Dalam tangis ada bahagia
Dalam tawa ada derita
Dalam dingin air mata
Ada rahmat dari yang Esa
Dalam samar di malam hari
Dalam syahdu dikala sunyi
Rinduku tak tertahan lagi
Air mata tertumpah jua
Ku genggam tangan di dalam hati
Penuh pasrah pada Ilahi
Oh Tuhan
Sambutlah tanganku ini
Tiada lagi yang ku pinta
Selain rahmat dalam redhaMu
Agar nanti air mata jadi permata
3 comments:
Kita merasakan untuk berhenti dalam satu perjalanan yg jauh. Tetapi sebenarnya kita mencipta permulaan kepada perjalanan yang baru. Namun keratan perjalanan yg lalu itu adalah guru yg paling jujur dan rakan yg setia.Ana seolah2 melupai anta ya akhi!!!!...tetapi dalam blog ini mengumpulkan kenangan peribadi ana dalam rumah kehidupan anta...MasyaAllah kehidupan masa remaja ana seolah baru berlalu semalam. Lagu Air Mata Permata ana buat 25 tahun yg lalu, berdasarkan hadis "Orang yg banyak ketawa di dunia akan menangis diakhirat dan orang banyak menangis di dunia akan tersenyum diakhirat. Setitis air mata ditumpahan dimalam hari kerana takutkan Allah akan menjadi sebuah mahligai diakhirat nanti"...Ana petik dari Ihya' Ulimudin.
terima kasih baba atas sentuhan kerohanian di zaman belajar dahulu. moga Allah merahmatimu..aamiiiin
Tahniah Cikgu Zul atas ilham lagu dan lirik yang halus. Ana masih ingat lagu ini terilham di bilik di bawah tangga di rumah no 31 jalan 1/3 bandar baru bangi
Post a Comment