Bagaimana rasa hati seorang hamba sepatutnya di waktu menyembah Tuhannya?
Faktor fikiran dan hatilah yang sepatutnya berperanan, bukan lahirnya
Faktor lahir tidak ada apa-apa perasaan
Di waktu menyembah Tuhan sepatutnya bermacam-macam perasaan kalau hamba itu faham dan menghayati ibadahnya
Rasa hina, rasa diawasi, rasa cinta, takut, merayu, harap, malu, terasa hebat dan agungnya Tuhan
Lupa segala-galanya, alam sekelilingnya,
Hatinya sepenuhnya dengan Tuhannya
Sesuai di dalam doa iftitah ada menyebut
Aku hadapkan hatiku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi
Dengan hati yang bersih penuh ikhlas, berjanji dan berikrar dan patuh tidak syirik dengan Tuhannya
Terasa lazat dengan Tuhannya, meminta-minta dgn penuh sedar kepada Tuhan
Di waktu itu memang peranan akal dan hati yang hidup serta aktif
Menghayati apa yang diucapkan terasa benar dia hamba yang hina-dina di hadapan Tuhan
Rasa bertuhan di waktu itu sungguh mencengkram hatinya
Merayu-rayu kepada Tuhan, mengharap kepada-Nya, minta diampunkan dosa-dosanya
Minta dikasihani, ditampal kekurangannya, ditinggikan darjatnya
Waktu itu benar-benar terasa bercakap dengan Tuhannya
Minta didengari permohonannya, merayu-rayu dengan penuh rendah diri
Itulah dia ibadah,
Di waktu itu akal dan hati sangat hidup, sangat berperanan
Ibadah yang semacam itulah yang memberi kesan kepada peribadi insan
Selama ini ibadah hanya riadhah badan
Berpuluh-puluh tahun beribadah perangai tidak berubah kerana ibadah tidak memberi kesan
No comments:
Post a Comment