Orang
Kafir Quraisy makin tak senang, mereka datang sekali lagi berjumpa dengan Abu
Talib. Anak saudara kamu ini menghina kami, menghina ayah-ayah kami, malah
menghina datuk-datuk kami bahkan menghina tuhan-tuhan kami. Kami tak boleh
sabar lagi. Jangan kamu biarkan sampai berlaku fitnah antara kita Keseluruhan
Quraisy dengan Bani Abdul Mutalib. Oleh itu engkau tahanlah dia dari
menyampaikan dakwahnya. Abu Talib yang melihat suasana yang begitu tegang
hampir-hampir membawa peperangan di antara Quraisy dan Bani Abdul Mutalib. Maka
Abu Talib mengumpulkan semua Bani Abdul Mutalib dan kemudian Abu Talib
menyampaikan kepada Rasulullah Saw. Wahai Muhammad, kaum kamu mengadu tentang
kamu, hal ini boleh membawa peperangan antara kita Bani Abdul Mutalib dengan
Quraisy yang lain. Kata Rasulullah Saw kepada Abu Talib. Wahai bapa saudaraku.
Demi Allah kalau mereka meletakkan matahari disebelah kananku dan bulan
disebelah kiriku supaya aku meniggalkan dakwah ini, perjuangan ini, nescaya aku
tidak akan tingalkan sehinggalah Allah menangkan agama ini.
Abu
Talib bila melihat begitu sekali pendirian Rasulullah Saw, di atas nama Asobiah
{semangat perkauman} Kabilah Bani Abdul Mutalib berkata, kalau begitu buatlah apa
yang kamu mahu wahai Muhammad. Walaupun
apa pun yang berlaku engkau tetap dalam pembelaan Bani Abdul Mutalib.
Dengan itu Rasulullah Saw mengambil peluang ini semaksimumnya. Rasulullah Saw
sampaikan dakwahnya kesemua tempat. Bahkan sampai kepada Kabilah-Kabilah Arab
lain yang datang menunaikan haji di Mekah.
Kafir
Quraisy makin tak senang, makin tercabar. Mulalah mereka menyusahkan Rasulullah
Saw. Namun usaha mereka tidak berjaya menghalang dakwah Rasulullah. Akhirnya
mereka datang lagi mengadap Abu Talib. Kali ini mereka membawa satu tawaran
yang agak pelik. Mereka membawa bersama mereka seorang pemuda Quraisy yang
terkenal dari keturunan mulia, akhlaknya terpuji, kaya, tampan wajahnya dan
gagah. Kata Quraisy : Wahai Abu Talib, kami
serahkan kepada kamu I'marah bin Walid ini, jadikanlah dia anak kamu dan
binkanlah dia kepada kamu tapi serahkan Muhammad kepada kami. Disebalik apa
yang mereka harapkan, tawaran ini telah mencetuskan kemarahan Abu Talib. Kamu
serahkan anak kamu untuk aku jaga dan kamu minta aku serahkan anak untuk kamu
sembelih. Minta maaf, aku tak boleh terima sama sekali. Begitulah Allah membela
Rasulnya melalui tangan bapa saudaranya Abu Talib. Bukankah Allah telah
berjanji dalam Al Quran bahawa Dia pasti memenangkan agamanya dan Rasulnya.
No comments:
Post a Comment