Salam wrt. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Perancangan Tuhan memang cantik. Hari ini hari bersejarah buat Along. Walimatul urus. Dipermudahkan. Malah cuaca baik, redup dari pagi tadi sehingga saat ini.(Cuma sekarang dah bunyi guruh. Tanda nak hujan. Cuaca pun makin gelap).. aku hari ini ditugaskan sebagai pengapit. Ni first time punye experient:).. kekok jugak. Tu pasal pakai spek hitam.hehe..
Hmm, urusan di masjid pagi tadi sangat mudah. Lancar sahaja. Sampai lah ke majlis walimah tadi. Bila dah sampai jodohnya, Allah mudahkan sahaja. Tidak cepat sesaat, mahupun lewat sesaat. Jika Allah dah takdirkan jadi, maka jadilah. Tiada satu makhluk Allah mampu mempercepat atau melambatkannya. Itulah Allah, rabb kita. Hebatkan!
Semoga Allah sentiasa memelihara keluarga yang along bina. Moga sentiasa dalam rahmat Allah. Moga ia dibina atas dasar iman. Ameen.
Saatnya akan tiba jua buatku nanti. Ya Allah, pimpinlah aku menuju redhaMu, menuju cintaMu. Hanya dengan mencintaiMu, segala2nya jadi mudah. Dalam nikmat terasa indah, bahkan dalam ujian juga terasa indah. Engkau Tuhan yang Maha baik. Kurniakanlah aku seorang teman hidup yang cerdik dan solehah, yang turut sama menagih cintaMu yang suci itu. Kurniakanlah rasa cintaMu itu kepada aku dan dia. Agar kami rasa indah hidup bersamaMu. Agar kami bijak menggunakan nikmatMu. Agar kami tidak tergelincir di dalam jalan menujuMu.
Syukur, sabar, tawakal, taubat, redha, zuhud, qanaah, ikhlas, istiqamah.... kurniakanlah sifat-sifat ini dalam jiwa kami. Tolonglah Ya Allah dengan berkat NUR MUHAMMAD. Ameen...
Aman, apit dan adik terus balik. Itulah adat merantau. Balik sekejap, merantaunya yang lama. Semoga Allah redhai perjalanan mereka.
Tengok status kawan-kawan, ramai yang pergi buat umrah. Rasa nak jer pergi juga... sangat tenang bila duduk kat Raudhah. Sangat indah bila berdiri depan makam Nabi, abu bakar dan umar. Indah dapat sama2 membantu menanam jenazah di perkuburan baqi'. Umpama dibelai-belai hati ini bila beribadah di belakang maqam Ibrahim, dalam hijir ismail dan berdoa di multazam. Indahnya mengucup hajarul aswad dan rukun yamani. YA ALLAH, sampaikanlah salam rinduku ini... Wahai Nabiyallah.. hadirlah dalam hatiku, temanlah hatiku yang sepi... oh Madinah yang bercahaya, oh Mekah bumi suci yang penuh karomah. Panggillah aku lagi ke sana....sepi....
No comments:
Post a Comment