Jauh!

Salam wrt. Jauh terasa bila mendengar kuliah dr Syeikh Jo tntg menuju takut setakut-takutnya pada Tuhan dan rindu serindu-rindunya pada Rasulullah saw. Bilalah akan menemui saat itu? Hati ini masih diselubungi awan hitam. Masih kurang cahayanya. Zikir yang kurang dihayati. Hati ini masih cuba untuk digilap. Moga Allah bantu untuk ia bersinar. Berkat Nur Muhammad...

Terkesan juga dengan video tentang bagaimana untuk dimuliakan melihat nabi Saw. Oleh Sayidi Habib Ali Ja'fari. Memang ia anugerah Allah, dan semua umat Nabi Muhammad kena ada perasaan nak bertemu nabi ini.. Mana tau nabi pilih untuk bertemu kita. Bukankah itu lebih  baik dari bumi dan seisinya? Berjumpa dengan yang dirindu! Subhanallah. Indahnya.... Habib turut memberi beberapa panduan. Antaranya, perbanyakkan selawat(paling sikit 300x sehari), agungkan sunnah baginda, jiwa sentiasa cinta pada baginda(kuat perasaan cinta, rindu membara, sentiasa doa agar Allah muliakan kita utk melihatnya), menyebarkan dakwah baginda, berkhidmat kepada umat baginda, byk baca sirah, keperibadian dan keistimewaan Rasulullah, (baca kitab ibnu hisham ke, syamail muhammadiah, al khasas..).. bykkn dengar kuliah2 tntg Nabi Saw, kenal watak dan sifat nabi , amal sunnah nabi lahir dan batin(hayati).. semua tu ada huraian.. panjang juga... kena betul2 buat. Kalo kita dah cinta dan rindu, mesti kita akan buat apa yang dirindu itu buat, kita boleh rasa apa yang dirindu itu rasa.. bila mencintai seseorang, kita terasa ada sesuatu yg dia sangat utamakan. Sama ada ia mengembirakan @ menyedihkan. Umpama kata, 'jika aku mencintai engkau, pasti aku akan bersama pada benda yg engkau sibukkan. Setiap kali bertambahnya cintaku padamu, aku merasa apa yang engkau rasa. Dan aku akan datangkan kegembiraan yg membuatkan engkau gembira..' 

So, apakah yg mengembirakan hati Nabi SAW? Apakah benda yg Nabi sgt utamakan???!.....
Jauhnya aku....

Hmm, kadang-kadang teringat pesan Guruku tentang ibadah yang jadi bangkai. Yakni ibadah tanpa roh... faham?... macam manusia yang dah tiada nyawa/roh, ia di panggil mayat. Dah tidak berguna lagi. Kalo biar lama tak ditanam akan jadi busuk. Orang makin tak suka. So, ibadah tanpa roh ibarat ibadah bangkai. Kalau sembahyang, sembahyang bangkai. Penat je sembahyang, tapi jadi bangkai... Itulah sembahyang yang dipersembahkan selama ini pada Allah... Hidangkan bangkai pada manusia, manusia pn xnk, ini pula pada Raja segala Raja. Ibadah bangkai...huhu.. akulah tu.. Ya Allah... tolonglah aku untuk menjiwai solatku, ibadahku...Ummi pun pesan pagi tadi, masa rukuk dan sujud, penuhkan hati dengan rasa takut dan harap...

Tadi, di surau Ustaz Ahmad pun sentuh pasal amalan kita ni tak diterima selagi tidak ikhlas... maka keluarlah hadis yang selalu buat manusia menangis. Orang yang mula2 menangis ialah Saidina Muaz ra kerana dia mendengar direct dari Nabi SAW. Hadis yang panjang tentang amalan kita melalui 7 lapisan langit untuk dipersembahkan kepada Allah.... adakah amalan aku selama ini sampai? Ikhlaskah aku selama ini? Kalau manusia ambil berat tentang hadis ini, mesti banyak perubahan yg berlaku dlm hidupnya. Ia akan lebih berseni dalam ibadah. Seni dalam segala perkara....
Diakhir zaman, banyak yang telah berubah pada hati kita. Tidak berseni seperti ulama2 dahulu.. hmm, masa otw balik dari sekolah, radio ikim memutarkan talk tentang kesilapan umat. Antaranya, tentang belajar... belajar tujuan nak kerja besar, nak gaji besar. Itu dah salah dari mula2 lagi. Belajar sebab nak Islam maju, supaya Islam tidak terus mundur. Itupun salah. Itu buahnya(natijah), bukan tujuan belajar... jgn tersalah... belajar Agama supaya esok dah abes belajar, ada degree, master, phd, ada kerja menunggu... itu lagi-lagilah tertipu... sambung belajar supaya naik pgkt, hidup senang sket. Btol ker cmtu?... di mana tujuan belajar kerana Allah itu...? tanyalah hati masing2... betulkn niat, insya Allah, betullah tindak tanduk kita, insyaAllah, Allah pimpin kita. Allah rezkikn kita. Rezki pd iman dan taqwa, bukan pd selainnya. Lagi beriman dan taqwa, lagi byk rezki Allah beri. Melimpah ruah...

ya Allah. Faham2kan aku tentang agamamu ini. Agar aku tidak tersesat di jalan penuh liku ini... ameen..

Yan Che binti Saa'dom


Salam wrt. Hari ni bermula jadual waktu baru. Alhamdulillah, dah dikurangkan 90  minit:).. hari ni juga banyak buat revision topic tahun lepas. Best juga bila tengok anak2 ini flashback kisah tahun lepas. Time pj tadi dah mula ke padang. Sebelum ni gimnastik dan pergerakan kreatif. Ikut topic tahun 3 kssr,  minggu ni dah kena ajar kemahiran. Tapi macam tak setuju pulak dalam masa 30 minit, ajar 3 kemahiran dan wat permainan kecil. Masa kursus pun guru2 amek masa lama untuk kemahiran ini. Sangka baik, mungkin pengenalan, coz aku pun x go thru dan scanning silibus tu habis2..hehe.. so, anak2  ni agak penat coz  masa digunakan sehabis baik tanpa rehat. Cikgu dia pun kena join skali, terutama pegang kayu hoki tadi. Dengan songkok dan kemeja, bermain  kat tengah padang. X kire, asalkn korg dpt capai objektif hari ni. Anak2 seronok sgt, tapi x puas... Jmpe semula khamis ni, waktu pj, insyaAllah.:)
Lepas solat zohor di sekolah, terus drive balik rumah(biasanya stayback). Ummi dan abah nak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, lawat Wan Che. Wan Che dah terlantar di hospital. Dah 14 hari. Terjatuh katil kat rumah MakTam di PJ. Perasan Wan jatuh pun waktu pagi..... 5.45 pagi...
So, gerak tadi dalam pukul 4 petang. Kat highway, hujan lebat betul. Memang kena drive hati2.
Sampai sungai besi dah mula sesak.  Manusia dah keluar dari pejabat,  menuju ke rumah masing2... di hospital tawaf 3 kali, susah betul nak jumpa parking.. kali ketiga baru jumpa. Hikmah nombor ganjil ni, hehe...
Sampai di wad Wan Che. Wad untuk orang2 vateran... xle masuk, kena berdiri kat luar coz ada pesakit dalam bilik yg sama tengah di operate. Abah kata camtu... so, dah selesai tu,  baru boleh masuk. Wan Che nampak lemah, tapi dikalangan pesakit2 yg aku tengok, Wan Che je yang nampaknya agak sihat. Boleh ingat nama aku lagi. Biasanya Wan Che silap... Wan kata air sume rasa pahit. Mak Lang kata dah 2 hari Wan tak makan. Umi bawa air zamzam. Wan minum. Kena yakinkan wan, dia dah  boleh minum, makan. Kalau tak wan tak minum, x makan. Mak Tam datang bawa kuih bahulu. Alhamdulillah, wan dapat habiskan sebiji...
Esok last operation, nak buang darah beku di kaki. Takut darah tak sampai ke jantung. Urat wan pun dah susah nak cari. Mula2 masuk hospital dulu, puas doktor tu cari urat, x jumpa... moga2 Allah mudahkan segalanya esok, insyaAllah.
So, yang jaga wan ialah Mak Lang dan Mak Tam. Mak lang shift pagi, Mak Tam Shift malam. Mak Tam memang duduk area PJ, mak lang pula Ampang. Anak2 lain time hujung minggu baru dapat shift. Selain weekend, just melawat sahaja...
Ok, dah dekat pukul 9, minta diri untuk beransur... salam wan, cium tangan dan kucup dahi wan. Sejuk je rasa. Usap2 ubun wan. Bagi kata semangat dan bersalaman dengan mak ayah sedara....
Jamak takhir di masjid arrahman UM. Makan malam dengan umi abah di restoren blakang masjid. Alhamdulillah... otw balik. Wassalam wrt....

Majlis


Salam wrt. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Perancangan Tuhan memang cantik. Hari ini hari bersejarah buat Along. Walimatul urus. Dipermudahkan. Malah cuaca  baik, redup dari pagi tadi sehingga saat ini.(Cuma sekarang dah bunyi guruh. Tanda nak hujan. Cuaca pun makin gelap).. aku hari ini ditugaskan sebagai pengapit. Ni first time punye experient:).. kekok jugak. Tu pasal pakai spek hitam.hehe..
Hmm, urusan di masjid pagi tadi sangat mudah. Lancar sahaja. Sampai lah ke majlis walimah tadi. Bila dah sampai jodohnya, Allah mudahkan sahaja. Tidak cepat sesaat, mahupun lewat sesaat. Jika Allah dah takdirkan jadi, maka jadilah. Tiada satu makhluk Allah mampu mempercepat atau melambatkannya. Itulah Allah, rabb kita. Hebatkan!
Semoga Allah sentiasa memelihara keluarga yang along bina. Moga sentiasa dalam rahmat Allah. Moga ia dibina atas dasar iman. Ameen.
Saatnya akan tiba jua buatku nanti. Ya Allah, pimpinlah aku menuju redhaMu, menuju cintaMu. Hanya dengan mencintaiMu, segala2nya jadi mudah. Dalam nikmat terasa indah, bahkan dalam ujian juga terasa indah. Engkau Tuhan yang Maha baik. Kurniakanlah aku seorang teman hidup yang cerdik dan solehah, yang turut sama menagih cintaMu yang suci itu. Kurniakanlah rasa cintaMu itu kepada aku dan dia. Agar kami rasa indah hidup bersamaMu. Agar kami bijak menggunakan nikmatMu. Agar kami tidak tergelincir di dalam jalan menujuMu.
Syukur, sabar, tawakal, taubat, redha, zuhud, qanaah, ikhlas, istiqamah.... kurniakanlah sifat-sifat ini dalam jiwa kami. Tolonglah Ya Allah dengan berkat NUR MUHAMMAD. Ameen...
Aman, apit dan adik terus balik. Itulah adat merantau. Balik sekejap, merantaunya yang lama. Semoga Allah redhai perjalanan mereka.
Tengok status kawan-kawan, ramai yang pergi buat umrah. Rasa nak jer pergi juga... sangat tenang bila duduk kat Raudhah. Sangat indah bila berdiri depan makam Nabi, abu bakar dan umar. Indah dapat sama2 membantu menanam jenazah di perkuburan baqi'. Umpama dibelai-belai hati ini bila beribadah di belakang maqam Ibrahim, dalam hijir ismail dan berdoa di multazam. Indahnya mengucup hajarul aswad dan rukun yamani. YA ALLAH, sampaikanlah salam rinduku ini... Wahai Nabiyallah.. hadirlah dalam hatiku, temanlah hatiku yang sepi... oh Madinah yang bercahaya, oh Mekah bumi suci yang penuh karomah. Panggillah aku lagi ke sana....sepi....

Tahun Kesedihan...

Pada tahun ke 10 selepas KeNabian, Abu Talib meninggal dunia. Rasulullah Saw sangat sedih dengan kematian Abu Talib ini, bapa saudara yang mengganti ayahnya membesarkannya dan berdiri dibelakang perjuangannya, membelanya dari kejahatan Kafir Quraisy. Ketika Abu Talib nazak, Rasulullah Saw ada disisinya. Berita sampai pada Abu Jahal. Cepat-cepat Abu Jahal datang. Abu Talib masih nazak, Rasulullah Saw dikepalanya sedang memujuk Abu Talib. Wahai bapa saudaraku mengucaplah. Perkataan yang menyebabkan aku boleh membela kamu di hari Akhirat nanti. Musuh Islam Abu Jahal terus menghalang Abu Talib dari mengucap. Kata Abu Jahal, demi Allah wahai Abu Talib, kalau kamu melafazkannya kami akan mengaibkan kamu selama-lamanya.

Ketika Abu Talib sedang nazak itupun, Abu Jahal sempat lagi menghalangnya dari Islam. Dia datang hanya semata-mata nak pastikan hal ini. Rasulullah Saw memujuk, Abu Jahal menghalang. Abu Talib jadi serba salah, nak mengucap atau tidak. Akhirnya kata Abu Talib :

Aku takut nanti bangsa Arab akan mengaibkan aku dengan hal ini.

Mati Abu Talib dalam keadaan tak sempat dia mengucap. Sebab itulah Rasulullah Saw terlalu sedih diatas kematian Abu Talib ini. Tak sempat baginda membawa bapa saudaranya yang dikasihi masuk Islam. Selepas sebulan kematian Abu Talib, Siti Khadijah pula meninggal. Orang yang paling dekat dengan Rasulullah Saw, satu satunya isteri Rasulullah Saw, ibu kepada anak anak Rasulullah Saw, orang yang pertama Islam dan orang yang paling banyak membantu perjuangan Rasulullah Saw dari detik detik awal perjuangan baginda lagi.

Rasulullah Saw selepas wahyu, full time dengan perjuangan, fulltime dengan dakwah membawa manusia kepada Allah, memperkenalkan Tuhan kepada manusia, menyelamatkan manusia. Siti Kahdijah sendiri yang minta Rasulullah Saw fulltime dengan dakwah bahkan segala hartanya diserahkan kepada Rasululah untuk perjuangan jihad fisabilillah. Begitulah isteri solehah yang mengukuhkan lagi perjuangan suaminya bukan seperti isteri-isteri kita yang terasa hati dan merajuk bila suami sibuk sikit dengan perjuangan. Ketika Siti Khadijah masih hidup lagi pernah Saidina Jibril datang kepada Rasulullah Saw. Kata Saidina Jibril:

Wahai Muhammad, Allah Taala mengirim salam kepada kamu dan memerintahkan kamu memberi berita gembira kepada Khadijah bahawa Allah sediakan rumah dari permata untuknya di syurga. Tidak ada gangguan dan keletihan di dalamnya

Dengan ini Siti Khadijah ini adalah salah seorang yang dijanjikan dengan syurga semasa hidupnya lagi. Imam Bukhari dan Imam Muslim ada meriwayatkan sebuah hadis dari Saidina Ali bahwa Saidina Ali pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda:

Sebaik baik perempuan dizamannya Siti Maryam binti Imran dan sebaik baik perempuan dizamannya Siti Khadijah binti Khuwailid

 Selepas kematian Abu Talib, kematian Siti Khadijah pula hingga tahun itu dinamakan Tahun Kesedihan. Dengan kesedihan ini ditambah lagi bila Rasulullah Saw teringat dalam tempoh sepuluh tahun perjuangan Rasulullah Saw mengajak Kafir Quraisy kepada Islam hanya ada 70 orang lelaki bersamanya di Mekah, tak termasuk yang di Habsyah, tapi jumlahnya tetap masih sedikit dibandingkan dengan tempoh sepuluh tahun berdakwah.

Maka dengan itu Rasulullah Saw mula berfikir untuk menyampaikan dakwah kepada kabilah-kabilah yang dari luar Mekah pula. Apa lagi di Mekah, penentangan Kafir Quraisy semakin hebat selepas kematian Abu Talib dan Khadijah. Kata Rasulullah Saw :

Penentangan yang dahsyat dari Quraisy ini terhadap peribadiku tidak berlaku sebelum Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia

Kalau sebelum ini hanya pembesar Kafir Quraisy saja yang berani mengganggu Rasulullah Saw tapi sekarang budak-budak dijalanan pun berani. Bila Rasulullah Saw berjalan mereka menabur pasir ke kepala Rasulullah Saw. Dimana saja Rasulullah Saw pergi semua orang mencaci dan mengejek baginda.

Boikot Bani Abdul Mutalib!

Dari peristiwa tadi, Pembesar pembesar Kafir Quraisy merasakan betapa Al Quran sangat memberi kesan kepada masyarakat. Bahkan mereka sendiri terkesan. Dalam mereka melarang masyarakat dari terkesan, mereka sendiri terkesan bila mendengar ayat-ayat suci Al Quran. Kata mereka ini merbahaya, mesti ada jalan penyelesaiannya. Akhirnya mereka sepakat untuk memboikot dan memulaukan Rasulullah dan orang-orang Islam. Orang yang datang dari luar Mekah juga tidak dibenarkan berhubung dan bermuamalah dengan orang Islam. Abu Talib bila lihat anak saudaranya Rasulullah Saw di boikot, dia kumpulkan semua Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim. Abu Talib Tanya mereka semua, apakah mereka setuju dengan apa yang dibuat oleh orang Mekah kepada Rasulullah Saw? Mereka semua tak setuju. Jadi mereka semua sepakat untuk melanggar sekatan ini. Kata Abu Talib kepada Rasulullah, jangan takut, kalau mereka semua boikot kami tak akan boikot, kami akan terus membantu.

Abu Jahal pula, bila melihat Abu Talib membela Rasulullah Saw, dikumpulkan semua Kafir Quraisy yang lain. Dia gesa semua Kafir Quraisy ini supaya memboikot juga Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim dan siapa saja yang membantu Rasulullah Saw. Akhirnya Abu Jahal berjaya mempengaruhi semua Kafir Quraisy yang lain untuk membuat sekatan terhadap Rasulullah Saw, orang Islam dan keluarga Rasulullah Saw semua sekali. Mereka tulis perjanjian ini dan digantungkan di dalam Ka’bah.

Antara isi watikah ini,
Allahumma bismika...
1. Tidak dibenarkan sesiapa berjual beli dengan Bani Abdul Muatlib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim serta siapa juga yang beriman dengan Muhammad
2.Tidak dibenarkan sesiapa menjamu mereka
3.Tidak dibenarkan sesiapa melakukan perkahwinan dengan mereka
4.Tidak dibenarkan mereka membeli makanan dari luar Mekah

Bila Abu Talib melihat suasana genting ini, dia ajak semua Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim keluar kesatu tempat dihujung Mekah supaya mereka dapat hidup bersama, bantu membantu untuk menghadapi sekatan ini. Akhirnya tempat itu dikenali dengan nama Syiab Abu Talib. Kampung Abu Talib. Begitulah keadaan mereka selama 3 tahun. Mereka tidak boleh membeli makanan dari Kafir Quraisy dan dari luar Mekah. Kalau ada pedagang dari luar Mekah nak menjual kepada Bani Abdul Mutalib, Kafir Quraisy akan membayar berkali ganda supaya mereka menjual kepada Kafir Quraisy. Ketika itu orang orang Abu Talib ada harta dan ada wang tapi mereka tak boleh membeli. Sampailah mereka semua menghadapi kebuluran.

Walaupun begitu ada juga pembesar Kafir Quraisy secara peribadi yang simpati kepada orang-orang Abu Talib. Mereka juga ada hubungan darah dengan Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul manaf dan Bani Hasyim. Antara yang cuba membantu Hakem bin Khuzam. Waktu itu dia belum Islam tapi salah seorang dari pemimpin Kafir Quraisy. Hakem ini ada hubungan kerabat dari sebelah ibunya dengan Bani Abdul Mutalib. Satu hari dia siapkan makanan di atas unta untuk dihantar ke Syiab Abu Talib. Abu Jahal nampak, jadi dia terus tanya, nak pergi mana wahai Hakem? Kata Hakem, ini urusan aku. Engkau nak hantar makanan kepada Muhammad dan Sahabat Sahabatnya? Ini urusan aku. Abu Jahal berkeras, tidak,ini bukan urusan kamu, kamu tak boleh hantar. Abu Jahal menghalang perjalanan Hakem. Sedang mereka bergelut itu datang Abul Buhturi bin Hisyam. Dia juga salah seorang pemimpin Kafir Quraisy, dia juga simpati kepada Rasulullah Saw tapi atas dasar nasab bukan atas dasar agama. Kata Abul Buhturi, ini urusan Hakem, dia berhak buat apa yang dia mahu, dia juga salah seorang pemimpin Kafir Quraisy, kata Abul Buhturi kepada Abu Jahal, engkau tak ada hak nak menghalangnya. Abu Jahal berkeras, ditolaknya Abul buhturi, Abul Buhturi tampar Abu Jahal, bergaduh mereka berdua disitu, menang Abul Buhturi. Jadi lepaslah Hakem menghantar makanan ke Syiab Abu Talib. Ada juga orang lain yang turut membantu. Tapi makanan yang dihantar itu tak mencukupi untuk semua. Sekatan ini sampai menyebabkan orang orang Islam dan keluarga Rasulullah Saw terpaksa makan rumput kering.

Akhirnya. Hisyam bin Amr salah seorang pimpinan Kafir Quraisy juga, yang juga simpati dengan Bani Hasyim merasa tak senang dengan sekatan itu. Dia mula berfikir bagaimana nak membantalkan sekatan itu. Akhirnya dia berjaya mengumpulkan empat orang lagi dikalangan pimpinan Kafir Quraisy yang sependapat dengannya. Lima orang ini, Hisyam bin Amr, Zuhair bin Abi Umayyah, Mutee'm Ibnul A'di, Zuma'ah bin Aswad dan Abul buhturi. Esoknya kelima-lima orang ini pergi ke Ka'bah untuk membatalkan perjanjian sekatan itu. Hisyam yang jadi jurucakap. Dia menyeru kepada Kafir Quraisy, wahai Kafir Quraisy kita sudah bersalah terhadap kaum kita sendiri, 3 tahun kita boikot kaum kita sendiri, 3 tahun mereka kelaparan. Demi Allah, ini satu keaiban, orang lain akan mengaibkan kita selama-lamanya selepas ini. Kita mesti batalkan perjanjian ini. Bangun Abu Jahal membantah kerana hal ini telah sepakat antara Kafir Quraisy, sekatan akan berterusan selagi mereka tidak kembali ke agama asal mereka. Bangun pula Zuhair bin Abu Umayyah, kita mesti batalkan sekatan ini. Abu Jahal bantah lagi. Bangun pula Mutee'm bin Adi, kita mesti batalkan. Abu Jahal menjerit membantah lagi. Bangun pula Abul Buhturi, kita mesti batalkan. Abu Jahal membantah lagi. Bangun pula Zumaa'h dari tengah orang ramai, kita mesti batalkan sekatan ini. Bayangkan suasana ini, Abu Jahal seorang diri berkeras berhadapan dengan lima orang pemuka Mekah yang lain yang semuanya setuju agar sekatan itu dibatalkan. Oleh kerana pergerakan lima orang ini tersusun, orang ramai menyangka bahawa inilah pandangan semua pemimpin Mekah kecuali Abu Jahal. Yang sebenarnya hanya mereka lima orang saja. Akhirnya salah seorang dari yang lima tadi masuk ke Ka'bah untuk mengoyak perjanjian itu. Rupanya perjanjian itu sudah dimakan anai anai, dah tak ada lagi, yang ada hanya kalimah Allahumma bismika... Dengan itu diangkatlah sekatan dari Rasulullah Saw, oran- orang Islam, Abu Talib dan orang orangnya. Mereka semua kembali semula ke rumah mereka di Mekah. Begitulah pengorbanan Abu Talib dan keluarganya kepada Rasulullah Saw.

Perjuangan Rasulullah Saw dan para Sahabat terus ke depan, tapi tak pernah sunyi dari ujian. Rasululah dan Para Sahabat tetap sabar dalam menempuh ujian dan tetap yakin dengan bantuan dan janji janji Allah bahawa saat saat kemenangan akan tiba.

Meletak najis di kepala

Pernah satu hari Rasulullah Saw sedang sembahyang di Ka'bah. Pembesar-pembesar Kafir Quraisy memerhati sambil mengejek Rasulullah Saw. Tiba-tiba ada orang datang sembelih unta di Ka'bah. Maka pembesar-pembesar Kafir Quraisy ini cabar-mencabar antara mereka. Siapa yang berani mengambil tali perut unta yang berdarah-darah dan bernajis itu dan meletakkannya diatas kepala Rasulullah Saw yang sedang sujud di Ka'bah. Maka bangunlah Uqbah bin Mua'yyeth, jiran Rasulullah Saw. Katanya, aku yang akan buat. Dia mahu membuktikan lagi di depan kawan-kawannya bahawa dia memang memusuhi Islam seperti mereka juga. Lalu dia  mengangkat tali-tali perut itu dan diletakkannya diatas kepala Rasulullah Saw yang sedang sujud itu. Melihat pemandangan itu, Uqbah dan pembesar-pembesar Kafir Quraisy yang lain ketawa terbahak-bahak sampai bergoyang-goyang badan mereka. Namun Rasulullah Saw terus sujud tak bergerak-gerak. Begitulah Rasulullah Saw yang sedang tenggelam dengan Tuhannya. Perut-perut unta itu terus berada diatas kepala Rasulullah Saw yang sedang sujud itu sampailah Saidatina Fatimah puteri kesayangan Rasulullah Saw lalu disitu. Dialah yang membuang kotoran-kotoran itu sambil menangis melihat penghinaan dan ujian yang ditanggung oleh Rasulullah Saw, ayahandanya. Begitulah Kafir Quraisy menghina Rasulullah Saw. Bagaimana rasa hati kita membaca sejarah pengorbanan Rasulullah Saw ini? Apakah belum datang dalam hati kita rasa terhutang budi yang amat sangat dan rasa terima kasih kepada Rasulullah Saw. Diatas penderitaan dan kesabaran Rasulullah Saw ini kita dapat kebenaran, kita dapat kenal Tuhan. moga dengan itu makin banyak kita berselawat kepada Rasulullah Saw dan makin sungguh-sungguh kita mengamalkan sunah Rasulullah Saw dan menterjemahkan akhlak Rasulullah Saw dalam kehidupan kita.

Bila Rasulullah Saw bangun dari sujudnya, sambil memerhati mereka semua, Rasulullah Saw berdoa dan menyebut sorang-sorang nama mereka yang ada pada waktu itu. Mengikut cerita perawi Hadis ini, aku lihat setiap orang yang Rasulullah Saw sebut itu semuanya mati terbunuh di Perang Badar. Mari kita lihat bagaimana Allah kabulkan doa Rasululah ini. Berapa lama selepas itu baru Allah kabulkan. Sebab itu dalam kita berdoa jangan kita gopoh dengan Allah. Sebab itu Rasulullah Saw sebut dalam Hadis :

Bahawa akan dikabulkan doa seseorang dari kamu selagi mana dia tidak gopoh dengan Tuhan. Bagaiman gopoh itu wahai Rasulullah Saw. Kata Rasululah, iaitu orang yang berkata, aku dah berdoa dan berdoa tapi tidak dimakbulkan lagi oleh Allah.

Allah makbulkan doa mungkin lepas sehari, mungkin lepas seminggu, mungkin lepas setahun atau bertahun tahun, macam doa Rasulullah Saw ini. Allah kabulkan beberapa tahun selepas itu. Perlu kita faham Rasulullah Saw berdoa kepada mereka bukan kerana mereka menyakiti Rasulullah Saw tetapi kerana penentangan mereka dan permusuhan mereka kepada Allah dan Rasulnya.

Antara yang berlaku dalam tempoh ini juga. Makin ramai Sahabat yang berhijrah ke Habsyah. Sehingga terkumpul di habsyah 83 orang lelaki dan perempuan. Mereka menetap disana, dibawah naungan Najashi hinggalah berlaku peristiwa ini. Peristiwa turunnya ayat-ayat terakhir surah An Naml. Bila ayat ini turun Rasulullah Saw pilih satu masa yang ramai orang di Ka'bah dan pembesar pembesar Kafir Quraisy ada sekali. Ketika itu Rasulullah Saw bacakan ayat-ayat ini dengan suara yang kuat.

Maka Rasulullah Saw pun sujud begitu juga orang orang Islam bahkan Kafir Quraisy semua sekali turut sujud kerana terkesan dengan ayat ini. Begitulah kebesaran Al Quran. Satu Mekah, semua yang dengar bacaan Rasulullah Saw itu, semuanya sujud. Hanya ada seorang lelaki tua yang tak sujud tapi dia ambil pasir dan diletakkan ke atas kepalanya sebagai ganti sujud. Pembesar-pembesar Kafir Quraisy juga sujud semuanya. Dengan itu tersebarlah berita di kabilah kabilah Arab bahawa Kafir Quraisy sujud dengan kata kata Muhammad. Cerita ini juga sampai ke Habsyah, bahawa Kafir Quraisy sudah terima Islam. Sebahagian Sahabat Rasulullah Saw di Habsyah yang dengar cerita ini ada yang pulang ke Mekah.

Sembah Tuhan gilir-gilir?

Islam terus berkembang, semakin ramai orang masuk Islam dan semakin ramai orang tahu tentang Islam. Ketika ini Kafir Quraisy bersidang lagi di Darul Nadwah, bagaimana nak menyekat Islam ini. Bagaimana nak menyekat dakwah Rasulullah Saw. Mereka panggil lagi Rasulullah Saw, ada tawaran baru untuk Rasulullah Saw. Namun apakah tawaran baru ini? Kata Kafir Quraisy, wahai Muhammad, dah macam-macam kami tawarkan kepada kamu tapi tak ada satu pun yang kamu setuju. Sekarang ini kami nak buat tawaran lagi, tawaran ini berat bagi kami. Tapi mudah-mudahan kita dapat kata sepakat. Kami telah melihat engkau bermati-matian dengan agama kamu. Oleh itu kami ingin berseru kepada kamu agar kita selesaikan masalah antara kita. Engkau sembah Tuhan kami sehari dan kami sembah Tuhan kamu sehari. Kata Rasulullah Saw, tidak! Mereka pulang dan berbincang lagi dan kemudian datang lagi kepada Rasulullah Saw. Kalau begitu kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan kami sehari. Kata Rasulullah Saw, tidak.! Mereka pulang dan berbincang lagi. Kali ini kata mereka, kami sembah Tuhan kamu setahun kamu sembah Tuhan kami sehari saja. Rasulullah Saw tetap menolak. Tawaran apakah ini?! Apakah ini satu permainan. Bolehkan kita memperlakukan Tuhan sebegitu. Maka diatas pertemuan ini turun surah Al Kafirun.
Lihatlah! dalam hal akidah mana ada kompromi, mana boleh kongsi Tuhan, mana boleh syirikkan Tuhan walaupun satu detik, apa lagi satu hari. Oleh kerana Rasulullah Saw menolak tawaran ini Kafir Quraisy memperhebatkan lagi tekanan mereka terhadap peribadi Rasulullah Saw dan para Sahabat yang lain. Orang yang paling kuat menyakiti Rasulullah Saw adalah jiran-jiran baginda. Antara jiran-jiran Rasulullah Saw, Abu Lahab, bapa saudaranya, Hakam Ibnu Abil A'sei, Uqbah bin Abi Mua'yyeth dan U'dai bin Hamra As Saqofi. Inilah jiran-jiran terdekat Rasulullah Saw. Mereka semua sepakat untuk menyakiti Rasulullah Saw. Semua sampah dan kotoran dari rumah mereka dibuang didepan rumah Rasulullah Saw. Bila mereka sembelih lembu, unta atau kambing, segala tali perut dan kotorannya diletakkan didepan rumah Rasulullah Saw. Bayangkanlah kalau kita ada seorang jiran saja yang berperangai begitu. Namun semua jiran Rasululah Saw telah sepakat begitu. Rasulullah Saw tetap sabar bahkan bagindalah yang membersihkan dan bagindalah yang membuang semua sampah dan kotoran itu.

Kafir Quraisy menyakiti Rasulullah Saw

Selain itu ada beberapa peristiwa yang mengambarkan bagaimana Kafir Quraisy menghadapi Rasulullah Saw. Antaranya pernah Uqbah bin Abi Mua’yyith, salah seorang dari pemuka Kafir Quraisy. Dia telah menjemput Rasulullah Saw makan di rumahnya. Bila Rasulullah Saw sudah berada di depan hidangan. Rasulullah Saw tidak mahu makan. Puas Uqbah menjemput Rasulullah Saw supaya Rasulullah Saw makan namun Rasulullah Saw belum mahu makan. Kata Rasulullah Saw, aku tak akan makan kecuali setelah engkau mengucap dua kalimah Syahadah. Uqbah cuba mengelak-ngelak. Rasulullah Saw berharap Uqbah akan mengucap sepertimana Saidina Hamzah mengucap. Walaupun pada mulanya kerana semangat nak membela anak saudaranya, akhirnya Allah campakkan Iman kedalam hatinya. Begitulah yang berlaku kepada Uqbah, akhirnya Uqbah tak boleh mengelak lagi. Baginya sebagai salah seorang bangsawan Quraisy, tetamu ini satu yang besar. Tidak menunaikan hajat tetamu adalah satu sikap yang sangat mengaibkan pelakunya. Akhirnya dia mengucap dua kalimah syahadah supaya Rasulullah Saw mahu makan hidangannya. Dengan itu tersebarlah cerita Uqbah telah mengucap dua kalimah syahadah.

Kafir Quraisy makin sakit hati, yang paling marah ialah Ubayy bin Khalaf kerana Uqbah adalah Sahabat baiknya. Dia segera datang berjumpa Uqbah, katanya, wahai Uqbah jangan engkau pandang muka aku lagi selepas ini, engkau bukan kawan aku lagi sehingga engkau meludah muka Muhammad. Macam mana engkau boleh mengucap di depannya, macam tu jugalah engkau pergi ludah muka Muhammad. Uqbah tertekan, antara dua pilihan samada nak pilih Rasulullah Saw iaitu memilih kebenaran atau nak pilih pembesar-pembesar Quraisy yang merupakan kawan-kawannya. Malang bagi Uqbah, akhirnya memilih kawan-kawannya. Kerana kawan dia tolak kebenaran. Bahkan dia telah menunaikan permintaan kawan-kawannya dengan meludah muka Rasulullah Saw. Namun Rasulullah Saw tetap sabar. Begitulah inginnya dan sabarnya Rasulullah untuk menyelamatkan umatnya.

Uqbah hampir-hampir Islam bahkan sudah pun mengucap shahadah tapi datang Sahabatnya Ubay bin Khalaf merosakkannya. Di Akhirat nanti dia akan menyesal sedangkan sesalan pada waktu itu tidak memberi arti apa-apa lagi kerana menolak Islam yang sudah ada dalam tangannya.

Manakala Ubayy bin Khalaf juga diantara orang yang sangat memusuhi Islam. Pernah satu hari dia datang kepada Rasulullah Saw. Dia membawa tulang-tulang yang sudah reput lalu dipecah-pecahkan tulang itu dan dihancurkannya hingga menjadi serbuk. Lalu dia simbahkan serbuk ini ke muka Rasulullah Saw sambil berkata, engkau Muhammad yang mengatakan Allah akan menghidupkan kami dari serbuk tulang ini?! Siapa yang boleh hidupkan kita dari serbuk tulang ini?! Maka turun ayat Quran menjawab kepada Ubayy ini.

Yang menghidupkan tulang ini kali pertama, dialah yang akan menghidupkan semula. Inilah jawapan Allah kepada Ubayy yang mencabar Rasulullah Saw. Bukankah jawapan ini juga untuk kita kalau kita masih ragu-ragu lagi dengan kekuasaan Allah.

(",)

Salam wrt.. alhamdulillah. Dah siap fail pbs tahun 3. Buku rekod pun dah hantar. Minggu ni dah selesai semua. Balik dan singgah pasar malam. Beli makan sikit untuk orang-orang kat rumah. Malam ni ada program. Moga dapat ilmu yang banyak dan bermanfaat. Ilmu yang mampu di amalkan. InsyaAllah.

Hmm, nampaknya bahan-bahan untuk pengisian bulan mac dah ada. Ya Allah, bantulah uzlahku ini...

Dr zulkifli pesan, "Jangan minta pada manusia, minta pada Tuhan manusia itu".... sama seperti kisah seorang pemuda dengan Saidina Othman RA.  pemuda itu ada hajat untuk minta pada Saidina Othman RA. Mula2 jumpa Saidina Othman, tak dapat. Ada seseorang mengingatkannya bagaimana caranya untuk hajatnya diterima. Balik rumah, solat sunat dua rakaat dan minta pada Tuhan. So, kali kedua jumpa Saidina Othman RA, semua yang dimintanya ditunaikan. Itu yang keluar ayat. 'Jangan minta pada Othman, tetapi mintalah pada Tuhan Othman.... '

Abah pergi ambil acah di Durian Daun, Melaka. So, lambat sket smpai rumah. Malam ni kena tolong drive ke program sebab abah mungkin penat. Around 45 minutes. Esok nak ambil Aman pula di MC or MT. Dia balik naik bas. Tak larat nak balik naik kereta. Minggu lepas dia drive balik. So, kali ni dengan bas sahaja. Moga selamat sampai.

Ummi beritahu tadi yang Along dapat IKBN. Alhamdulillah. Mungkin itu yang terbaik buatnya. Kena sambung kursus 2 hari lepas Majlis nanti. Tahniah dan gud luck Along(",)....

Abah baru sampai. Acah datang bilik, salam. Dia beri buku Berubat Mengikut Nabi SAW karangan Ibnu Qayyim al Jauziah. Hadiah hari jadi daripada acah dan angah, tanda kenangan. Jazakallah ya:) tambah lagi satu ilmu yang Allah titipkan. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Ok, Wassalam...

Khamis malam Jumaat

Salam sayyidul ayyam.. alhamdulillah. Sudah selesai kejohanan ping pong MSSM Rembau. Nampaknya Sekolah Tinggi Islam AsSofa (STIAS) mendominasi carta daerah. So, tahniah pada adik2 yayasan sofa. Membuka mata semua, bahawa bukan sahaja hafal quran dan berqasidah marhaban serta bernasyid2 sahaja. Semua bidang umat Islam boleh. Dengar khabar, chess pun ada juga dikalangan mereka yg mewakili Rembau. Macam tahun lepas juga. STIAS ni lebih kurang dalam 2,3 tahun ni join program2 sekolah Rembau. Mula2 dahulu seingat saya dalam sukan olahraga dan MTAQ. Mereka mula melibatkan diri. Sekarang, perkembangan mereka amat memberangsangkan. Nak tgk nnti bulan Mac, macam mana pula dalam sukan olahraga dan barlapan. Ada seorang murid SK Chengkau yang msuk STIAS tahun lepas. Soleh Hamidi namanya. Anak YDP pibg. Rapat juga dgn saya dahulu. Join  juga team circle..Kisah 2 tahun lepas. Prestasinya bagus. Latih main conga cepat dapat. Malah nasyid tahun tu dpt tmpt ke 3 daerah Rembau. Kira ok la sbb kali pertama masuk pertandingan nasyid MTAQ.:) Murid bertuah ini juga berbakat dalam sukan. SK Chengkau  dpt 2 emas dan 1 perak  melaluinya. Banyak kebolehan yg Tuhan beri padanya. Alangkah baiknya jika kebolehannya untuk deen. Alhamdulillah. Dia akan buktikan kebolehannya mewakili STIAS tahun ni dalam  kejohanan olahraga dan barlapan. Moga Allah bantu usahanya...insyaAllah.

Lepas kejohanan tadi Manaf ajak makan di Rembau, depan masjid. So, aku ajak skali Farhan join. Banyak juga cerita masa makan sama2. Yer la. Dapat keluar dengan kawan2, memang seronok. Lepas makan,  solat sama2 di Masjid Rembau. Teringat kisah iktiqaf dan circle tahun lepas di masjid ini. Bersama dengan Farhan n Ghaffar. Harap tahun ni dapat wat lagi dengan lebih kerap. Moga Allah beri keberkatan masa.amin...

Fail PBS hampir siap. Moga dapat selesaikan semuanya esok. InsyaAllah. Dah slesai yg ni, senang. Minggu depan dh nak ngadap SMM dan latihan pusat pingpong.

Esok jumpe balik dengan anak2 murid. Dah 2 hari tinggal. Entah apa lah progressnyer... diorg nak jumpe sgt coz dah hafal 'oh my english'. So, tengoklah camner esok. Igt nak wat games dalam class. Biar seronok sket. Anak2 murid ni kena jaga btol2. Esok dah janji nak cerita tentang cara pemakanan Rasulullah SAW. Moga Allah mudahkan mereka untuk kenal nabi. Moga Allah bantu aku untuk sampaikan. Moga Allah jadikan aku sentiasa ikhlas. ikhlas.... perkara yang penting, penting sangat untuk semua orang untuk bertemu Allah kelak. Untuk amalan diterima Allah. Ya Allah, bantulah aku...

Banting Along untuk majlis dah siap. Along pulak masih induksi. Esok baru balik. Esok juga akan tahu ditempatkan  kat mana. Moga Allah mudahkan segalanya wat Along.  Nak kahwin ni, alhamdulillah, Allah mudahkan jalan2 baginya. Moga Allah sentiasa pimpin Along. Moga keluarga yang dibina nanti dalam pemeliharaan Allah. IA...

Oklah... reflection jap.. selamat malam. Mari amalkan sebanyaknya sunnah nabi di Hari Jumaat:)
Ilalliqa'

....

Salam wrt... alhamdulillah. Dah selesai hari pertama kejohanan ping pong MSSM daerah Rembau. Bersama Pegawai Teknik baru. PT kali ini lelaki dan caranya agak berbeza. Sebelum ini Puan Maheran. Puan Maheran sudah meninggalkan tugas ini kerana tidak mendapat izin dari GB sekolahnya. So, biasakan diri dengan PT yang baru ya! Tahun ini SK Chengkau tidak menghantar peserta untuk kejohanan ping pong. Entah kenapa namaku naik untuk menghadiri kejohanan. Sebagai pegawai kot. Kata Cg Manaf(GPK Koku SK Legong Ulu) dan Ustzh Jazilah (pengelola Kejohanan, SMK DUHA). Stakat ni kami bertiga telah memiliki sijil kejurulatihan ping pong. So, mungkin juga. Tapi yang menjadikan tidak best ialah duduk sahaja atas stage tanpa banyak kerja. Menjadikan aku agak boring. Sepatutnya panggilan ini di buat macam tahun lepas. Masa latihan pusat lepas kejohanan daerah. Time tu baru seronok, dapat latih budak.  Seharusnya time camni aku mengajar di sekolah, menyambung pengajaranku pada murid-murid yang masih bertatih terutama subjek bahasa inggeris. Kerja di sekolah masih banyak tertangguh. SMM, fail PBS, instrument kssr tahun 3, Pengawas, e filing, disiplin murid dlln..hmmm...

Tadi dah selesai perlawanan kumpulan. Bawah 12, 15, 18 lelaki dan perempuan. So, esok hari terakhir. Moga selesai dengan baik. Ameen. Serentak dengan kejohanan ini adalah kejohanan catur MSSM Rembau. So, Cg Zaki(baru masuk SK Chengkau) yang hantar murid. Hari ni dah selesai semuanya. Tiada yang menang. Tahun lepas ada juga murid, Mohd Al Baqir. Chess dgn pingpong dia sapu. So, dapat wakil negeri.. Target utk tahun dpn je la:)

Now, hukum istimewa dlm quran, Tashil. Ustaz Don, alhijrah...:)

Hmm, Ahad ni majlis walimah Along di Lendu. So, family2 akan berumpul di rumah, sebelum bertolak ke sana.Semoga Allah mudahkan segalanya. InsyaAllah. Ameen.

LaukanAllah

Kalau manusia itu mengenali Tuhannya
Akan hancur luluh hatinya
Menjadi lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan dan keagungan Tuhannya
Hatinya jadi sangat sibuk dengan Tuhannya
Kalau manusia sedar tentang pendengaran, penglihatan dan pengetahuannya
Maka....
Tuhan itu tidak akan pernah lekang dari hati manusia
Nescaya manusia itu tawadhuk dan merendah diri di bumi Tuhannya

Aduh!!! Apa lagi kalau Tuhan itu sentiasa di hati
Perasaan bertuhan mencengkam pula dihati
Mengenang nikmat-nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah-tambah perasaan cinta dan takut

Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Kerana takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa pula takut akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba itu
Kalau mengenali Tuhannya
Hatinya jadi sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatnya tidak mampu mempengaruhinya
Sekali pun dunia di tangannya
Ajaibnya cinta Tuhan itu
Kenalilah Tuhan
Engkau akan merasainya

Saidina Umar masuk Islam


Salam wrt. Ini antara kisah yang menarik. Semasa tekanan dan kezaliman Kafir Quraisy terus berlaku, terjadilah satu peristiwa yang yang sangat mengembirakan Rasulullah Saw. Itulah peristiwa Saidina Umar Al Khattab masuk Islam. Sebelumnya Saidina Umar adalah satu dari dua orang pemimpin Kafir Quraisy yang sangat memusuhi Islam. Peristiwa ini berlaku pada tahun ketiga setelah kenabian. walaupun Saidina Umar seorang yang keras dan gagah perkasa tetapi dia juga seorang pemidato yang bijaksana. Kalau dia bersemangat dalam satu perkara, dia akan kerjakan sampai berhasil. Inilah juga ciri-ciri yang ada pada Amru bin Hisyam (Abu Jahal). Rasulullah Saw pernah berdoa :

Ya Allah perkuatkanlah Islam dengan salah seorang dari dua Umar, Umar Al Khattab dan Amru bin Hisyam.

Bukankah dengan adanya orang yang berwatak begini dalam Islam yang masih lemah ketika itu akan menguatkan Islam. Maka Allah mengabulkan Doa Rasulullah Saw kepada Saidina Umar Al Khattab. Saidina Umar, sebelum Islam sangat keras terhadap orang-orang Islam. 


Namun kali pertama dia berlembut dengan orang Islam ialah terhadap Umu Abdullah. Ketika para Sahabat mula berhijrah ke Habsyah Umu Abdullah berpakat dengan anaknya untuk sama-sama berhijrah ke Habsyah. Mereka berjanji akan bertemu di balakang bukit di waktu tengah malam sekira-kira tidak ada orang melihat mereka. Senyap-senyap Umu Abdullah keluar dari rumahnya menuju ke belakang bukit. Sementara anaknya sudahpun menunggu disana. Tiba-tiba Umu Abdullah terserempak dengan Saidina Umar. Saidina Umar terus bertanya, kemana kamu nak pergi wahai Umu Abdullah? Memang ketika itu Kafir Quraisy tidak membenarkan sama sekali orang-orang Islam keluar dari Mekah. Jawab Umu Abdullah: Bukankah kamu siksa kami, kamu ganggu kami, kamu tidak mahu lagi kepada kami, jadi biarlah kami keluar dari Mekah. Kamu tidak rugi apa-apa kalau kamu biarkan aku keluar dari Mekah. Hati Saidina Umar tersentuh bahkan dia jadi lembut. Kata Saidina Umar: kalau begitu ini perpisahan diantara kita wahai Umu Abdullah. Memang Saidina Umar ada hubungan darah dengan Umu Abdullah. Kata Saidina Umar lagi, moga keselamatan menyertai perjalanan kamu. Inilah kali pertama Saidina Umar berlembut, Umu Abdullah sendiri terkejut. Sebelum ini Saidina Umarlah orang yang paling keras dengan Islam. Dialah yang sukarela datang mengazab seorang jariah dari Bani Muammilah. sedangkan Saidina Umar bukan dari Bani Muammilah. Namun kerana tak senangnya dengan Islam dia menawarkan diri untuk mengazab jariah Bani Muammilah ini. Dia akan pukul jariah ini semahu-mahunya sampai dia jemu. Maha Besar Tuhan, malam ini kali pertama dia berlembut. Seolah-olah hatinya sedang dipersiapkan untuk sesuatu. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Bila Umu Abdullah sampai kepada anaknya, anaknya bertanya, wahai ibu adakah orang yang melihat kamu? Saidina Umar telah melihat aku… terkejut Abdullah, tapi bagaimana ibu boleh lepas? Itulah yang berlaku, Maha Besar Tuhan, bukan saja aku dilepaskan bahkan Umar juga mendoakan keselamatan aku dalam perjalanan. Kata Abdullah pada ibunya, mungkin kerana ibu terlalu berharap Umar masuk Islam. Benar demi Allah, aku memang terlalu berharap agar Umar masuk Islam. Oleh kerana Saidina Umar sangat terkenal dengan permusuhannya kepada Islam seperti Abu Jahal juga Abdullah tak percaya Umar akan masuk Islam. Kata Abdullah: wahai ibu, demi Allah Umar tak akan mengucap dua kalimah syahadah selagi himarnya tidak mengucap terlebih dahulu. Mustahil bagi Abdullah seorang yang bernama Umar Al Khattab akan masuk Islam. Tapi begitulah ketentuan Allah, begitulah pemilihan Allah, Allah pilih siapa yang Allah kehendaki untuk agamanya.

Memang benar waktu itu Saidina Umar belum lunak dengan Islam, dia hanya berlembut dengan Umu Abdullah atas dasar hubungan darah antara mereka. Bila Saidina Umar pulang ke rumahnya, dia berfikir semula bagaimana boleh berlaku semua musibah ini, pecah-belah dikalangan Kafir Quraisy yang berlaku, orang mula meninggalkan Mekah. Siapa puncanya? Saidina Umar mendapati semua ini berpunca dari Muhammad. Ketika itu dia tekad untuk membunuh Rasulullah Saw agar selesai semua masalah ini. Besoknya sebaik saja dia bangun pagi terus dia mempersiapkan dirinya dengan pakaian dan peralatan perang. Dia keluar dari rumahnya dengan  hati yang bulat untuk membunuh Rasulullah Saw. Rupaya ada seorang Sahabat Rasulullah Saw melihat Saidina Umar berjalan bergegas-gegas dalam keadaan begitu. Walaupun dia sudah masuk Islam tapi orang tak tahu dia sudah Islam. Kerana tekanan yang terlalu hebat ketika itu Sahabat ini menyembunyikan keislamannya. Beliau ialah Saidina Nua'em bin Abdullah. Bila dia melihat Saidina Umar dengan pakaian perangnya dan lengkap dengan senjata, dimukanya jelas kemarahan. Dia memberanikan diri menegur Saidina Umar. Kemana kamu nak pergi wahai Umar? Aku nak pergi membunuh orang yang memecah belahkan kaumku dan menghina datuk-nenekku. Saidina Nuaem jadi cemas, ini Saidina Umar yang keras dan gagah, semua orang tahu kalau dia tekad berbuat sesuatu dia tak akan berpatah balik lagi. Saidina Nua'em bimbang berlaku sesuatu yang tak diingini kepada Rasulullah Saw. Hatinya tak putus-putus berdoa kepada Tuhan. Allah campakkan ke dalam hatinya agar dia nak cuba mengingatkan Saidina Umar. Wahai Umar, apakah kamu rasa kamu boleh lepas dari Bani Abdul Muttalib kalau kamu bunuh Rasulullah Saw. Jawab Saidina Umar dengan tegas, walaupun aku akan dibunuh oleh Bani Abdul Mutalib, aku tak peduli. Saidina Nuaem makin cemas melihat Saidina Umar yang sudah tidak fikir nyawanya sendiri lagi tapi dia mesti cuba melambat-lambatkan Saidina Umar lagi supaya dia sempat memberitahu Rasulullah Saw dan para Sahabat. Akhirnya dia menyebut kepada Saidina Umar, kalau begitu kamu mulakan dulu dengan keluarga kamu. Tanya Saidina Umar, siapa yang kamu maksudkan? Kata Saidina Nua'em, adik perempuan kamu Fatimah. Apakah Fatimah dah meninggalkan agamanya? Bentak Saidina Umar. Betul kata Saidina Nua'em.

Tampa berlengah lagi Saidina Umar segera menuju ke rumah adiknya. Ketika itu Fatimah dan suaminya baru masuk Islam. Suaminya Saidina Saad bin Zaid antara golongan Assabiqunal Awwalun dan 10 orang Sahabat yang dijamin syurga. Bila Saidina Umar sampai kerumah Fatimah, dia dapat mendengar suara orang membaca Al Quran. Fatimah dan suaminya sedang belajar Al Quran dari Saidina Khabab bin Arat. Rasulullah Saw menghantar Saidina Khabab bin Arat untuk mengajar Saidina Saad dan Fatimah yang baru masuk Islam. Saidina Umar memukul pintu rumah dengan kuat. Diceritakan, Saidina Umar seorang lelaki bertubuh sasa, besar, gagah, dan perawakannya digeruni. Dikalangan Sahabat Rasululah, yang sasa seperti Saidina Umar hanya Saidina Khaled Al Waled. Fatimah dan suaminya cepat-cepat menyembunyikan Saidina Khabab, baru mereka membuka pintu. Saidina Umar terus menengking Fatimah, apa yang aku dengar tadi? Tak ada apa-apa, kata Fatimah. Aku dengar tadi!!, bentak Saidina Umar. Apakah itu dari Muhammad?! Mereka diam tak menjawab. Saidina Umar berpaling kepada Saidina Saad, adik iparnya, apakah kamu dah murtad?! Saidina Saad dengan tenang menjawab, aku tidak murtad wahai Umar tapi aku masuk Islam. Tangan Saidina Umar pantas menempeleng Saidina Saad. Sekali tempeleng berdarah hidung Saidina Saad. Fatimah cuba menghadang Saidina Umar dari memukul suaminya. Fatimah pula ditempeleng. Berdarah juga hidung Fatimah.

Ketika itu Fatimah menangis, hatinya merintih agar hati Saidina Umar lembut kepada Islam. Saidina Umar, bila melihat suasana itu, darah mengalir dari muka Fatimah adiknya dan Saidina Saad adik iparnya, Fatimah pula menangis. Menyelinap ke dalam hati Saidina Umar perasaan kasihan pula, hatiya jadi lembut. Kata Saidina Umar, tunjukkan pada aku Sohifah yang kamu baca tadi. Fatimah berkeras tidak mahu memberinya., Akhirnya Saidina Umar bersumpah, demi Latta dan Uzza, aku tidak akan buat sesuatu yang tidak baik. Bila Fatimah nampak Saidina Umar mula lembut, dia segera berterus-terang kepada Saidina Umar. Wahai Umar, ini kalamullah sedangkan engkau belum Islam, syirik itu najis, kalau engkau nak baca juga, engkau masuk ke dalam dan engkau mandi dulu. Oleh kerana hati Saidina Umar ketika itu sedang dicampakkan perasaan hendak sangat mendengar Al Quran, dia setuju masuk kedalam dan mandi. Selepas itu baru Fatimah memberikan sohifah itu pada Saidina Umar, lantas Saidina Umar membacanya. Dengan pentadbiran Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui Sohifah itu mengandungi surah Thoha.

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Taa Haa. Kami tidak menurunkan Al Quran kepadamu wahai Muhammad supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. Al Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Allah Arrahman yang bersemayam diatas A'rasy. Dialah juga yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi serta yang ada diantara keduanya, dan juga yang ada dibawah tanah basah diperut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa dan permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu) kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Allah, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, baginyalah segala nama yang baik. Dan sudahkah sampai wahai Muhammad kepadamu perihal Nabi Musa.. Ketika dia melihat api, lalu dia berkata kepada isterinya: berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat ditempat api itu penunjuk jalan. Maka bila dia sampai ketempat api itu, (kedengaran) dia diseru "wahai Musa". "Sesungguhnya aku Tuhamnu! Bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci". "Dan aku telah memilihmu menjadi Rasul, maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu". Thohaa 1-13

Membaca ayat-ayat yang ini, hati Saidina Umar tergugah. Ruhnya terus diproses dek ayat-ayat itu, akhirnya Allah campakkan hidayah ke dalam hatinya. Bila dia membaca ayat seterusnya:


Terjemahannya:
"Sesungguhnya Akulah Allah! Tiada Tuhan melainkan Aku! Oleh itu  sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku!. Thohaa 14

Terluncur dari mulut Saidina Umar,

tak sepatutnya yang empunya kata-kata ini disekutui oleh yang dalam menyembahnya. Alangkah indah dan mulianya kata-kata ini.

Saidina Umar minta nak berjumpa Rasulullah Saw. Ketika Saidina Umar menyebut perkataan itu Saidina Khabab keluar dari tempat sembunyinya. Dia dari tadi mengikuti detik peristiwa itu. Kata Saidina Khabab, aku yang akan membawa kamu kepada Rasulullah Saw. Saidina Khabablah yang membawa Saidina Umar ke Darul Arqam.

Semasa sampai dirumah Saidina Arqam bin Abil Arqam itu, Saidina Umar masih lagi dalam pakaian perangnya dan lengkap dengan senjata. Sedangkan berita dari Saidina Nua'em telah sampai, bahawa Saidina Umar nak bunuh Rasulullah Saw. Semua Sahabat telah bersedia untuk menghadapi Saidina Umar. Mereka semua belum tahu apa yang berlaku di rumah Fatimah. Bila Saidina Umar ketuk pintu, Saidina Hamzah minta izin Rasulullah Saw, biar aku yang bunuh dia dengan pedang aku ini. Walaupun Saidina Umar sasa, gagah tapi dia tak boleh tandingi Saidina Hamzah. Saidina Hamzah seorang pendekar yang tak ada tandingannya. Kata Saidina Hamzah, kalau dia nak masuk, masuklah, dengan pedang ini aku bunuh dia. Rasulullah Saw melarangnya, masuk ke dalam wahai Hamzah. Saidina Hamzah taat arahan Rasulullah Saw, dia masuk ke dalam. Rasulullah Saw minta pintu dibukakan, semua Sahabat di dalam pelik dan cemas. Saidina Umar datang hendak membunuh Rasulullah Saw, tiba-tiba Rasululah suruh buka pintu tanpa ada pengawal. Walau apa pun, ini perintah Rasulullah Saw, semua Sahabat taat walaupun hati masing-masing cemas. Bila dibuka pintu Saidina Umar dengan perawakannya yang gagah perkasa itu masuk. Terus dia mendekati Rasulullah Saw. Rasulullah Saw pegang hujung baju Saidina Umar dan disentapnya sampai bergegar Saidina Umar dan terduduk dia di depan Rasulullah Saw. Begitulah kebesaran Rasulullah Saw, bukan saja hatinya, ruhnya, akalnya kuat tapi tubuh badan baginda juga gagah dan kuat. Terduduk Saidina Umar di depan Rasulullah Saw. Rasulullah Saw lantas bertanya kepadanya, bila lagi kamu nak terima Islam wahai Ibnul Khattab. Apakah kamu nak tunggu sampai kamu ditimpa bala? Ketika itu Saidina Umar melafazkan :

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa engkaulah Pesuruh Allah.

Terus Rasulullah Saw bertakbir. Allahu akhbar! Allahu akhbar! Sahabat-Sahabat yang di dalam juga ikut bertakbir. Gema takbir Rasulullah Saw dan para Sahabat mengejutkan Mekah. Semua orang Mekah merasa ada sesuatu yang berlaku. Rasulullah Saw lantas memerintahkan semua para Sahabat beredar ketempat masing-masing.

Selepas Saidina umar masuk Islam, dia bertanya kepada para Sahabat, siapakah dikalangan Kafir Quraisy yang paling memusuhi Islam. Kata mereka Abu Jahal. Terus Saidina Umar pergi ke rumah Abu Jahal memberi tahu Abu Jahal bahawa dia telah memeluk Islam. Abu Jahal makin sakit hati, sekarang Saidina Umar pula masuk Islam. Kemudian Saidina Umar tanya, siapa dikalangan Kafir Quraisy yang sama sekali tidak boleh menjaga rahsia. Para Sahabat memberitahunya, Jamil bin Mua'mmir. Saidina Umar segera pergi mencari Jamil bin Mua'mmir ini.

Saidina Abdullah bin Umar, anakanda Saidina Umar yang menyaksikan peristiwa itu menceritakan, Saidina Umar berjumpa Jamil di Ka'bah. Saidina Umar datang dan duduk dekat Jamil. Wahai Jamil, engkau tahu tak? Apa? Tanya Jamil. Tahukah engkau aku dah mengucap syahadah Islam. Aku dah masuk Islam. Tanpa bertanya apa apa lagi, terus Jamil bangun dan menjerit di Ka'bah. Wahai pembesar -pembesar Quraisy, wahai Quraisy, Umar Al Khattab sudah murtad dari agama kita. Berpusu-pusulah pembesar Kafir Quraisy datang kepada Saidina Umar. Apakah engkau sudah murtad wahai Umar?! Tidak, jawab Saidina Umar. Tapi aku dah Islam, aku telah mengucap syahadah. Tanpa berlengah mereka semua mula memukul Saidina Umar. Ketika pembesar-pembesar Kafir Quraisy memukul Saidina Umar, Saidina Umar membalas pukulan mereka. Perlawanan antara Saidina Umar dan pembesar-pembesar Quraisy itu berlaku dari pagi sampai menjelang Maghrib. Oleh kerana Saidina Umar seorang diri berlawan dengan pembesar-pembesar Kafir Quraisy yang ramai itu, Saidina Umar keletihan, dia dah tak larat lagi. Ketika itu Saidina Umar mencari siapa dikalangan mereka yang paling mulia dan paling besar kedudukannya dikalangan Kafir Quraisy.
Ketika itu Saidina Umar nampak Utbah bin Rabeah. Cepat cepat Saidina Umar menumbangkan Utbah ke tanah dan terus dia naik keatas Utbah lantas diletakkan jarinya kemata Utbah. Kata Saidina Umar, wahai Utbah jauhkan mereka semua dari aku, kalau tidak aku butakan mata engkau. Utbah yang tak dapat berbuat apa-apa lagi terpaksa meminta kepada semua pembesar Kafir Quraisy yang lain beredar dari situ. Dengan itu terlepaslah Saidina Umar dari Kafir Quraisy. Begitulah yang Saidina Umar lakukan selepas itu. Kalau Kafir Quraisy ganggu saja Saidina Umar, dia akan pegang Utbah. Akhirnya tak ada yang berani mengganggu Saidina Umar. Besoknya Saidina Umar  datang ke Ka'bah, dia baca Al Quran dengan lantang di Ka'bah. Tidak ada seorang pun yang berani mengganggu. Kalau mereka ganggu Saidina Umar akan tumbangkan salah seorang pemuka Kafir Quraisy dan lakukan seperti yang berlaku kepada Utbah.

Selepas itu Saidina Umar datang mengadap Rasulullah Saw di Darul Arqam. Katanya,wahai Rasulullah Saw bukankah kita orang Islam dan bukankah mereka orang Kafir. Benar, kata Rasulullah Saw. Kata Saidina Umar, kalau begitu Rasulullah Saw, kenapa kita sembunyikan Islam kita. Benar, kata Rasulullah Saw. Dengan itu Rasulullah Saw mengumpulkan para Sahabat di darul Arqam. Sahabat-Sahabat dari kalangan bangsawan Kafir Quraisy dan yang merdeka, adapun yang hamba Rasulullah Saw tidak panggil. Bila dikumpulkan jumlah mereka semua 40 orang. Rasulullah Saw membariskan mereka dua barisan. Masing-masing dengan senjata masing-masing. Barisan pertama diketuai oleh Saidina Hamzah. Barisan kedua diketuai oleh Saidina Umar. Rasulullah Saw berada di antara dua barisan. Jadi mereka keluar dari darul Arqam dalam satu perarakan yang sangat luar biasa menuju ke Ka'bah sambil bertakbir :

Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammadlah Pesuruh Allah dan Allah lah yang Maha Besar.

Kafir Quraisy hanya mampu melihat, mereka tak boleh buat apa-apa. 40 orang itu semuanya dari Quraisy dan dari keluarga-keluarga bangsawan mereka. Naiklah izzah agama Allah ketika itu. Dengan itu berpindahlah era Islam kepada era berterus terang. Bila Saidina Umar masuk Islam dan dakwah Islam makin besar dan makin terang-terangan, Kafir Quraisy semakin tertekan. Dengan itu makin kuat pula tekanan yang mereka lakukan kepada Rasulullah Saw dan para Sahabat.

Kata Saidina Abdullah bin Masu'ud

Kami tak boleh sembahyang di Ka’bah sehinggalah Saidina Umar masuk Islam. Bila mana dia masuk Islam, dia memerangi mereka sehingga Kafir Quraisy membenarkan kami sembahyang.

Katanya lagi,

Sesungguhnya Islam Saidina Umar adalah satu kemenangan

Oleh kerana terlalu sakit hati dengan perkembangan Islam dan kejayaan Rasulullah Saw, Abu Jahal sampai berani datang berjumpa Rasulullah Saw untuk memberi amaran ini. Kata Abu Jahal, wahai Muhammad :

Wahai Muhammad, kalau kamu cerca lagi Tuhan kami selepas hari ini, kami akan mencerca Allah.


Begitulah Abu Jahal bila syaitan yang memimpinnya, sedangkan Kafir Quraisy beriman kepada Allah, mereka menyembah berhala hanya sebagai wasilah mereka kepada Allah. Tapi Abu Jahal sanggup mencerca Allah.

Hijrah ke Habsyah


Salam wrt. Sambung kembali berkenaan sirah Nabi SAW:) Sesungguhnya berat lagi ujian sahabat-sahabat Nabi berbanding kita. Bila Rasulullah Saw melihat begitu sekali penderitaan yang dialami oleh para Sahabat. Kafir Quraisy berazam mengazab kesemua yang masuk Islam termasuk yang bukan hamba seperti Saidina Zubair bin Awam, Saidina Uthman Affan bahkan Saidina Abu Bakar pun mahu diazab oleh kaumnya. Ketika itu Rasulullah Saw mengizinkan kepada siapa yang mahu, berhijrah ke Habsyah. Sabda Rasulullah Saw:

Sesungguhnya dibumi Habsyah seorang Raja, tidak ada orang yang terzalim di negaranya, berhijrahlah kesana sehingga Allah mendatangkan jalan keluar dariapada apa yang kamu hadapi. 


Orang pertama berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman Affan dan isterinya Saidatina Ruqayyah puteri Rasulullah Saw. Kemudian diikuti oleh Saidina Abu Huzaifah, Saidina Zubair, Saidina Musaab bin Umair, Saidina Abu Salamah dan isterinya Umu Salamah dan Saidina Othman bin Mazuu'n. 12 orang semuanya yang hijrah ke Habsyah. Saidina Abu Bakar pun mahu berhijrah ke Habsyah juga. Selepas dua hari perjalanan dia lalu di kawasan  'Ahabish'. Mereka adalah orang-orang dari Habsyah yang menetap disitu dan mereka ini bukan Arab. Mereka diketuai oleh seorang yang bernama Dughnah. Bila Dughnah nampak Saidina Abu Bakar dia sangat mengenali salah seorang pemuka Quraisy yang terkenal dengan akhlak mulia dan seorang yang baik. Dughnah terkejut besar bila mendengar dari Saidina Abu Bakar apa yang berlaku. Kata Dughnah, mari balik ke Mekah dengan aku, engkau dalam jaminan aku dan kabilah Ahabish. Bila mereka berdua sampai di Ka'bah, Dughnah mengiklankan kepada Quraisy bahwa Saidina Abu Bakar dalam jaminannya. Sesiapa yang menganggu Abu Bakar akan diperangi. Begitulah pengumuman yang dibuat dengan suara dan nada yang kuat dan tegas.

Pening lagi kepala Kafir Quraisy tapi mereka tak berani ganggu Saidina Abu Bakar kerana dia dalam jaminan kabilah Ahabish. Besoknya Saidina Abu Bakar  datang ke Ka'bah dan membaca Al Quran dengan lantang disitu. Saidina Abu Bakar bijak mengambil peluang perlindungan dari Ahabish untuk menyampaikan kebenaran kepada masyarakat Mekah. Akhirnya Kafir Quraisy mengadu kepada Dughnah. Engkau telah menjamin Abu Bakar tapi dia duduk di Ka'bah menghina tuhan-tuhan kami. Kami tak boleh sabar lagi. Dughnah yang juga kafir datang berjumpa dengan Saidina Abu Bakar. Katanya: Aku jamin engkau bukan untuk engkau hina tuhan-tuhan Quraisy di Ka'bah. Kata Saidina Abu Bakar, aku hanya membaca Al Quran. Namun Dughnah tetap tidak menyetujuinya. Kata Saidina Abu Bakar, kalau begitu aku tak mahu lagi jaminan kamu, biarlah aku tak ada jaminan tapi aku boleh membaca Al Quran. Imam Bukhari ada merawikan Hadis yang menceritakan kisah ini. Begitulah tegasnya Saidina Abu Bakar dengan prinsip. Tak mungkin dia mengorbankan agamanya kerana kepentingan peribadinya. Akhirnya Saidina Abu Bakar terus tinggal di Mekah tanpa jaminan sesiapa. Mungkin ini sebab lahir mengapa Saidina Abu Bakar tidak berhijrah ke Habsyah. Dengan itu Saidina Abu Bakar terus mememani dan mendampingi Rasulullah Saw. Begitulah tribulasi yang dikenakan kepada orang-orang Islam ketika itu. Saidina Abu Bakar pun tidak terlepas dari tekanan dan gangguan.

Harapanku

Tuhan aku ini hambaMu, pimpinlah
Tuhan aku ini hambaMu, maafkanlah
Aku selalu membuat kesalahan
Setiap hari ku membuat dosa
Ampunkanlah hambaMu ini

Tuhan
HambaMu ini lemah
Memerlukan kekuatan dariMu
Jangan biarkanku terumbang ambing
Dengan kehidupan dunia yang menipu
Berilah aku petunjuk selalu

Iman itu adalah segala-galanya
Hidayah tinggi nilainya
Taufiq sangat berharga
Anugerahkanlah kepadaku
Agar aku mulia disisiMu

Tuhan
Kalaulah bukan petunjuk dariMu
Sudah tentu aku tersesat jalan
Kalau bukanlah taufiq dariMu
Menempuh jalanMu aku tidak mampu
Oleh itu pimpinlahku dalam hidup di dunia ini

Begitulah harapanku padaMu
Setiap doaku panjatkan
Engkau dengarlah doaku ini
Engkau terimalah permintaanku

Air mata permata

Dalam tangis ada bahagia
Dalam tawa ada derita
Dalam dingin air mata
Ada rahmat dari yang Esa

Dalam samar di malam hari
Dalam syahdu dikala sunyi
Rinduku tak tertahan lagi
Air mata tertumpah jua
Ku genggam tangan di dalam hati
Penuh pasrah pada Ilahi

Oh Tuhan
Sambutlah tanganku ini
Tiada lagi yang ku pinta
Selain rahmat dalam redhaMu
Agar nanti air mata jadi permata

....

Di kala malam sunyi sepi
Semua insan tengelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini
Pergi membasuh diri
Untuk mengadapMu oh Tuhan

Lemah lututku berdiri di hadapanMu
Tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpul di bawah duli kebesaranMu

Tuhan,
Hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanMu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau sudi mengampunkanku
Dari segala dosa yang kulakukan

AmpunanMu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanMu
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu padaMu
Tempat hamba kembali nanti disana...

Cinta Rasul

Assalam wrt.. salam sayyidulayyam. Alhamdulillah ptg ni dpt dgr teguran sinis dari Tuan Syeikh Nuruddin Marbu tentang mahabbah Rasulullah SAW. Lembut jer tegurannya. Mulut kita yang sering mengatakan rindu dan cinta rasul tidak diterjemah dengan beramal dengan sunnahnya. Qasidah, nasyid semua tentang rasul, tapi sekadar itu jer. Memang ghurur. Seronok cmtu jer, tanpa amal, tanpa terjemahan... Banyak perkara yang perlu aku teliti... sayang kalo perkara2 penting tak diperhatikan. Rasa dah beramal, padahal tertipu. Menangis bila orang cerita pasal rasul, tapi lepas abis cerita, abis semuanya. Xde apa2. Xde rasa nak beramal... tertipu..... aku lah tu.huhu... Allahuakhbar!!!

Fattabiouni... jom tengok. Kat youtube pun banyak. Mari benar2 kita mengenal nabi kita. Ya Allah, jauhnya diri ini dengan Nabi SAW.

Malam ni ada majlis maulud di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil. Moga Dapat sesuatu yang bermanfaat..

Qad aflahaman zakkaha, waqad khobaman dassaha...

Wassalam...

Mengaji


Assalam wrt. Tadi pergi belajar dengan Ustaz Ahmad di surau. Hari ni pengajian tasawuf. Berkenaan wali-wali Allah. Tentang zikir. Tentang tingkatan hati... banyak jugalah. Dalam sleng Negeri Sembilan:) Rupanya kitab hidayatul salikin ni asal dari kitab bidayatul hidayah karangan imam Ghazali. Ulama dari Palembang yang huraikan kitab imam ghazali menjadi kitab hidayatul salikin.

Ustaz beritahu, hati yang gelap dan keras tu kerana kurang zikir. Hati yang terang dan bercahaya itu kerana banyak zikir. Malah ada yang mencapai makam arifbillah. Kalo macam kita setakat abid sahaja. Itupun belum tentu abid. Entah2 a'si.. asyik dengan dosa jer... nauzubillah. Check diri sendiri ya. Huhu..
Kita ibadah sebab nakkan syurga, tak nak masuk neraka. Kita ibadah sebab diberitahu kalau baca surah al-ikhlas 10 kali, dapat 1 rumah di syurga. So ibadah kita kerana sebab-sebab tu. Nak dibandingkan dengan golongan arif sangat berbeza. Contoh yang ustaz beri tadi ialah Rabiatul Adawiyah. Dia beribadah kerana semata-mata cinta dan kasihnya pada Allah.

Ustaz cerita juga tentang cara syukur dengan rezeki Allah. Kita lambat nak syukur. Dah sendawa besar lepas makan, baru sebut alhamdulillah. Tu pun sekadar dimulut. Bukan di hati. Orang arif, setiap apa yang berlaku, mula2 terdetik di hati mereka, Allah.   Sebab tu mereka sentiasa tenang. Kita lain. Miskin dan kaya kita hadapi dalam perasaan hati yang berbeza. Bila duit penuh dalam poket, ceria jer. Tapi bila kosong, nampak kerut2 je muka. Kita dah bertuhankan duit secara tidak sengaja. Padahal kerja tu sebab jer. Rezeki Allah yang beri. Guru tu sekadar sebab je, pengantara. Ilmu yang disampaikan itu,Allah yg beri. Makan tu sebab je, yang beri kenyang Allah jua.Tulah, orang macam aku ni masih kurang. Belum kholis beragama. Moga satu hari nanti Allah kurniakan. InsyaAllah.

Sekarang 30 minit ustaz don. Ulangkaji hukum tajwid imalah. Ada bentuk diamond. Surah hud ayat 41. Satu lagi ishmam/raum. Tu pun tak sempat habis. Hukum ini ada dalam surah yusuf.:) malam esok ustz don sambung. Jam 9.30 malam. Jangan ketinggalan ya.

Wassalam..

Ziarah

Salam wrt. Alhamdulillah. Segala urusan semalam dipermudah. Banyak urusan dapat diselesaikan. Moga Allah terus pandu hati ini. Kerana dia pemilik segala hati.

Hari ini masih cuti. So, selesaikan perkara yang perlu. InsyaAllah, petang ni tukar minyak hitam kereta biru. Alhamdulillah, ilmu tukar minyak hitam sudah diturunkan kepadaku. Oleh Along Cidan:). So, praktis untuk kali yang ke 4, insyaAllah. Kali ni tukar minyak elok sket. Orang kata biar mahal skit, asalkan enjin terjaga. Tetapi sebaik-baik penjaga tetap yang Maha Esa. Itu ilmunya. Belum tentu kita buat yang terbaik, Tuhan akan bagi yang terbaik. Ada jer orang pakai minyak murah, tapi keretanya tiada masalah. Right? So, betulkan prinsip, sebaik2 penjaga tetap Allah SWT.:) aku ni usaha sahaja...

Pagi, berziarah ke Rumah Pakcik Hatta dan Makcik Latifah. Alhamdulillah, mereka kelihatan semakin sihat dan ceria. Seronok hati bila mula-mula bertemu. Rasa lama sudah tidak bersembang panjang. Banyak perkara yang dikongsi denganku. Along Hafiz pun banyak berkongsi denganku. Ada juga kisah suka duka yang dikongsikan hari ini. Makcik berkongsi pengisian hidupnya sepanjang dalam tempoh rehat ni. Setakat ni alhamdulillah, banyak perkembangan. Makcik dah banyak boleh urus diri. Syukur sangat! Makcik turut berkongsi buku tajwid yang sentiasa menjadi rujukan bacaan qurannya. Teringat aku dengan hukum naqal yang ustz Don duk ajaq di TV Alhijrah baru2 ni. So, terus check dalam buku tajwid tu. Ada.... so, tunjuk kat makcik cara bacaan naqal. 1 jer rasenya ayat yang ada kaitan dengan hukum naqal ni dalam Al-Quran.

Masa tu juga, pakcik dengan along baru balik dari klinik. Amek ubat. Pakcik dah boleh berjalan... Salam pakcik dan dakap erat2. Dapat rasakan kehangatan jiwa seorang ayah. Lagipun  moment camni jarang dapat.. Hmm, Pakcik pula banyak kisahnya. Macam biasa, aku menjadi pendengar yang setia. Lama kot tak dengar cerita dan nasihat pakcik. Tentang kehidupan berumah tangga, tentang kerjaya..etc..etc... sambil sembang tu, kak mun hantar bihun goreng telur mata. Erm, elok sangat la tu. Sembang2 sambil makan. Best juga. Boleh tahan..:) lagipun pagi tadi pekena lempeng sekeping je. Thanks a lot kak mun, Chef rumah oren penganti ibu buat masa ni. Subhanallah.Itulah rahmat berada dalam komuniti sakinah:):):)

Ni kali pertama sembang lama dengan Along. Biasa tak banyak masa. Along dikurniakan 2 orang cahaya mata. Sepasang. Yang sulung perempuan, yang kedua lelaki. Rezeki Allah. Dua2 ada di rumah. Dina asyik pandang2 aku je hari ni sambil makan 'limau abong'. Ummi kirim pagi tadi. Yang lelaki (Uzair x silap), kuat dia genggam tangan aku. Dah makin kuat, matang.... hmm, anak2 ni titipan Allah. Perlu sangat kita ambil berat tentang mereka. Amanah Allah untuk kita. Moga jadi saham akhirat buat ibu bapanya. So, along juga kongsi beberapa tips2 yang berguna buatku. Jazakallah Along.... hari ni, Along  balik ke Putrajaya. Esok ada urusan anak katanya. Moga Allah mudahkan segala urusannya. Amin.

Lepas dah sembang2, makan tengah hari. Air tangan Kak Mun dan Kak Nadiah. Best! Masak sambal Petai dengan ikan bilis. Satu lagi ikan merah masak singgang/sup. Saje usik Dik Dan. Tanya pasal nama ikan. Hehe... kalo kat umah pun, cmni jugak la. Selalunya dengan  Apit. Nak tengok sape lagi Kampung..hehe!

Selesai makan, solat zohor. Aku imam, Pak cik doa. Alhamdulillah.. dah selesai semuanya. Hati terisi, perut pun dah terisi. Hehe. So, minta diri untuk pulang. Berkirim-kirim salam dan terus drive pulang.. wassalam.

Ps: hilang sesuatu bende je kita rasa resah. Kehilangan Tuhan, ia lebih-lebih lagi parah!

Special...

Salam wrt. Sekarang di Bertam Jaya. Menanti Aman, Maznah, Zaf. Radio IKIM memutarkan lagu Yayadan dendangan Syarifah Aini. Lama dah tak dengar lagu ni. Masa sekolah rendah selalu dengar. Terutamanya , hari Jumaat. Biasa singgah rumah kawan sebelum sekolah petang(tak balik rumah).. di televisyen akan ada banyak lagu2 nasyid. Antaranya lagu yayadan ini. Banyak kisah salin baju kat umah kawan ni. Yang best dapat rasa macam2 juadah.hehe..dapat kenal ibubapa kawan2 pun satu rahmat.  Kadang-kadang salin baju dirumah Saravanan. Saje, nak main games. Haha. Teruknya perangai. Saravanan sekarang di Indonesia. Study Medic. InsyaAllah, tahun ni baliklah dia. Mak ayah Saravanan berniaga. Di lubok China. Nama kedainya Krishnan. Selalu tegur mak dia. Hehe..

Sepanjang memandu ke sini tadi... Radio IKIM membincangkan tentang anak2 SD. Apa itu?itulah dia Sindrom Down. Banyak juga yang call dan bertanya tentang itu dan ini. Tentang anak dia cepat marah, x boleh bercakap walaupun dah berumur 3 tahun, etc...etc...
Panel memberitahu bahawa orang yang dapat anak SD ni adalah special. Allah tak datangkan ujian melainkan kepada orang2 yang special. Hanya orang yang memiliki anak2 ini yang faham.

Cuma masyarakat yang perlu diberi kesedaran tentang kewujudan komuniti ini. Kerana ada sesetengah masyarakat yang memandang sinis kepada mereka. Janganlah begitu. Tuhan wujudkan golongan seperti ini nak suruh kita lebih kenal Allah. Untuk belajar. Untuk lebih kenal diri.

Panel turut mendatangkan contoh tentang masyarakat yang tanya macam2  kepada ibu bapa yang memiliki anak2 seperti ini. Menjadikan ibu bapa tidak selesa dan rendah diri. Nak tanya tidak salah, tapi biarlah dengan cara berhemah dan berhikmah.. Supaya mereka tidak berkecil hati dan bersangka buruk dengan Tuhan.

Erm, ok la. Mereka dah sampai:). Wassalam.

Tambah ilmu....

Salam wrt. Masih membaca. Tambah ilmu. Kena usaha sendiri. Syeikh Nuruddin dan Dr Zulkifli dah selalu ingatkan yang kita ni kalo nak kira tidur je dah makan banyak tahun. Sedangkan kita akan tido lame esok. Bila?... stop kejap...... MATI... itulah jawapannya.... tersentak aku dari lena yang panjang.  Aku yang hidup di zaman ini... anak zaman... kenapa masa dibiarkan berlalu percuma... nak dunia kena berilmu, nak akhirat juga perlu ilmu. Nak kedua-duanya juga dengan ilmu.

Mendengar pengisian ust Don tentang kehidupan Rasulullah SAW. Rasa sangat jauh dengan baginda. Masih belum kenal nabi sendiri...

Ya Allah, bantulah aku untuk mendekatkan diri padaMu. Engkau kan Tuhan, sedangkan aku ini hamba. Kalau engkau kurniakan kepadaku rasa cinta padaMu, Engkau tidak akan rugi. Aku ini yang sentiasa menzalimi diri sendiri. Perlu pimpinan dariMu... maka tolonglah ya Allah. Pimpinlah aku. Esok belum tentu lagi ada untukku. Sedangkan aku belum bersedia, kerana aku penuh dosa.

Musim angin ini, daun-dedaunan gugur ke bumi... makin kuat angin, makin banyak gugur.. kadang2 xde angin, gugur jua.... itu satu pengajaran dan teguran yang kuat padaku... manusia juga akan seperti itu...entah bila2 sahaja akan dipanggilnya... sudah cukup bekal wahai saudara Rauhan?..... 

Petang, pak lang datang bersama anak dan menantunya. Sepupu rapat, Zaki dah kerja. Pembantu pendaftar di Unisel. Alhamdulillah.sentiasa bersemangat dia ni. Suka bersembang dengannya. Kawan sepermainan dari kecil lagi... time raya kalo x jumpa memang xle.hehe... Si bongsu, Hidayah dah banyk hafal surah al Baqarah. Kejap je dah besar si dayah ni. Dulu berdukung sana sini. Sekarang dah tingkatan 1. Moga jadi hafizah yang solehah. Amin...

Kuliah maghrib tadi, Ust Yahya membaca kitab berkenaan dengan akidah. Percaya pada hari kiamat. Beliau sentuh berkenaan dengan tanda-tanda besar hari kiamat. Dah 3 minggu kuliah berkisar tajuk ini. Hari ini tentang kemunculan dajjal dan turunnya nabi Isa as.... panjang juga kuliah malam ni, nak dekat pukul 9 baru solat isyak. Maklumlah, ramai orang kampung yang bertanya.. soal kematian... Masjid agak meriah kerana dtg dgn semua adik beradik lelaki... lepas tu singgah makan di Restoran siap dengan list order orang2 di rumah. Orang ramai, so lama juga lah nak tunggu.

Berkongsi cerita sama2 Along, Aman, Apit dan Adik... banyak kisah. Sebab dah jarang nak jumpa. Semua dah bekerja. Adik jer la still study kat UM. Esok, Apit n Adik dah gerak balik. Kejap je dapat bersama. Aman gerak balik Perak hari Selasa. Lepas tu rumah akan kosong semula.  Lagi dua minggu, Along akan mendirikan rumah tangga. So, doakanlah sahaja moga dia dipermudahkan segalanya.

Erm, dah lewat. Si kecil menangis jam 12 tadi. entah kenapa, sampai sekarang... mak ayah dia tengah zikirkan.. moga dijauhkan dr ganguan. Ok. Selamat malam.

Coret-coret

Salam wrt... alhamdulillah. Banyak perkara yang saya belajar tahun ni. Terima kasih Tuhan yang Maha baik atas kurniaanmu. Carilah redha Allah, sudah tentu kita tidak akan kecewa:)
Hari ini, ke Paya Rumput. Berbekam. Satu sunnah nabi SAW yang baru first time saya buat. Sebelum ini, ada juga kawan-kawan yang buat kat IPG. Diorang buat dalam bilik. Saya tumpang tengok je lah.hehe. Harga pun murah masa tu. RM 10 je. Kat Paya Rumput ni RM 40/ set.
Sebab apa sekarang baru nak berbekam?
Erm... untuk kesihatan, di bulan rabiulawal ini. Ada 1 sunnah la yang dibuat sempena mengingati bulan kelahiran nabi. Boleh? Hmm, sebenarnya saya ada masalah mengantuk masa drive. Minggu lepas saya terlelap panjang. Hampir sahaja kemalangan. Sebelum ni ada juga. Tahun lepas. Masa memandu pulang dari sekolah. Time tu hujan. Kereta saya Drift dalam 3 kali. Mujur tiada kereta lain masa tu...huhu. Kebiasaannya kerana keletihan. Drive pun dah hilang fokus. Ingat lagi time ambil adik di SBPI Selandar. Habis tiang divider tengah jalan di lendu saya sapu. Mujur masa tu drive charade. Kereta tu keras sikit, xde pape berlaku. Cuma no plat je patah.Terukkan saya ni. Itulah, Tuhan nak ingatkan banyak perkara pada saya, cuma saya je tak elert. Ibadah selalu cuai, abai, lalai... ummi pun pelik tengok saya ni. Kalau dah ngantuk, xle nak buat apa. Kat situ juga lelap.hehe.. saya pun x boleh nak kontrol. Pernah saya bacakan email kat BB(blackberry) depan ummi, boleh pula tukang baca ni terlelap. Ummi gelakkan saya. Kelakar pun ada juga. Ya Allah, apakah semua ini. Pernah juga masa pencak, time baca doa berdiri, terlelap... hmmmm. Apa semua ini...
Berbalik pada bekam tadi...Banyak juga darah dari kepala. Dalam 5 cup. Di belakang badan pula 6 cup. Alhamdulillah. Segar semula kepala dan badan. Darah kotor dah dikeluarkan! Berkat sunnah Rasulullah SAW yang mulia. Zaman dahulu orang buat bekam pakai tanduk lembu, kambing, etc... sedut pakai mulut. Hebat tak? Tapi sekarang dah moden. Cara tradisional dulu,  perlukan gigi dan nafas yang kuat untuk sedut. Sekarang mudah. Guna pam, sedut sahaja.. jangan salah fikir, bukan pam basikal ok!hehe
Sekarang, dalam misi menyelesaikan uzlah. Ada dua perkara penting untuk 40 hari ini. Misi tadabbur belum cukup berjaya. Kena bertalaqqi la. Nak sangat. Tapi dah kerja camni, susah sikit lah. Malam tadi dengar kisah ustaz azhar idrus. Dia bekerja makan gaji selama 6 tahun, lepas tu dia behenti kemudian kahwin dan terus belajar ilmu usuluddin,fekah, dlln secara bacaan dan talaqqi.. dia kata rezeki milik Allah. Tak perlu risau. What ur opinion? Hebatkan. Hmm.. orang macam saya ni masih fikir-fikir tentang rezeki Tuhan... cakap @ nasihat orang memang pandai. Tapi nak berbuat bukanlah semudah lidah bertutur. Yer kan! Anda bagaimana pula?
Ingin dikongsi juga buku titipan Sy Amru Khalid. KHOWATHIR QUR'ANIYAH. Sesuai untuk semua muslim muslimat untuk mentadabbur alQuran. Isi kandungannya mudah dan senang difahami. Buku ini saya dapat masa hari lahir saya yang ke 26. Dari insan yang insyaAllah akan menjadi teman dalam hidup saya:) Alhamdulillah. Beliau memahami dan buku ini hadir kena pada masanya. Terima kasih Tuhan atas segala kurniaanMu.
Wassalam.

Bumi Tuhan... Bersaksilah