Walaupun
begitu Kafir Quraisy tidak putus asa, mereka bersidang lagi di Darul Nadwah.
Kali ini mereka mengambil keputusan untuk bersemuka terus dengan Rasululah Saw.
Mungkin dengan perbincangan begini boleh menyelesai masalah. Namun mereka telah
bertekad kalau Rasulullah berkeras mereka akan lebih berkeras lagi. Untuk itu
mereka hantar Al Walid bin Mughirah, diantara orang yang paling berpengaruh
dikalangan mereka dan disegani oleh semua Arab. Al Walid ini ( bapa kepada
Saidina Khalid yang telah memulakan upacara meruntuh binaan Kaa'bah dahulu)
mencari-cari waktu yang sesuai untuk dia bersemuka dengan Rasulullah Saw.
Akhirnya ketika Rasulullah Saw sedang seorang diri ditepi Ka'bah dia datang dan
duduk sebelah Rasulullah Saw dan mengajak Rasulullah Saw berbincang. Dengan
penuh berhikmah Al Walid melontarkan pertanyaannya kepada Rasulullah Saw. Wahai
Muhammad, apa yang telah terjadi? Apa yang kamu bawa ini? Dakwah kamu telah
memecah belahkan kami, antara ibu ayah dan anak-anak, antara suami dan isteri.
Kalau engkau sakit, kami sedia mengumpul wang untuk mengubati kamu. Kita cari
doktor yang paling pakar. Kalau kamu berharap dari perjuangan kamu ini harta
dan wang, kami Kafir Quraisy bersedia mengumpulkan harta dan wang untuk kamu
sehingga kamu jadi orang yang paling kaya.
Rasulullah
Saw yang begitu sabar dan berakhlak mendengar dengan baik walaupun kata-kata
yang disampaikan oleh Al Walid itu bagi Rasulullah Saw satu yang remeh sangat.
Tapi begitulah adab berbincang bagi Rasulullah Saw penghulu segala Rasul dan
Imam segala pendakwah. Al Walid menyambung lagi. Kalau kamu mahu kemuliaan,
kami jadikan kamu ketua kami. Kalau kamu mahu kekuasaan kami angkat kamu jadi
raja kami, raja Mekah. Kalau kamu mahu kahwin, kami kahwinkan kamu dengan siapa
saja yang kamu mahu dari gadis-gadis kami. Apa saja yang kamu mahu wahai
Muhammad kami tunaikan. Yang penting kamu berhenti dari dakwah dan perjuangan
ini. Bila Al Walid sudah selesai bercakap Rasulullah Saw dengan penuh bijaksana
pula bertanya kepada Al Walid, apakah engkau sudah selesai wahai Al Walid,.
Benar, kata Al Walid. Kata Rasulullah Saw, kalau begitu izinkan aku bercakap
pula, aku telah mendengar apa yang kamu sampaikan dan sekarang giliran engkau
mendengar dari aku pula. Dengan akhlak Rasulullah Saw itu Al Walid jadi
bersedia untuk mendengar dari Rasulullah Saw. Apa yang dia akan dengar dari
Rasulullah Saw? Apakah Rasulullah Saw nak jawab satu persatu soalan dan
cadangannya? Mari kita dengar apa yang Rasulullah Saw nak sampaikan kepada Al
Walid salah seorang pemimpin Qurasiy yang dihormati itu. Bagi Rasululah Al
Walid ini macam orang yang datang menyerah diri kepada Rasulullah Saw. Jadi
Rasululah Bacakan kepada Al Walid orang yang paling fasih dikalangan Arab
ketika itu beberapa ayat dari surah Fussilat.
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Haa Mim. Turunnya kitab ini
dari Allah. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sebuah kitab yang
diperjelaskan ayat-ayatnya satu persatu, iaitu Al Quran yang diturunkan dalam
bahasa Arab untuk faedah orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
Ia membawa berita yang mengembirakan bagi orang yang beriman dan membawa amaran
kepada orang yang engkar. Namun kebanyakan mereka berpaling engkar maka dengan
sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya. Bahkan mereka berkata ;
hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis menghalang kami dari memahami apa
yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat menjadikan kami tidak mendengarnya, serta
diantara kami denganmu ada sekatan yang memisahkan kefahaman kita. Oleh itu
bekerjalah engkau untuk agamamu. Sesungguhnya kami juga terus bekerja untuk
mempertahankan kepercayaan kami. Katakanlah wahai Muhammad "Sesungguhnya
aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada aku bahawasanya
Tuhan kamu adalah hanyalah Tuhan yang Satu. Maka hendaklah kamu berpegang teguh
diatas jalan yang betul lagi lurus dan mohonlah kepadanya keampunan dan
kecelakaanlah kepada orang-orang yang menyekutukannya. (Al Fussilat)
Sampailah ayat :
Oleh
itu, jika mereka berpaling daripada mengesakan Allah maka aku (Allah) memberi
peringatan kepada kamu semua dengan panahan seperti yang berlaku kepada Kaum
Aad dan Tsamud.
Bila
sampai ke ayat ini, yang mana dari tadi ke semua ayat-ayat yang dibaca oleh
Rasulullah Saw menguasai seluruh fikiran dan pancaindera Al Walid. Pakar bahasa
Arab malah orang yang paling fasih dikalangan Arab ketika itu mendengar
mukjizat Al Quran dari mulut Rasulullah Saw sendiri. Sedangkan Al Quran
diturunkan dalam bahasa arab yang sangat luar biasa itu. Sampai diayat tadi Al
Walid dah tak boleh tahan lagi, Al Walid terlalu takut, dia tahu yang sedang
bercakap dihadapannya itu Sodiqul Amin, dan dia yakin kata-kata itu bukan dari
Rasululah tapi dari Allah. Mendengar ayat ini terbangun Al Walid menerpa kepada
Rasulullah Saw sambil meletakkan tangannya dimulut Rasulullah Saw. Dia merayu
kepada Rasulullah Saw agar jangan menyambung lagi. Al Walid rasa seolah-olah
akan turun panahan itu kepada Kafir Quraisy pula. Setelah itu Al Walid duduk
kembali ke tempatnya. Rasulullah Saw menyambung lagi bacaan ayat-ayat tadi
sehinga sampai ke ayat sujud, maka Rasulullah Saw pun sujud. Bila Rasulullah
Saw bangun dari sujud kata Rasulullah Saw kepada Al Walid. Inilah jawapan dariku.
Rasulullah Saw tak cakap apa-apa pun, baginda hanya membacakan beberapa ayat
dari surah Fussilat kepada Al Walid sebagai jawapan kepada tawaran Kafir
Quraisy yang berbagai bagai tadi. Maha Besar Tuhan. Di sini berlaku kebesaran
Kalamullah itu, kebesaran Al Quran dan mukjizat Rasulullah Saw. Al Walid bangun
dari pertemuan itu dalam keadaan lemah longlai malah tak mampu bercakap apa-apa
lagi. Dia terkejut, terpegun, tersentuh. Kali pertama dia mendengar Al Quran
secara life begitu, tanpa sebarang gangguan, tampa terputus-putus, dari mulut
Rasulullah Saw terus. Dia berjalan menuju kepada pembesar-pembesar Kafir
Quraisy yang sedang menunggunya di Darul Nadwah. Bila Al Walid masuk saja,
melihatkan keaadaan Al Walid, Kafir Quraisy sudah perasan perubahan yang jelas
pada Al Walid. Dia sangat terkesan dengan ayat-ayat yang didengar tadi. Sebab
itu Rasulullah Saw sebut :
Sesungguhnya
pada kata kata yang indah tersusun itu ada sihir
Apa
lagi Al Quran, Kalamullah, Mukjizat terbesar kepada Rasulullah Saw. Bila Al
walid masuk, pembesar-pembesar Kafir Quraisy berbisik sesama mereka. Demi
Allah dia balik dengan wajah yang lain,
bukan lagi dengan wajahnya sewaktu dia pergi tadi. Meraka bertanya, apa yang
dah berlaku wahai Al Walid. Kata Al Walid, aku telah mendengar kata-kata yang
belum pernah aku dengar dalam hidupku. Ketika itu Al Walid orang yang paling
fasih dikalangan Arab, menjadi tempat rujuk kepada penyair-penyair Arab telah
menyatakan pengiktirafannya kepada Al Quran.
Sedangkan
kemahiran orang Arab ialah berbahasa. Sebab itu setiap Nabi datang membawa
mukjizat dari jenis kemahiran kaumnya. Nabi Musa datang membawa tongkat sakti
berhadapan dengan Firaun yang terkenal denga sihir. Nabi Isa datang dengan
mukjizat boleh mengubat penyakit-penyakit malah boleh menghidupkan orang mati
kepada kaumnya yang merupakan pakar-pakar perubatan ketika itu. Maka Rasulullah
Saw membawa mukjizat Al Quran dalam
bahasa Arab yang sangat indah dan sangat luarbiasa kepada bangsa Arab yang sangat mahir berbahasa.
Kebolehan berbahasa menjadi satu yang
dipertandingkan diantara mereka. Ketika itu pembesar-pembesar Kafir Quraisy
bertanya lagi kepada Al Walid, apakah kamu telah meninggalkan agama kamu?
Tidak…tidak…kata Al Walid. Tapi aku tak pernah dengar kata-kata seperti itu.
Kata Kafir Quraisy itu Syair! Bukan Syair! bentak Al Walid. Bukankah aku orang
yang paling mahir tentang syair dikalangan kamu!.Kata mereka, kalau begitu
Kahin, Pendeta. Kata Al Walid, Tidak! Aku tahu sangat bagaimana gelagat
pendeta. Kalau begitu orang gila. Tidak, kata Al Walid, aku kenal macam mana
orang gila. Kalau begitu, ahli sihir! Bukan! Kata Al Walid, aku juga kenal dan
tahu selok-belok ahli sihir. Semua yang kamu sebut aku tahu, ini yang lain,
malah luar biasa.
Pening
kepala pembesar-pembesar Kafir Quraisy, kalau begitu apa yang kita nak sebut?
Al Walid bertanya pula pada Kafir Quraisy. Apakah kamu mahu mendengar cakap
aku? Kata mereka silakan. Kata Al Walid, wahai
Quraisy, aku beri dua pilihan kepada kamu semua dalam masalah ini.
Pertama kita ikut Muhammad kerana dia memperkatakan kebenaran. Kata-katanya
benar. Tak mungkin! bentak Kafir Quraisy. Kata Al Walid, kalau begitu dengar
yang kedua, biarkan dia, jangan ganggu dia, beri jalan padanya, kalau dia
berjaya menguasai Arab dan dia menang, itu juga kemenangan kamu dan kemuliaan
kamu. Bukankah dia juga dari bangsawan Quraisy.
Kalau dia ditentang dan dibunuh, bukankah itu yang kamu mahu selama ini?. Bijak
orangnya Al Walid ini. Tapi Kafir Quraisy tetap tidak menerima cadangan kedua
yang diajukan oleh Al Walid. Akhirnya Al Walid berkata kepada mereka. Kalau
begitu kita kata dia ahli sihir, paling dekat yang boleh kita labelkan, ahli
sihir, Muhammad ada kata-kata yang boleh mensihirkan masyarakat. Malah boleh
memecah belahkan antara ibu ayah dan anak-anak, antara suami dan isteri. Ini
paling dekat kita boleh sebut pada Muhammad. Lihatlah kerana sayangkan pengaruh,
sekarang Al Walid sudah terbalik. Tadi dia cuba nak mengajak kaumnya kepada
kebenaran malah dia sendiri yakin apa yang Rasulullah Saw bawa itu satu
kebenaran. Kerana mahu memnangi hati kaumnya dia telah menghina Rasulullah Saw.
Dengan itu turun ayat Quran tentang Al Walid.. Firman Allah :
Terjemanhannya
:
{Janganlah
engkau bimbang wahai Muhammad} Biarkanlah aku sahaja membalas {orang yang
menentangmu} yang aku telah ciptakan dia seorang diri {tidak berharta dan
beranak-pinak}. Lalu aku jadikan baginya harta yang banyak serta anak-pinak
yang ramai yang sentiasa disisinya. Dan aku mudahkan kepadanya mendapat
kekayaan dan kekuasaan dengan semudah-mudahnya. Kemudian dia ingin sangat untuk
Aku tambah lagi. Tidak sekali-kali akan ditambahi. Sesungguhnya dia telah
menentang dengan degilnya ayat-ayat Kami {Al Quran yang disampaikan oleh Rasul
Kami}. Aku akan menyiksanya dengan azab yang memuncak beratnya. Kerana
sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka berbagi tuduhan terhadap Al
Quran. Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka
(tuduhan-tuduhan itu). Kemudian dia telah mertenung dan memikirkan
(berkali-kali jalan-jalan mencaci Al Quran, tetapi dia gagal). Kemudia dia
memasamkan mukanya serta dia bertambah masam dan berkerut. Kemudian dia
berpaling dari kebenaran dan berlaku sombong angkuh. Lalu dia berkata "Al
Quran ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari dari ahli-ahlinya".
"Ini tidak lain hanyalah kata-kata rekaan manusia'. (Disebabkan
kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia kedalam neraka Saqar. (Al
Mudassir 11-26)
Al
Walid sudah nampak kebenaran bahkan hampir-hampir berjaya membawa kaumnya
kepada kebenaran namun kemudian dia berpatah balik kebelakang. Begitulah nasib
orang yang Allah tidak pilih untuk mendapat kebenaran. Oleh itu sudah
sepatutnya kita sentiasa berdoa agar Allah hidayah dan pertunjuknya kepada
kebenaran. Sedangkan kebenaran itu sangat mahal lebih mahal dari emas dan intan
berlian. Orang macam ini layak mendapat neraka. Aku (
Allah ) akan bakar dia (Al Walid ) di naraka Saqar. Inilah sejarah sebab
turunya ayat ini, iaitu kepada Al Walid bin Mughirah.
No comments:
Post a Comment