Pernah satu hari Rasulullah Saw sedang
sembahyang di Ka'bah. Pembesar-pembesar Kafir Quraisy memerhati sambil mengejek
Rasulullah Saw. Tiba-tiba ada orang datang sembelih unta di Ka'bah. Maka
pembesar-pembesar Kafir Quraisy ini cabar-mencabar antara mereka. Siapa yang
berani mengambil tali perut unta yang berdarah-darah dan bernajis itu dan
meletakkannya diatas kepala Rasulullah Saw yang sedang sujud di Ka'bah. Maka
bangunlah Uqbah bin Mua'yyeth, jiran Rasulullah Saw. Katanya, aku yang akan
buat. Dia mahu membuktikan lagi di depan kawan-kawannya bahawa dia memang
memusuhi Islam seperti mereka juga. Lalu dia
mengangkat tali-tali perut itu dan diletakkannya diatas kepala
Rasulullah Saw yang sedang sujud itu. Melihat pemandangan itu, Uqbah dan
pembesar-pembesar Kafir Quraisy yang lain ketawa terbahak-bahak sampai
bergoyang-goyang badan mereka. Namun Rasulullah Saw terus sujud tak
bergerak-gerak. Begitulah Rasulullah Saw yang sedang tenggelam dengan Tuhannya.
Perut-perut unta itu terus berada diatas kepala Rasulullah Saw yang sedang
sujud itu sampailah Saidatina Fatimah puteri kesayangan Rasulullah Saw lalu
disitu. Dialah yang membuang kotoran-kotoran itu sambil menangis melihat
penghinaan dan ujian yang ditanggung oleh Rasulullah Saw, ayahandanya.
Begitulah Kafir Quraisy menghina Rasulullah Saw. Bagaimana rasa hati kita
membaca sejarah pengorbanan Rasulullah Saw ini? Apakah belum datang dalam hati
kita rasa terhutang budi yang amat sangat dan rasa terima kasih kepada
Rasulullah Saw. Diatas penderitaan dan kesabaran Rasulullah Saw ini kita dapat
kebenaran, kita dapat kenal Tuhan. moga dengan itu makin banyak kita berselawat
kepada Rasulullah Saw dan makin sungguh-sungguh kita mengamalkan sunah
Rasulullah Saw dan menterjemahkan akhlak Rasulullah Saw dalam kehidupan kita.
Bila
Rasulullah Saw bangun dari sujudnya, sambil memerhati mereka semua, Rasulullah
Saw berdoa dan menyebut sorang-sorang nama mereka yang ada pada waktu itu.
Mengikut cerita perawi Hadis ini, aku lihat setiap orang yang Rasulullah Saw
sebut itu semuanya mati terbunuh di Perang Badar. Mari kita lihat bagaimana
Allah kabulkan doa Rasululah ini. Berapa lama selepas itu baru Allah kabulkan.
Sebab itu dalam kita berdoa jangan kita gopoh dengan Allah. Sebab itu
Rasulullah Saw sebut dalam Hadis :
Bahawa
akan dikabulkan doa seseorang dari kamu selagi mana dia tidak gopoh dengan
Tuhan. Bagaiman gopoh itu wahai Rasulullah Saw. Kata Rasululah, iaitu orang yang
berkata, aku dah berdoa dan berdoa tapi tidak dimakbulkan lagi oleh Allah.
Allah
makbulkan doa mungkin lepas sehari, mungkin lepas seminggu, mungkin lepas
setahun atau bertahun tahun, macam doa Rasulullah Saw ini. Allah kabulkan
beberapa tahun selepas itu. Perlu kita faham Rasulullah Saw berdoa kepada
mereka bukan kerana mereka menyakiti Rasulullah Saw tetapi kerana penentangan
mereka dan permusuhan mereka kepada Allah dan Rasulnya.
Antara
yang berlaku dalam tempoh ini juga. Makin ramai Sahabat yang berhijrah ke
Habsyah. Sehingga terkumpul di habsyah 83 orang lelaki dan perempuan. Mereka
menetap disana, dibawah naungan Najashi hinggalah berlaku peristiwa ini.
Peristiwa turunnya ayat-ayat terakhir surah An Naml. Bila ayat ini turun
Rasulullah Saw pilih satu masa yang ramai orang di Ka'bah dan pembesar pembesar
Kafir Quraisy ada sekali. Ketika itu Rasulullah Saw bacakan ayat-ayat ini
dengan suara yang kuat.
Maka
Rasulullah Saw pun sujud begitu juga orang orang Islam bahkan Kafir Quraisy
semua sekali turut sujud kerana terkesan dengan ayat ini. Begitulah kebesaran
Al Quran. Satu Mekah, semua yang dengar bacaan Rasulullah Saw itu, semuanya
sujud. Hanya ada seorang lelaki tua yang tak sujud tapi dia ambil pasir dan
diletakkan ke atas kepalanya sebagai ganti sujud. Pembesar-pembesar Kafir
Quraisy juga sujud semuanya. Dengan itu tersebarlah berita di kabilah kabilah
Arab bahawa Kafir Quraisy sujud dengan kata kata Muhammad. Cerita ini juga
sampai ke Habsyah, bahawa Kafir Quraisy sudah terima Islam. Sebahagian Sahabat
Rasulullah Saw di Habsyah yang dengar cerita ini ada yang pulang ke Mekah.
No comments:
Post a Comment