*M406*
Untuk membaiki manusia,kalau tidak ditumpaskan lebih dahulu kejahatan yang sedia ada di hati manusia,bahkan disuburkan pula kejahatan hati itu, kalaupun tidak ada kejahatan didalam kehidupan untuk ditiru,dia akan mencetuskan untuk orang lain tiru.
*M407*
Kalaulah kejahatan para remaja dan para pelajar sahaja yang hendak ditumpaskan,sedangkan kejahatan ahli-ahli politik, ekonomi,para pentadbir,cerdik pandai tidak ditumpaskan akan timbul dendam kesumat daripada remaja dan pelajar serta penentang-penentang daripada mereka, mereka akan mempersoalkan, mengapa kejahatan mereka sahaja yang hendak diperangi,padahal, kejahatan mereka ada mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang tidak sama bentuknya dengan kejahatan kami.
*M408*
Secara umum, kemungkaran yang dilakukan oleh anggota masyarakat satu sama lain tidak sama, walaupun setengah-setengah hal itu berlaku pada semua peringkat masyarakat,yaitu lumrah berlaku pada orang politik, kejahatannya menyalahgunakan kuasa,deskriminasi, ada klik-klik, menerima rasuah,mengadu domba,zina, sombong, berbohong, berpura-pura.Ahli ekonomi pemberi rasuah,tamak,pembaziran,zina, sombong.Pentadbir pula,cuai, sombong,songlap Wang,menekan orang bawah.Cerdik pandai menggunakan ilmu untuk mencari kekayaan, sombong,hasad,tidak bergaul dengan masyarakat,kedekut,mengumpat.
*M409*
Kejahatan ia adalah racun didalam masyarakat, seperti racun di didalam makanan,bahkan racun masyarakat lebih berbahaya kerana racun makanan dia tidak menular,tapi,racun masyarakat ia menular, racun makanan ia merosakkan individu, racun masyarakat merosakkan agama, bangsa dan negara.
*M410*
Kalau kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat,akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan,dan sebahagian kejahatan akan dianggap kebaikan, berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat,oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.
No comments:
Post a Comment