Islam terus berkembang, semakin ramai orang
masuk Islam dan semakin ramai orang tahu tentang Islam. Ketika ini Kafir
Quraisy bersidang lagi di Darul Nadwah, bagaimana nak menyekat Islam ini.
Bagaimana nak menyekat dakwah Rasulullah Saw. Mereka panggil lagi Rasulullah
Saw, ada tawaran baru untuk Rasulullah Saw. Namun apakah tawaran baru ini? Kata
Kafir Quraisy, wahai Muhammad, dah macam-macam kami tawarkan kepada kamu tapi
tak ada satu pun yang kamu setuju. Sekarang ini kami nak buat tawaran lagi,
tawaran ini berat bagi kami. Tapi mudah-mudahan kita dapat kata sepakat. Kami
telah melihat engkau bermati-matian dengan agama kamu. Oleh itu kami ingin
berseru kepada kamu agar kita selesaikan masalah antara kita. Engkau sembah
Tuhan kami sehari dan kami sembah Tuhan kamu sehari. Kata Rasulullah Saw,
tidak! Mereka pulang dan berbincang lagi dan kemudian datang lagi kepada
Rasulullah Saw. Kalau begitu kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah
Tuhan kami sehari. Kata Rasulullah Saw, tidak.! Mereka pulang dan berbincang
lagi. Kali ini kata mereka, kami sembah Tuhan kamu setahun kamu sembah Tuhan
kami sehari saja. Rasulullah Saw tetap menolak. Tawaran apakah ini?! Apakah ini
satu permainan. Bolehkan kita memperlakukan Tuhan sebegitu. Maka diatas
pertemuan ini turun surah Al Kafirun.
Lihatlah! dalam hal akidah mana ada kompromi,
mana boleh kongsi Tuhan, mana boleh syirikkan Tuhan walaupun satu detik, apa
lagi satu hari. Oleh kerana Rasulullah Saw menolak tawaran ini Kafir Quraisy
memperhebatkan lagi tekanan mereka terhadap peribadi Rasulullah Saw dan para
Sahabat yang lain. Orang yang paling kuat menyakiti Rasulullah Saw adalah
jiran-jiran baginda. Antara jiran-jiran Rasulullah Saw, Abu Lahab, bapa
saudaranya, Hakam Ibnu Abil A'sei, Uqbah bin Abi Mua'yyeth dan U'dai bin Hamra
As Saqofi. Inilah jiran-jiran terdekat Rasulullah Saw. Mereka semua sepakat
untuk menyakiti Rasulullah Saw. Semua sampah dan kotoran dari rumah mereka
dibuang didepan rumah Rasulullah Saw. Bila mereka sembelih lembu, unta atau
kambing, segala tali perut dan kotorannya diletakkan didepan rumah Rasulullah
Saw. Bayangkanlah kalau kita ada seorang jiran saja yang berperangai begitu.
Namun semua jiran Rasululah Saw telah sepakat begitu. Rasulullah Saw tetap
sabar bahkan bagindalah yang membersihkan dan bagindalah yang membuang semua
sampah dan kotoran itu.
No comments:
Post a Comment