah Saw. Kenapakah sampai dia tak sabar. Memang azab yang
ditimpakan kepadanya terlalu berat kerana Abu Jahal melepaskan segala dendam
kesumat, benci dan geramnya kepada Islam dan kepada Rasulullah Saw dan kejayaan
Baginda terhadap keluarga Saidina Ammar bin Yasir ini.
Selepas itu Saidina Ammar datang
kepada Rasulullah dengan hati yang pedih, luka dan malu diatas apa yang berlaku
pada dirinya. Dia mengaku kepada Rasulullah Saw apa yang berlaku pada dirinya.
Rasulullah Saw dengan mukjizatnya dapat membaca apa yang ada dalam hati Saidina
Ammar. Kata Rasulullah Saw, kalau mereka azab lagi kamu, kamu sebut lagi
begitu. Benar hati Saidina Ammar tidak berubah sehingga Allah turunkan ayat
tentang hati Saidina Ammar ini.
Kecuali orang orang yang dipaksa
sedangkan hati mereka tetap dengan Iman.
Tetapi barangsiapa yang hatinya
merasa senang dengan kekufuran, ke atas mereka kemurkaan Allah dan bagi mereka
azab yang pedih.
Di antara yang diazab lagi, Zinnirah
seorang wanita mukminah. Dia diazab sampai buta matanya. Kata Kafir Quraisy
kepadanya, Latta dan Uzza telah mebutakan mata kamu kerana kamu kufur dengan
Latta dan Uzza. Maha Besar tuhan. Selepas itu Allah kembalikan penglihatan
kepada Zinnirah untuk menghina orang-orang kafir dan musuh-musuh Allah ini.
Bahkan ramai lagi yang diazab dan disiksa. Akhirnya datang Saidina Abu Bakar
membela mereka. Saidina Abu Bakar datang menebus mereka dari tuan-tuan mereka
dan membebaskan mereka. Untuk menebus Saidina Bilal, Saidina Abu Bakar telah
menggantikan kepada Umayyah dengan hambanya yang lain bahkan Saidina Abu Bakar
membayar wang kepada Umayyah.
Saidina Khabbab bin Arat juga
mengalami penyiksaan yang dahsyat. Pernah satu ketika dizaman pemerintahan
Saidina Umar Al Khattab. Dalam satu majlis, Khalifah Saidina Umar bertanya
kepada Saidina Khabab. Apakah azab yang paling dahsyat kamu lalui? Kata Saidina
Khabab, wahai Amirul Mukminin, tidak pernah aku alami azab yang seteruk ini
sambil dia membuka belakangnya. Rupanya dibelakang Khabab dari atas sampai
kebawah ada lubang-lubang hitam kesan terbakar. Terkejut Khalifah melihat,
bagaimana Kafir Quraisy sampai begitu telah memperlakukan Khabab.
Saidina Khabab meneruskan ceritanya,
wahai Amirul Mukminin, ketika itu Kafir Quraisy mengumpulkan batu-batu lalu
dibakar batu-batu itu sampai merah menyala. Ketika itu mereka menaggalkan
pakaian aku dan mereka menyeret aku diatas batu-batu yang menyala ini bahkan
mereka seret dari kaki aku. Selepas disiksa begitu, Saidina Khabbab datang
mengadu kepada Rasulullah Saw sambil menangis menahan azab diseret dari kaki
tampa baju diatas batu-batu yang menyala. Bayangkan kalau kita ditempat Saidina
Khabab, apakah kita boleh pertahankan Iman kita. Para Sahabat Rasulullah Saw
yag mulia, dengan pengorbanan mereka kita dapat nikmat Iman dan Islam. Dua
nikmat yang paling besar dunia ini yang tak dapat dibayar dengan wang ringgit
dan mata benda dunia.
Saidina Khabab datang kepada
Rasulullah Saw yang sedang duduk disisi
Ka'bah. Kata Saidina Kahbab, wahai Rasulullah Saw, Quraisy telah telah mengazab
kami, sambil ditunjukkan kepada Rasulullah Saw apa yang telah perlakukan oleh
orang Kafir kepadanya. Alangkah besar penderitaan yang ditanggungnya. Wahai
Rasulullah Saw berdoalah untuk kami, mohonlah bantuan dan kemenangan untuk
kita? Saidina Khabab minta Rasulullah Saw berdoa agar segera Allah menangkan
Islam. Apakah jawapan Rasulullah Saw kepada Khabab?! Wahai Khabab, pejuang
sebelum kita, para Nabi, ada yang ditanam di dalam lubang dan digergaji dari
atas kepalanya hingga terbelah dua badannya. Ada yang disikat dagingnya dengan
penyikat besi. Namun semua itu tidak menyebabkan dia berganjak sedikitpun dari
agamanya dan dari keyakinannya. Wahai Khabab, demi Allah, Allah akan menangkan
agama ini. Hingga nanti seseorang boleh
menunggang kenderaan seorang diri dalam perjalanan dari Sanna' sampai
Hadramaut. Tidak ada yang dia takut melainkan Allah, aman perjalanannya tapi
kamu semua mahukan kemenangan yang segera.
Kemenangan pasti
datang, kemenangan itu janji Allah, Allah tidak mungkir janji tapi mesti ada
ujian yang merupakan penapisan sehingga yang tinggal untuk mendapat kemenangan
hanya yang sangat ikhlas, sehingga Allah pisahkan antara yang beriman dan yang
munafik. Begitulah Saidina Khabab sabar dan yakin, tidak berubah Imannya dengan
Rasulullah. Bagaimana kalau kita.? Cuba bayangkan, mungkin kita dah murtad dan
menghina Rasulullah Saw dan sangka buruk pada Rasulullah Saw tapi Saidina Khabab
tidak pun sedikit ragu dengan berita dari Rasulullah Saw itu. Hatinya tak
berubah dengan Rasulullah Saw. Maha Besar Tuhan, Allah telah memanjangkan umur
Khabbab sehingga dia menyaksikan dengan mata kepalanya janji Rasulullah itu
berlaku. Bukankah pada zaman Saidina umar Rom dan Parsi telah tunduk kepada
Islam. Dunia dipenuhi dengan keamanan dan keadilan dibawah pemerintahan
Khalifah Rasulullah Saidina Umar yang terkenal sangat bertakwa dan adil itu.
No comments:
Post a Comment