Sebelum Nikah

Salam wrt. Entah kenapa, kadang-kadang hati saya tidak tenang. Terutama bila sudah ada ikatan. Syaitan sentiasa membisikkan kejahatan pada saya. Saya perlu kuat. Oleh itu, banyak perkara yang perlu saya belajar berkenaan menjaga hubungan sebelum menikah. Ilmu pembinaan baitul muslim jua perlulah ditambah. Pengalaman daripada ramai orang perlulah di dengar dan ambil cakna. Hampir setiap orang yang saya jumpa menceritakan pengalaman yang sama. Tapi ada sebahagian yang punyai kisah tersendiri. Sangat menarik mendengar kisah orang. Moga-moga ada manfaat dan jadi panduan buat saya masa kini dan akan datang:) Pada yang diluar sana, kongsilah kisah anda dengan saya ya! (",)

Ingin jua berkongsi beberapa buku yang menjadi bahan bacaan saya saat ini. Antaranya:


Buku ini hadiah di hari pertunangan;) Alhamdulillah, banyak input yang saya dapat. Terima kasih Ust Hasrizal Abdul Jamil atas perkongsian pengalaman hidup. Sarat buku ini dengan kisah-kisah beliau. Terima kasih juga pada bakal zaujah ya(",). Yang belum baca, bolehlah dapatkannya!

Selain itu, ramai juga yang mencadangkan untuk baca buku Mens Are From Mars, Women Are From Venus.  Buku ni ada jer kat rumah. lama dah, tapi tak teragak pula nak baca. InsyaAllah, dibaca:)


Sekarang disentuh oleh buku Saudara Hilal Asyraf. Penulis www.langitilahi.com. Saya pinjam Buku adik perempuan saya, Nur Hanisah:). Isi buku ini  menceritakan jiwa seorang lelaki bila berhadapan dengan banyak perkara semasa tempoh mencari jodoh dan tempoh bertunang. Elok sangatlah kepada mereka yang belum menikah untuk baca. Banyak juga yang saya belajar daripada pengalaman Ustaz Hilal ini. Beliau muda dari saya. Sebaya dengan adik saya, Mohd Syafiq. Beliau pun dah berkahwin. Tahun lepas, 2012. Video kahwin beliau boleh dapatkan di you tube. Indahkan saat perkahwinan itu. Anda boleh bandingkan kisahnya sebelum berjumpa bakal zaujahnya itu sehingga ke saat perkahwinannya. Subhanallah.


Oklah. Setakat itu sahaja perkongsian untuk malam ini. Banyak perkara yang perlu diperbaiki saat ini. terutama hubungan dengan Allah dan Rasul. Sering terabai kerana cinta dunia. Badan sujud, tapi hati belum tentu sujud. Allah!!! Jauhnya aku dariMu..

Jangan tinggalkan aku Tuhan. Apalah erti hidup ini tanpaMu...
Ya Rasulullah SAW. Hadirlah ke dalam hatiku. Agar hatiku sentiasa merinduiMu.
Agar dengan mencintaiMu menjadikan aku mencintai Tuhanku.

Wassalam. 

* Bestnyer kisah-kisah orang yang husnu Zon. Sape yang ada, kongsilah yer.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah