Salam wrt. Kafir Quraisy yang melihat semua usaha yang
mereka cuba laksanakan itu tidak berjaya, mulalah mereka bertindak kasar dan
diluar akhlak Arab dan akhlak kemanusiaan. Mereka mula mengejek-ngejek dan
menghina-hina Rasulullah Saw bila saja mereka bertemu dengan baginda khususnya
ketika Rasulullah Saw tawaf di Ka'bah. Satu hari para pembesar Mekah berpakat
untuk memukul Rasulullah Saw. Pada hari yang mereka tetapkan itu, ketika
Rasulullah Saw datang ke Ka'bah kesemua mereka berkerumun kepada Rasulullah Saw
dan memukul Rasulullah Saw dari semua penjuru. Siti Fatimah puteri Rasulullah
Saw yang lalu disitu nampak hal itu tapi dia tak berdaya nak menolong ayahnya.
Cepat-cepat dia mengadu kepada Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar berlari ke
Ka'bah. Terus dia masuk kedalam kumpulan pembesar-pembesar Kafir Quraisy yang
sedang memukul Rasulullah Saw dan dikeluarkannya Rasulullah Saw sambil dia
menangis. Kata Abu Bakar kepada Kafir Quraisy, apakah kamu hendak membunuh
orang, hanya kerana dia menyebut Tuhannnya Allah. Hanya kerana ini kamu mahu
membunuhnya? Namun Rasululah tetap sabar.
Satu hari lain pula,
pembesar-pembesar Kafir Quraisy sedang duduk-duduk dekat Ka'bah, Abu Jahal pun
ada sekali. Setiap kali Rasulullah Saw melalui mereka Abu Jahal mencerca dan
mengutuk-ngutuk Rasulullah Saw dengan perkataan yang tak pernah sesiapa
menyebutnya. Rasulullah Saw tetap sabar dan tenang. Ada seorang perempuan
menyaksikan kejadian itu dan hatinya tak tahan melihat Rasulullah Saw dihina
begitu. Dia terpaksa meninggalkan Ka'bah kerana tak sanggup menyaksikan perkara
itu dan dia tak berdaya berbuat apa apa. Dalam perjalanan dia bertemu dengan
Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw, pahlawan Kafir Quraisy yang tiada
tandinganya. Dia baru saja pulang dari memburu. Hamzah ini diantara hobinya
ialah memburu singa. Begitulah kegagahan Hamzah. Perempuan ini mengadu apa yang
Abu Jahal perlakukan pada Rasulullah Saw. Hamzah tanya, apakah tidak ada orang
bangun mempertahankan Rasulullah Saw dan menghalang Abu Jahal? Kata perempuan
ini, tak ada wahai Hamzah. Ketika itu Hamzah belum Islam lagi tapi dia terlalu
marah mendengar penghinaan itu. Terus dia cepat-cepat ke darul Nadwah. Abu
Jahal ada disitu sedang duduk ditengah-tengah pembesar-pembesar Kafir Quraisy
yang lain. Hamzah datang pada Abu Jahal dan tanpa cakap banyak terus dipukulnya
Abu Jahal. Berdarah kepala Abu Jahal. Sepontan Hamzah dengan tegas bercakap
kepada Abu Jahal dan pembesar-pembesar Kafir Quraisy, Apakah kamu menghina
Muhammad sedangkan aku juga telah masuk agamanya? Lalu dipukulnya lagi Abu
Jahal sambil bertanya siapa yang berani membalasnya dikalangan kamu. Tidak ada
yang berani. Tapi Bani Makhzum, Kabilah Abu Jahal, bangun untuk membela Abu
Jahal. Namun Abu Jahal sendiri yang menghalang mereka. Jangan, jangan. aku yang
bersalah, aku yang menghina anak saudaranya.
Hamzah
datang menuntut bela ke atas anak saudaranya Rasulullah Saw. Tapi dia sudah
mengeluarkan satu kenyataan yang dia sendiri tak tahu macam mana kata-kata itu
boleh melucur dari mulutnya sedangkan dia belum Islam lagi. Sampai di rumah
Hamzah masih hairan dengan dirinya sendiri. Orang semua sudah tahu bahawa dia
telah Islam. Tak mungkin besok dia tarik balik kata-katanya itu. Tak boleh
tidur Saidina Hamzah pada malam itu. Akhirnya dia bermunajat kepada Allah.
Kalau ini adalah kebenaran dan kebaikan datangkanlah keyakinan kedalam hatiku,
tapi kalau sebaliknya berilah jalan keluar kepadaku. Kata Saidina Hamzah,
selepas itu Allah campakkan keyakinan ke dalam hati aku. Terus dia mencari
Rasulullah Saw dan mengucap dua kalimah syahadah di depan Rasulullah Saw.
Rasulullah Saw terlalu gembira dengan Islamnya Saidina Hamzah ini. Bahkan ia
adalah satu kemenangan untuk Islam.
No comments:
Post a Comment