Selain itu ada beberapa peristiwa yang
mengambarkan bagaimana Kafir Quraisy menghadapi Rasulullah Saw. Antaranya
pernah Uqbah bin Abi Mua’yyith, salah
seorang dari pemuka Kafir Quraisy. Dia telah menjemput Rasulullah Saw makan di rumahnya.
Bila Rasulullah Saw sudah berada di depan hidangan. Rasulullah Saw tidak mahu
makan. Puas Uqbah menjemput Rasulullah Saw supaya Rasulullah Saw makan namun
Rasulullah Saw belum mahu makan. Kata Rasulullah Saw, aku tak akan makan
kecuali setelah engkau mengucap dua kalimah Syahadah. Uqbah cuba
mengelak-ngelak. Rasulullah Saw berharap Uqbah akan mengucap sepertimana
Saidina Hamzah mengucap. Walaupun pada mulanya kerana semangat nak membela anak
saudaranya, akhirnya Allah campakkan Iman kedalam hatinya. Begitulah yang
berlaku kepada Uqbah, akhirnya Uqbah tak boleh mengelak lagi. Baginya sebagai
salah seorang bangsawan Quraisy, tetamu ini satu yang besar. Tidak menunaikan
hajat tetamu adalah satu sikap yang sangat mengaibkan pelakunya. Akhirnya dia
mengucap dua kalimah syahadah supaya Rasulullah Saw mahu makan hidangannya.
Dengan itu tersebarlah cerita Uqbah telah mengucap dua kalimah syahadah.
Kafir
Quraisy makin sakit hati, yang paling marah ialah Ubayy bin Khalaf kerana Uqbah adalah Sahabat baiknya. Dia segera
datang berjumpa Uqbah, katanya, wahai Uqbah jangan engkau pandang muka aku lagi
selepas ini, engkau bukan kawan aku lagi sehingga engkau meludah muka Muhammad.
Macam mana engkau boleh mengucap di depannya, macam tu jugalah engkau pergi
ludah muka Muhammad. Uqbah tertekan, antara dua pilihan samada nak pilih
Rasulullah Saw iaitu memilih kebenaran atau nak pilih pembesar-pembesar Quraisy
yang merupakan kawan-kawannya. Malang bagi Uqbah, akhirnya memilih kawan-kawannya.
Kerana kawan dia tolak kebenaran. Bahkan dia telah menunaikan permintaan
kawan-kawannya dengan meludah muka Rasulullah Saw. Namun Rasulullah Saw tetap
sabar. Begitulah inginnya dan sabarnya Rasulullah untuk menyelamatkan umatnya.
Uqbah
hampir-hampir Islam bahkan sudah pun mengucap shahadah tapi datang Sahabatnya
Ubay bin Khalaf merosakkannya. Di Akhirat nanti dia akan menyesal sedangkan
sesalan pada waktu itu tidak memberi arti apa-apa lagi kerana menolak Islam
yang sudah ada dalam tangannya.
Manakala
Ubayy bin Khalaf juga diantara orang yang sangat memusuhi Islam. Pernah satu
hari dia datang kepada Rasulullah Saw. Dia membawa tulang-tulang yang sudah reput
lalu dipecah-pecahkan tulang itu dan dihancurkannya hingga menjadi serbuk. Lalu
dia simbahkan serbuk ini ke muka Rasulullah Saw sambil berkata, engkau Muhammad
yang mengatakan Allah akan menghidupkan kami dari serbuk tulang ini?! Siapa
yang boleh hidupkan kita dari serbuk tulang ini?! Maka turun ayat Quran
menjawab kepada Ubayy ini.
Yang
menghidupkan tulang ini kali pertama, dialah yang akan menghidupkan semula.
Inilah jawapan Allah kepada Ubayy yang mencabar Rasulullah Saw. Bukankah
jawapan ini juga untuk kita kalau kita masih ragu-ragu lagi dengan kekuasaan
Allah.
No comments:
Post a Comment