*M526*
Kesusahan bukanlah satu kehinaan,selagi dia tetap menjaga maruah diri,kesenangan tidak mesti mulia,kalau maruah sudah hilang.
*M527*
Tidak mengapa miskin,asalkan maruah terjaga,daripada kaya maruah sudah tidak ada.
*M528*
Kehilangan maruah ertinya kehilangan harga diri,kehilangan harga diri ertinya kehilangan aset diri,kehilangan aset diri bererti seseorang itu telah kehilangan segala-galanya,yang bersifat maknawi dan rohani,justru itu hilang keyakinan orang,sepanjang hayatnya.
*M529*
Kalau seseorang itu berdisplin kerana undang-undang,etika kerja atau etika pergaulan,atau malu dengan orang,ia bersifat berpura-pura,ia tidak kekal,displin yang berkesan itu ialah yang datang daripada kesedaran jiwanya,dorongan dari lubuk hatinya,justru itulah displin kehidupan,mestilah bertunjangkan iman/aqidah.
*M530*
Watak manusia suka meniru dan selalu meniru,samaada disegi pakaian mahupun tingkah laku,biasa yang lemah mengikut yang kuat,yang disayangi mahupun yang dihormati,anak-anak mengikut tingkah laku ibu bapanya,yang rendah mengikut yang tinggi,yang bersandar kepada siapa sandarannya,murid-murid,guru-gurunyalah tempat ikutannya,pengikut-pengikut ketua-ketuanya lah suri tauladannya,pekerja-pekerja majikannyalah tiruannya,staf-staf pejabat,bos pejabatnya lah contoh teladan.
No comments:
Post a Comment